Anda
tidak suka minum susu, bau susu meloyakan?
Tahukah anda bahawa wanita
hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus
daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan
jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan
kalsium mereka mencukupi.
>>>> Saya sendiri tak suka minum susu. Tapi lepas kena gatal-gatal tahun 2009 dan kulit terkupas, saya paksa minum sebab kawan kata susu bagus untuk kulit. Saya beli susu Everyday. Dan lepas tu tekak cuma terima susu tu. Lain dari tu tak dapat dan tak sedap. Tapi lepas kulit dah ok, saya stop minum susu..
>>>> Then kahwin tahun 2013, mau setahun baru hamil. Tu pun lepas cuba macam-macam cara. Atas nasihat doktor, saya ambil juga kalsium dan vitamin lain..
Antara peranan kalsium:
1. Untuk tulang
Tulang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan
fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan
kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin.
Apabila ibu kurang kalsium, janin akan mengambil kalsium daripada
tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium , menjadi rapuh dan
keropos.
2. Untuk gigi
Begitu juga dengan gigi, ia mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal jika ibu kurang kalsium.
Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan
ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi.
3. Untuk Pertumbuhan dan Kesihatan Janin
Selama
pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu.
kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.
4. Untuk Jantung
Kehamilan
menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung
secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium.
Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula
mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan
mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung
berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.
5. Untuk Sistem Imun
Sistem
ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala
ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem
ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan
memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh
akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang
terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit sperti keradangan
kulit dan jerawat.
6. Penting ketika proses ovulasi
Proses
ovulasi atau pembenihan yang menyebabkan terjadinya kehamilan juga
melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk
bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan
membantunya memasuki membran sel telur.
Berminat dengan Kalsium Shaklee??
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or
prevent any disease.
Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu,
Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk
Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.
Untuk order
produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan
dengan Shaklee, hubungi:
SMS/WhatsApp: 016-842 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
No comments:
Post a comment