IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Memulakan pemakanan bayi pada usia 6 bulan perlu disediakan dengan teliti untuk mengelakkan alahan dan sembelit. Makanan pelengkap ni perlu sesuai dan seiring dengan perkembangan diri bayi. Ia perlu mengandungi campuran makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran yang sihat. 

idea-menu-makanan-bayi-6-hingga-12-bulan

Makanan bayi seharusnya disediakan dengan menggunakan bahan segar di rumah. 

Makanan Bayi 6 Hingga 12 Bulan. Apa makanan yang boleh diberikan?
Ibu boleh memperkenalkan makanan yang dicadangkan di bawah mengikut peringkat usia bayi. Paling penting, mulakan dengan makanan berasaskan bijirin seperti bubur nasi selama beberapa minggu, diikuti dengan bijirin lain, disusuli buah-buahan dan sayur-sayuran, dan akhir sekali daging. Teruskan memberi susu ibu sekerap yang perlu, kerana susu ibu tetap merupakan makanan paling penting untuk si manja.

Makanan tertentu boleh meningkatkan risiko mendapat alahan jika diperkenalkan terlalu awal. Elakkan pemberian makanan berikut sebelum bayi mencapai usia 12 bulan iaitu:
  •  Putih telur
  •  Mentega kacang dan produk kacang yang lain
  •  Makanan bercengkerang dan beberapa jenis ikan tertentu, seperti ikan kembung, pari dan keli
http://elliestory4health.blogspot.com/2015/10/idea-menu-makanan-bayi-6-hingga-12-bulan.html
http://elliestory4health.blogspot.com/2015/10/idea-menu-makanan-bayi-6-hingga-12-bulan.html
http://elliestory4health.blogspot.com/2015/10/idea-menu-makanan-bayi-6-hingga-12-bulan.html

Menu Makanan Bayi 6 Hingga 8 Bulan

Antara menu makanan solid food yang sesuai disediakan buat bayi berusia 6 hingga 8 bulan adalah:
  • Bijiran: Beras, barli dan oat
  • Buah-buahan: Epal, pear, pisang dan prun
  • Sayur-sayuran: Kacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah dan kacang pis
  • Daging: Ayam, tauhu dan ikan
  • Tekstur makanan: Cair, puri, kisar atau lenyek

Menu Makanan Bayi 8 Hingga 10 Bulan

Ini pula adalah cadangan makanan solid food buat bayi berusia 8 hingga 10 bulan.
  • Bijiran: Beras, barli, oat dan biskut tawar pelbagai bijian
  • Buah-buahan: Epal, pisang, pear, prun, betik dananggur
  • Sayur-sayuran: Kacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis, kubis bunga, brokoli, asparagus, kacang buncis dan kacang panjang
  • Daging: Ayam, tauhu, kuning telur, kekacang, daging lembu dan ikan (seperti tenggiri, kurau)
  • Tekstur makanan: Cincang, dadu, cincang halus dan makanan lembut

Menu Makanan Bayi 10 Hingga 12 Bulan

Bagi bayi berusia 10 hingga 12 bulan pula, ini adalah makanan pelengkap yang sesuai buat si manja.
  • Bijiran: Beras, barli, oat, biskut tawar pelbagai bijian dan bijirin gandum
  • Buah-buahan: Epal, pisang, pear, prun, betik, anggur, buah-buahan sitrus dan beri
  • Sayur-sayuran: Kacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis, kubis bunga, brokoli, asparagus, kacang buncis dan kacang panjang
  • Daging: Ayam, tauhu, seluruh telur (12 bulan), kekacang, daging lembu dan ikan (seperti salmon, ikan merah)
  • Tekstur makanan: Potongan kecil, kiub kecil atau ketulan makanan lembut
    http://elliestory4health.blogspot.com/2015/10/idea-menu-makanan-bayi-6-hingga-12-bulan.html
TIPS PENTING: Ibu boleh menentukan jenis tekstur makanan yang boleh diperkenalkan kepada bayi bergantung pada pertumbuhan giginya. Sebagai contoh, apabila gigi si manja mula tumbuh, ibu boleh memperkenalkan makanan cincang yang boleh dikunyah olehnya. Apabila lebih banyak giginya tumbuh, tambahkan makanan potongan dadu dan cebisan kecil ke dalam makanannya.

Semoga info ini berguna buat mommies!

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin