MEMANDU KETIKA HAMIL, SELAMAT KE?

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/09/memandu-ketika-hamil-selamat-ke.html

MEMANDU KETIKA HAMIL SELAMAT KE? | NUTRISI SIHAT CANTIK - Masa kini tak kira wanita atau lelaki semua pun ada kereta dan masing-masing memandu ke tempat kerja. Kita sebagai wanita pun sudah menjadi satu kemestian tugas memandu kereta. Wanita mengandung pun tak terkecuali tetap memandu kereta melainkan ada pilihan lain iaitu suami yang memandu.

Keadaan fizikal ibu hamil ni kadang kala tak selesa semasa memandu. Eya lah, kalau dah perut membesar kadang-kadang terkena pada stereng kereta kan. Nak tunduk pun susah. Namun ianya tak ada masalah selagi ibu hamil dapat elakkan risiko yang dapat membahayakan dirinya dan bayi dalam kandungan

Ini saya dapat beberapa tips dari sumber internet yang mungkin boleh dijadkan panduan kepada ibu hamil semasa memandu kereta.

Trimester pertama (1 bulan - 3 Bulan)

Kebanyakan ibu mengalami morning sickness di awal kehamilan. Macam saya pun
mengalami morning sickness semasa kedua-dua kandungan. Semasa kandungan pertama tu saya masih bekerja dan ok lah sebab saya pergi kerja naik kenderaan awam. Jadi masalahnya cuma kalau tercium minyak wangi, terpaksa tutp hidung. Setiap kali pergi kerja, saya mesti bawa sapu tangan kecil. Pernah juga badan menjadi kurang bermaya, lesu, mudah sakit kepala, loya dan muntah baru minta tolong husband ambil bila balik dari kerja.

Pastikan anda makan sebelum mula memandu sebab bila perut kita kosong dan lapar ia memudahkan kita rasa mual.

Pastikan ada bekalan gula-gula berangin, buah atau chewing gum yang boleh mengurangkan rasa loya terutama dalam keadaan jalan sesak.

✔ Jangan lupa bekalan air minuman yang boleh melegakan rasa loya.

✔ Bagi ibu yang mudah muntah, sediakan beg plastik untuk saat kecemasan jika termuntah.

✔ Sekiranya tiba-tiba rasa mual dan hendak termuntah, segera perlahankan kereta dan berhenti di tempat yang selamat untuk melegakan diri seketika.

✔ Jika tiba-tiba keadaan anda makin teruk ketika memandu, jangan teruskan pemanduan. Hubungi suami atau kawan-kawan untuk datang membantu.

Trimester kedua (4 Bulan - 6 Bulan)

➳ Sekiranya bercadang memandu untuk jarak yang jauh, dapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor terlebih dahulu. Sebaiknya jangan memandu bersendirian.

Berhenti rehat sekiranya rasa sakit pada tulang belakang kerana duduk terlalu lama.

➳ Rasa ngilu atau kebas yang dialami di bahagian kaki boleh mengganggu pemanduan. Berhenti di tempat yang selamat dan berjalan seketika untuk menghilangkan penat.

MEMANDU KETIKA HAMIL, SELAMAT KE?
Trimester ketiga (7 Bulan - 9 Bulan)

🚗 Perut yang semakin besar membuatkan pemanduan semakin kurang selesa. Letak bantal kecil bagi memberi keselesaan di bahagian belakang pinggang.

🚗 Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng, selaraskan kedudukan anda tetapi pastikan kaki mencapai pedal minyak dan brek.

🚗 Sekiranya mengalami kontraksi kecil, berhentikan kereta di tempat selamat. Turunkan tempat duduk agar dapat berbaring dan berehat seketika sehingga rasa kontraksi hilang. Jika tidak hilang, dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.

Sebaiknya apabila kandungan masuk tujuh bulan ke atas, ibu dinasihatkan tidak memandu kerana berisiko tinggi kepada diri sendiri dan bayi. Minta bantuan suami untuk menghantar anda ke tempat kerja.

Sumber: FaceBookPage Preggy Food


Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin