SUSU SAYA SEDIKIT DAN MAKIN KURANG..


http://elliestory4health.blogspot.com/2016/03/susu-saya-sedikit-dan-makin-kurang.html

Ini adalah antara masalah yang sering berlaku kepada ibu-ibu menyusu iaitu susu badan yang semakin kurang, terutama apabila ibu dah kembali bekerja. Susu merudum berkemungkinan berpunca dari masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu seperti berikut:

[1] Tidak disiplin mengepam.

Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasanya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.


[2] Bayi keliru puting.

Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuankerana bayi kurang menyusu di payudara.

[3] Kurang minum air.

Part ni ibu menyusu sangat2 perlu disiplin diri utk pastikan sentiasa minum bnyk air setiap hari. Minum sedikit2 tetapi dengan kerap. Bukanlah kena minum sampai satu liter air sekali minum. Kembung perut tu nanti. Saya selalu sarankan guna bekas air yang ada penanda aras (sukatan). Jadi senang nak monitor water intake kita setiap hari.

[4] Stress.

Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. Stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.

Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:

1. Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam atau 3-4 jam sekali? 


2. Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti? 


3. Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yang mengambil supplement 3 liter sehari) 


4. Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit? 


5. Adakah cukup rehat?

Jadi pastikan jawapan-jawapan utk persoalan di atas:

1. YA
2. YA
3. YA
4. TIDAK
5. YA

Jika jawapan anda tidak sama..sila usahakan sesuatu untuk selesaikan masalah tersebut.

Pengambilan supplement itu sepatutnya up-front, bukan last resort.

Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, STIMULASI!!

Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.

(*source : mommy lyna)
 


Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi: 


SMS/WhatsApp: 016-852 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin