RESEPI BROWNIES

Korang suka kek tak?? Saya suka.. Husband pun suka.. Hehe.. Mestilah suka kan.. Tapi ada je yang tak suka kek sebenarnya.. Tak pe.. Kena belajar juga kot-kot dapat jodoh yang suka kek kan..

Ok, Kita start masak ye.. Ni saya share resepi BROWNIES.. Tapi bukan saya yang buat. Resepi ni saya jumpa kat facebook sis SHUKRY MALA..


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan ataupun suku cawan serbuk koko
1 sudu baking powder
200gm dark chocolate

8 sudu butter
chocolate chip
Almond cincang
1 suku cawan gula kastor
3 biji telur

Cara-cara:



1. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.



2. Cairkan dark chocolate dan butter guna kaedah double boiler.



3. Bakar almond lebih kurang 5 minit dalam oven. Jangan sampai hangis. Nak bagi garing je masa makan brownies tu.



4. Tuang dark chocolate dan butter yang dah cair dalam bekas lain dan masukkan gula kastor . Kacau pakai whisker hingga gula hancur.



4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga sebati.



5. Masukkan tepung yang dah diayak tadi sedikit demi sedikit kacau sehingga sebati.



6. Lepas siap letak semua, dia akan jadi likat sikit macam ni.



7. Masukkan chocolate chip dan almond cincang.



8. Tuang dalam adunan. Adunan ni alas dengan kertas pembakar dulu supaya senang angkat brownies ni lepas masak nanti. Sebelum tuang, sapu mentega dulu kat atas kertas pembakar.



9. Panaskan dulu oven selama 15 minit suhu 150. Take note ye, oven saya kecik. So, kalau oven korang besar bolehlah besarkan suhu dia. Saya panaskan oven ni before start mengadun tadi. Then masukkan brownies dan bakar pada suhu 150 selama 30-40 minit. Intai-intai la tengok kalau-kalau rasa dah masak tutuplah oven tu.



Tadaa.. Siap sudah brownies!! Senang kan?? Tubggu sejuk dulu baru potong ye. Masa panas dia lembut lagi. Takut rapuh jadinya..

 Yummy.. Jom try buat..

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin