RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Untuk kali ini, saya nak kongsikan cara atasi rambut gugur khas untuk ibu yang baru sahaja melahirkan. Saya rasa kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin akan mengalami masalah rambut gugur yang sangat teruk termasuklah saya sendiri. Apa lagi kalau rambut kita panjang. Lagi la senang gugur kan..

rambut gugur selepas bersalin

Pengalaman saya sendiri sewaktu lepas bersalin, setiap hari rambut mesti gugur dengan teruk. KRONIK! Sampai malu pada husband. Setiap kali sikat rambut dan cuci rambut mesti banyak yang gugur.. Rasa kepala dah botak..

KENAPA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN?

Ada beberapa sebab atau faktor kenapa rambut kita mudah gugur selepas bersalin:

  • Perubahan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan rambut  mudah gugur.
  • Selepas bersalin, para ibu mudah terdedah kepada tekanan. Tekanan menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya.
  • Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut.
  • Faktor usia juga memainkan peranan yang penting kerana semakin usia meningkat semakin rendah kadar pertumbuhan rambut baru.
Klik SINI untuk ketahui punca lain..

Rambut gugur ni akan berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.

Cara mengatasi rambut gugur selepas bersalin
  1. Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.
  2. Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.
  3. Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.
  4. Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal. 
  5. Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.
  6. Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.
  7. Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.
Nak tau lagi?? Klik SINI..

Haa.. tu dia cara-cara yang boleh kita amalkan supaya rambut kita tak gugur sampai nak botak. Senangkan..

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM