Kenal Pasti Masalah Ruam Pada Bayi



Kenal Pasti Masalah Ruam Pada Bayi | Ruam kulit yang dikenal juga dengan herpes zoster ini disebabkan oleh varicella-zoster virus (VZV), virus yang juga menyebabkan cacar air. Ruam terjadi disebabkan kulit bayi terlalu sensitif dan cepat bertindak balas yang menyebabkan bayi menangis akibat tidak selesa dengan keadaan kerengasan yang berlaku. Selain ruam lampin, terdapat ruam panas dan ruam susu yang dihadapi oleh bayi.

1. RUAM LAMPIN
- Ruam lampin terjadi disebabkan terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang,  kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain.
- RAWATAN: Pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas bayi anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika bayi anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam yang dialami.

2. RUAM PANAS
- Bayi yang mengalami ruam panas akan mengalami bintik-bintik merah seakan jerawat. Ia berlaku apabila keadaan cuaca panas yang akan menyebabkan pori-pori kulit bayi tertutup. Keadaan ini akan membuatkan bayi rimas dan merengek. Ketika ini juga kulit bayi akan mulai merah.

- RAWATAN: Cuaca panas akan menyebabkan persekitaran panas. Pastikan bayi memakai pakaian nipis dan keadaan bilik dalam suhu yang sederhana. Kain kapas dan baju jenis berlubang adalah fabrik yang terbaik untuk memberikan keselesaan kepada bayi.

3. RUAM SUSU
- Bayi juga boleh mendapat ruam susu berasa rimas dan gelisah yang boleh menganggu tidurnya terutama waktu malam. Ruam susu terjadi apabila kehadiran bintik-bintik merah di bahagian muka, leher dan dada bayi. Ia berlaku disebabkan dikatakan ibu bapa memiliki sejarah alergi atau bayi yang mendapat susu ibu daripada yang makan telur, daging ayam, kacang-kacangan dan makanan penyebab alergi lain. Malah ada juga bayi mengalami alahan kepada susu yang berasaskan protein lembu iaitu susu formula bayi.

- RAWATAN: Bagi ibu menyusukan susu ibu kepada bayi, elakkan makan makanan pencetus alergi. Begitu juga sebaik sahaja bayi habis menyusu, segera bersihkan baki susu yang terdapat pada pipi bayi dan dapatkan krim pelembap yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.

Anda juga boleh mendapatkan Herbal Blend Multi-Purpose CreamShaklee untuk membantu anda menyelesaikan masalah ruam bayi anda. Shaklee Herbal Blend Cream tidak mengandungi STEROID dan BEBAS PARABEN. 

Sepanjang saya menjadi pengedar shaklee, herbal blend cream semakin dikenali dan sentiasa sold out dengan pantas. Malah saya sendiri juga menggunakan untuk diri sendiri untuk masalah tumit pecah. Bau yang lembut. Ada juga ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah ekzema yang berasa gembira kerana kulit anak mereka lebih lembab dan tidak terlalu kering. 

Testimoni Herbal Blend






*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 NEVER TRY, NEVER KNOW..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1257f03b8da70ee422a08163f455a172

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM