Tak Datang Haid Selepas Bersalin, Normal Atau Tidak?

Tak Datang Haid Selepas Bersalin, Normal Atau Tidak? | Ramai ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami haid tidak datang lepas bersalin. Lepas tempoh berpantang, darah nifas habis bersih ada sahabat yang tidak datang bulan selama setahun, malahan ada yang sehingga 2 tahun. Bagaimana ia berlaku?

Kisah tidak datang haid ni membingungkan sebenarnya. Biasa sebelum ini haid datang normal setiap bulan, tetapi lepas bersalin, lama menunggu tak datang-datang cik "P" ni. Kalau tak datang period, paling susah nak agak adalah waktu subur. Silap-silap, boleh termengandung lagi!


http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/tak-datang-haid-selepas-bersalin.html

Tak Datang Haid Selepas Bersalin, Normal Atau Tidak?


Boleh dikatakan sekiranya haid tidak datang selepas melahirkan anak adalah normal sekiranya anda ;

  • Gemuk – Berat badan berlebihan iaitu obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  • Hamil – Haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini telah berlaku persenyawaan benih tanpa disedari. jadi pentingnya haid yang teratur dan merancang keluarga dan mencang untuk mendapat zuriat. Pengiraan hari subur bergantung pada kitaran haid masing-masing. tidak boleh tiru kawan ya walaupun tarikh haid anda sama dengannya.
  • Hormon Prolaktin berlebihan – Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • Kurus yang terlampau – Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  • Masalah kesihatan – Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • Monopaus – Berlaku kepada wanita yang berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  • Pil perancang – Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • Tekanan perasaan / Stress Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian. Bagi ibu yang baru melahirkan, emosi sedikit terganggu kerana baru hendak menyesuaikan diri dengan si comel. Emosi terganggu juga menyumbang kepada kecelaruan hormon dalam tubuh seterusnya menganggu haid ibu.
  • Penyusuan bayi – Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya! Penghasilan hormon prolaktin akan menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. Ia terjadi kerana penghasilan hormon prolaktin yang tinggi semasa penyusuan susu ibu.
  • Salah kiraan – 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  • Masalah Thyroid – Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  • Ubat-ubatan – jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.
  • Makanan kurang seimbang - Semasa berpantang, ibu masih perlu mengambil pemakanan seimbang. Elakkan terlalu menyekat menu makanan sehingga tubuh tidak mendapat khasiat yang secukupnya. 
  • Perubahan gaya hidup - Tidur yang tidak cukup, rehat yang terganggu menyebabkan badan letih dan ini menganggu hormon dalam tubuh.

So lepas ni kalau dah tahu penyebab kenapa haid kita tak datang-datang, maka jangan la risau sangat. Pastikan walaupun kita terpaksa menguruskan bayi, kenalah pastikan segala masalah kita dikongsi bersama suami. berbincang dan cuba atasi bersama.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM