Skip to main content

Kalau Nak Tidur Lena Waktu Hamil, Jom baca ni..


Semakin kandungan membesar, semakin tidak selesa pergerakan bakal ibu. Waktu tidur adalah masa yang paling mencabar . Walaupun ia adalah masalah biasa tetapi kekurangan tidur boleh membuatkan ibu menjadi letih dan tidak bermaya.


Untuk mendapatkan tidur yang cukup dan selesa, ibu boleh mempraktiskan beberapa panduan berikut:

1. Kurangkan minum

Minum air sebanyak-banyaknya pada waktu siang tetapi menjelang waktu tidur, kurangan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini bagi mengurangkan kekerapan ke bilik air untuk membuang air kecil.

2. Tidur siang

Sekiranya tidak dapat tidur yang cukup pada waktu malam, anda mesti mencari masa untuk melelapkan mata seketika pada waktu siang. Ini membantu mengurangkan keletihan. Walau hanya 10 minit, ia sangat membantu memulihkan tenaga dan kesegaran anda.

3. Senam di siang hari

Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia membantu memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Tetapi elakkan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

4. Atasi pedih ulu hati

Bagi mengelakkan pedih ulu hati, jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring. Elakkan makanan berempah, berasid, berlemak atau bergoreng.

5. Betulkan posisi tidur

Dalam trimester ketiga, amalkan tidur mengiring. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.

Selamat mencuba!!


Anda berminat dengan produk Shaklee??

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 

hubungi:
SMS/WhatsApp: 016-852 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".



Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin