TIPS MUDAH DAN CEPAT CERAIKAN SUSU IBU

TIPS MUDAH DAN CEPAT CERAIKAN SUSU IBU | NUTRISI SIHAT CANTIK - Selamat pagi mommies.. Hari ini saya nak kongsi tips untuk ceraikan susu ibu dengan cara yang mudah dan senang. Saya ada ikut satu group dalam facebook khas untuk mommies dan ada seorang ibu ni tanya macam nak hentikan anak dia dari menyusu badan. Sebab anaknya dah berusia 2 tahun dan tengah mengandung anak kedua.


http://elliestory4health.blogspot.com/2016/09/tips-putuskan-susu-ibu.html


Kebanyakkan momies bagi jawapan letak pewarna merah,  asam jawa,  balsam pedas, minyak kayu putih dan sebagainya. Sebenarnya cara ni tak digalakkan sangat kerana ia mendorong kepada kesan negatif. Contohnya anak akan jadi penakut, emosi terganggu dan rasa tertipu. Mungkin kita tak tau apa anak kita rasa tetapi mereka pun ada perasaan kan.

So, disini saya kongsikan beberapa tips untuk putuskan susu ibu. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu semua.

1. Beritahu anak kenapa kena berhenti. 
- Cakap dengan baik sebab kenapa kena berhenti susu badan. Jika anak meminta, layan karenah dia. Pastikan anak faham dia betul-betul sedia untuk berhenti susu badan. Perasaan dan emosi mereka harus dijaga supaya mereka tidak buat hal.

2. Kurangkan dahulu. Jangan berhenti mendadak. 
- Elakkan cara berhenti secara mendadak dengan tidak melayan anak nak menyusu. Putuskan susu ibu hendaklah berperingkat dan memang akan mengambil masa yang lama. Jangan paksa anak susu botol sebab nak wean-off. Kasihanilah mereka jika belum bersedia lagi. Kita sebagai ibu harus fikir apa yang mereka rasa.  

TIPS MUDAH DAN CEPAT CERAIKAN SUSU IBU

3. Jangan tolak tapi jangan offer
- Bila anak sedang main, cuba letak botol susu di tempat yang berdekatan. Tengah dia main bagi minum susu kalau dia mau. Tapi jangan offer dan jangan tanya. 

4. Lekakan anak dengan permainan atau makanan lain
- Bagi anak main mainan kegemaran mereka. Kalau anak minta susu, boleh cakap "Jom kita melukis dulu, Lepas tu kita susu ye". Kalau anak terima ok, Kalau tak, bagilah susu badan tapi sikit ja.

5. Pastikan anak kenyang sebelum menyusu dan jangan susukan anak terlalu untuk setiap sesi penyusuan. 
- Pastikan mereka kenyang makan sebelum mereka nak menyusu. Jadi mereka tak lah menyusu terlalu lama. Suruh mereka makan dulu, jika anak nak susu.

6. Ganti sesi penyusuan dengan susu formula / air lain.
- Kita nak anak kita suka susu formula, so kita boleh bagi sedikit demi sedikit. Kurangkan sukatan susu formula. Contohnya dalam pek susu 5 sudu untuk 190ml air. Cuba 3 sudu susu formula ja dulu. Sebab kadang-kadang mereka tak suka bila susu tu terlalu pekat. Jadi tak adalah anak kita nak minta susu badan.

7. Manjakan anak
- Bila anak menyusu, itulah masa mereka nak bermanja. Tapi bila dah tak menyusu, masa nak bermanja tu hilang. So kita kenalah cari cara lain dan masa untuk mereka bermanja. Peluk, cium dan belai mereka atau apa sahaja cara supaya anak kita dapat rasa kasih sayang.

8. Jenis susu formula
- Ini juga memainkan peranan penting ye ibu-ibu. Anak pun tau mana satu yang sedap dan tak sedap pada tekak mereka. Macam anak saya, Ellie. Mula-mula tu saya cuba bagi dia susu formula dutch lady, tapi dia tak nak. Then try lactogen, dia tak nak juga. Lastly saya bagi dia susu dugro vegetable, baru dia mau. Itu pun saya kurangkan sukatan dia. Tak semestinya susu mahal. Yang penting anak suka. Sebab kalau anak tak suka rugi ja beli kan. 

Sebenarnya ada banyak cara lagi untuk pisahkan susu anak secara perlahan tanpa mengganggu emosi anak. Suami juga memainkan peranan penting. Dan sebenarnya mommies semua juga kena bersedia . Kena buat stok susu walaupun tak kerja . Esok-esok kan senang bila nak ajar anak susu botol.

Credit: FB Ummi Zuhayr 

Berminat dengan produk shaklee??


Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632 (Kate Ginting)
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".



Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin