Bila Si Kecil dah Pandai Berjalan | Coretan Ellie

Baby Ellie dah pandai berjalan.. Dah lama dah dia pandai berjalan, tapi baru hari ni ada masa nak update pasal my sunshine ni. Hehehe... Baby dah pandai jalan, jadi macam dah tak beberapa sesuai dah nak panggil Baby kan.. Tapi mama dan papa dah terbiasa panggil baby macam tu, so terpaksa la ye, my baby.. Hehehe.. Jadi baby sampai selama-lamanya kan. Hehe..

Baby start 2-3 langkah sebelum dia usia setahun.. Awal dia berjalan. Dalam otak dah setkan umur setahun mesti pandai berjalan dah. Ok, betul sesuai dengan planning. Hehe..

Lepas nampak dia dah pandai jalan 2-3 langkah then mamanya pun rajin buat latihan sama baby.

CARANYA: Bawa dia jalan tapi pegang dua-dua tangan, then try lepas tangan satu. Lama-lama dia ok baru bagi dia jalan sendiri.

Then hari ni, baby dah setahun 1 bulan, boleh dah berjalan tak perlu dah pegang tangan mamanya.

Tips anak cepat berjalan:
1. Selepas mandi urut tapak kaki. Lakukan setiap hari. Ni saya buat dari dia kecil lagi. Sambil saya cakap, cepat berjalan ye, sayang.. ;) ;)

 Ni la baby Ellie.. Eh.. Eh.. Saya yang kecil tu tau. Budak besar tu my cousin.. Hehehe..

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/05/Si-kecil-dah-pandai-berjalan.html

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin