TIPS KURANGKAN ANGIN DALAM BADAN

http://elliestory4health.blogspot.com/2015/12/tips-kurangkan-angin-dalam-badan.html

1. Mengelakkan makan makanan yang berangin (gassy food).
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Orang yang alami masalah angin dalam badan perlu mengenal pasti makanan yang menyebabkan berlakunya masalah angin seterusnya hindarkan makanan tersebut. 

Terdapat beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh menyumbang kepada masalah angin dalam tubuh.

❥ Kacang, bunga kobis, kubis brussel, asparagus, brokoli
❥ Gula semulajadi yang terdapat dalam susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim
❥ Buah pir, pic dan prun
❥ Kentang dan jagung 

2. Mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
Minum sebelum makan - Minum air masak 30 minit sebelum makan dapat mengurangkan kadar keasidan di dalam perut dan boleh membantu melancarkan penghadaman di dalam perut. 

Makan dan minum perlahan-lahan - Makan terlalu cepat boleh menyebabkan kita menelan udara dengan kadar yang banyak. Mereka yang memakai gigi palsu perlu memastikan gigi mereka cukup "lekap" untuk mengelakkan mereka menelan udara ketika makan. 

Mengambil agen penghadaman - Pengambilan agen penghadaman sekali sekala adalah baik untuk usus. Bakteria baik dalam susu kultur boleh membantu menghadamkan makanan dalam usus dengan lebih efektif. Contohnya: Yakult (kurang manis) , vitagen dan seangkatan dengannya. 

Buang tabiat 'Sedut Angin' - Sedut Angin di sini bermaksud menghisap rokok/vape, mengunyah 'gum'(chewing gum), minum air beralkohol/berkarbonat dan minum melalui straw (logic ker?). 

Mengelakkan pengambil 'Sorbitol' - 'Sorbitol' adalah pemanis tiruan yang boleh menyebabkan gas. Bahan ini selalunya banyak terdapat dalam 'gula-gula getah' (sugar-free gum). 

3. Mengambil penawar yang boleh mengeluarkan 'angin'
✔Pengambilan ubatan untuk mengurangkan angin dari farmasi.
✔ Selain itu anda boleh mencuba amalkan minum air halia.
✔ Pengambilan suplemen yang berasaskan halia seperti Peppermint Ginger Plus Shaklee. 

Jika anda mengalami simptom-simptom angin dalam badan yang luar biasa, sila dapatkan pemeriksaan lanjut kerana ditakuti ianya adalah tanda-tanda penyakit dalam sistem pencernaan yang serius. Contohnya: Gastrik, kanser kolon/usus dan keracunan makanan. 


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 NEVER TRY, NEVER KNOW..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ce59ae595b0603be063a5169c69d2243

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM