5 Cara Basuh Botol Susu yang Betul

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/03/5-cara-basuh-botol-susu-yang-betul.html

Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.

Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!


Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.

Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan.

♥ Cara membasuh botol susu anak dengan betul ♥
1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.

2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.

3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.

4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.

5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses penbersihan dan pensterilan.

♥ Mensteril perkakasan penyusuan anak ♥
Sekarang proses mensteril perkakasan penyusuan anak menjadi lebih mudah apabila adanya peralatan pensterilan stim elektrik yang banyak di pasaran. Pilih sahaja jenama yang mana satu cuma harganya memang agak mahal. Tetapi jangan risau kalau anda tiada peralatan tersebut. Proses mensteril tetap boleh dilakukan tanpa masalah.

Pensterilan dengan stim elektrik
Cara ini lebih cepat dan efisien. Hanya mengambil masa lapan hingga 12 minit sahaja termasuk masa untuk menyejuk. Ia boleh mengekalkan keadaan steril botol sehinga enam jam jika ditinggalkan di dalam pensteril dengan tudung ditutup.
Pastikan botol, puting dan perkakasan lain diletakkan dengan mulutnya mengadap ke bawah. Dengan ini ia boleh memastikan pensterilan secara penuh.

Pensterilan dengan ketuhar gelombang mikro
Siapa yang ada 'mikrowave' di rumah boleh steril botol susu anak menggunakannya. Hanya ambil masa 90 saat sahaja untuk mensterilkan satu botol. Jangan tutup botol semasa dibakar dalam mikrowave, sebab tekanan boleh meningkat di dalamnya semasa proses memanaskan.

Pensterilan dengan cara didihan
Ini cara paling mudah dan digunakan oleh kebanyakan ibu. Pastikan anda sudah mencuci terlebih dahulu perkakasan botol susu anak. Masukkan semua dalam periuk besar yang mempunyai penutup. Isikan air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol-botol dan puting, kemudian tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit. Selepas direbus selama 10 minit, barulah boleh tutup api dapur.
Jangan buka penutup periuk sehingga anda hendak menggunakan perkakasan tersebut.

Pensterilan dalam air sejuk
Boleh juga mensteril perkakasan penyusuan anak dalam air sejuk. Tetapi mesti menggunakan larutan bebas toksin yang larut dalam air sejuk. Ia juga ada dalam bentuk biji. Larutan in membunuh bakteria dengan berkesan. Anda boleh menggantikan larutan itu setiap 24 jam.

Boleh menggunakan bekas pensteril khas untuk tujuan mensteril dalam air sejuk sama ada baldi atau bekas plastik berpenutup. Pastikan bekas tersebut dapat menenggelamkan kesemua  botol dan peralatan lain sepenuhnya. Pastikan tiada buih dan udara tertinggal dalam botol dan biarkan ia tenggelam sekurang-kurangnya 30 minit untuk mensterilkan dengan sempurna.

Keluarkan perkakasan hanya apabila anda hendak menggunakannya. Goncang setiap peralatan bila anda mengeluarkannya, atau bilas dan buangkan semua cecair dengan air sejuk masak, jika anda suka. Namun, ia tidak berbahaya jika terus menggunakannya.

Semoga bermanfaat ye, mommies..

Credit: Pa&Ma

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM