KE MANA PERGINYA BERAT BADAN BERLEBIHAN SEMASA HAMIL??

http://elliestory4health.blogspot.com/2015/12/ke-mana-perginya-berat-badan-berlebihan.html

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung.

Berat badan saya sendiri bertmbah 10kg semasa mengandung. Dari sebelum hamil hinggalah bersalin. Tapi berat baby saya cuma 2.5kg semasa dilahirkan. Ringan ataupun macam mana?? Kira ok lah kan..


Antara faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

• Berat bayi : 2.5 - 3 kg
• Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
• Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
• Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
• Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
• Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
• Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
• Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. 

Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Paling penting adalah untuk anda makan dengan sederhana dan seimbang supaya anda dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat. Info berikut mungkin membantu anda dalam mendapatkan khasiat secukupnya sewaktu hamil:

Protein - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protein tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

• Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

• Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

• Air - Amalkan meminum air masak 2-3L sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

* Credit: FB Ibu, hebat kan & Penerangan

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM