10 FAKTA MENARIK BAYI BARU LAHIR

Mama-mama yang dah melahirkan dan bakal-bakal ibu mesti teruja nak sambut kehadiran si comel kan?? Belanja sikit gambar Ellie baru lahir.. Hehehe..

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/01/10-fakta-menarik-bayi-baru-lahir.html

Tapi ada lagi fakta yg paling menarik perlu mama dan papa tahu..
Jum ketahui di sini ... Fakta2 tentang bayi baru lahir..

1. Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.


2. Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai "Protective Reflex", lidah bayi secara automatik akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.


3. Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit dia lahir.


4. Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya suda sampai.


5. Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.


6. Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehingga 3-12 minggu.


7. Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.


8. Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.


9. Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.


10. Di dalam satu kajian, saintis di Norway membuat satu penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.


 Jum kongsikan untuk pengetahuan bersama..

Credit: Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM