Bahaya Plak Kolesterol Dalam Salur Darah

Bahaya Plak Kolesterol Dalam Salur Darah | Bila cakap tentang kolesterol, ramai yang ingat ianya tak baik untuk kesihatan dan perlu disingkirkan dalam badan. Tapi hakikatnya, kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh yang terdapat dalam setiap sel manusia. Kolesterol adalah bahan berlemak (Lipid) yang diperlukan oleh tubuh supaya dapat bekerja dengan baik.

Kolesterol diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Dari pemakanan kita dapat daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu dimana selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam salur darah dan diselaputi oleh protein yang dipanggil Chylomicron.

Manakala hati pula mampu singkirkan kolesterol daripada salur darah tapi boleh juga menghasilkan serta merembeskan kolesterol ke dalam salur darah. Selepas makan, hati akan keluarkan chylomicron daripada salur darah.

Kolesterol tak boleh larut dalam darah melainkan ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil Lipo Protein. Kolesterol bergabung dengan Lipo Protein dengan ketumpatan amat rendah (VLDL) atau Lipo Protein ketumpatan tinggi (HDL).

Terdapat 2 jenis kolesterol
  • Kolesterol Jahat - LDL
  • Koelsterol Baik - HDL


http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/bahaya-plak-kolesterol-dalam-salur-darah.html


Apa itu Plak Kolesterol?

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/bahaya-plak-kolesterol-dalam-salur-darah.html


Plak kolesterol terbentuk dari kelebihan kolesterol di dalam darah. Plak ini akan menempel dan mengeras pada dinding salur darah. Apabila plak kolesterol semakin tebal, salur darah akan menjadi sempit dan seterusnya menyebabkan salur darah tersumbat. Salur darah tersumbat menyebabkan aliran darah tergangu dan tidak dapat mengalir ke jantung.

Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan "Ischaemia". Jika salur darah tersumbat dan dipenuhi dengan plak kolesterol melebihi 75%, oksigen akan terhenti dan menyebabkan otot jantung yang terlibat akan mati. Ini yang menyebabkan serangan jantung yang parah dan boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini dipanggil sebagai Aterosklerosis, yang menyebabkan Penyakit Arteri Koroner.

 

Bahaya Plak Kolesterol Dalam Salur Darah


Kebanyakan orang yang memiliki kolesterol tinggi tidak menunjukkan tanda-tanda yang penting. Namun di antara gejala yang mungkin terjadi akibat dari bahaya plak kolesterol ini adalah:
  1. Angina ialah sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis Arteri koroner, di mana sebahagian pada otot jantung tidak mendapat darah mengandungi oksigen secukupnya.
  2. Intermittent claudication ialah rasa sakit pada bahagian betis ketika berjalan pada jarak tertentu. Ini kerana aterosklerosis salur darah pada kaki  menyebabkan salur darah tersumbat dan menghalang kitaran darah yang lancar.
  3. Stroke terjadi apabila terdapat pembekuan darah atau perdarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu pada otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota terjadi.
  4. Plak kolesterol pecah boleh menyebabkan terjadinya trombosis koroner, iaitu aliran darah ke jantung tersumbat atau lebih dikenal dengan serangan jantung (Heart Attack).
  5. Xanthoma ialah ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan plak kolesterol yang tinggi dalam darah. Xanthoma sering terjadi terutama di kalangan mereka yang ada hiperkolesterolemia.

 

Bahaya Plak Kolesterol Dalam Salur Darah


Sayangnya, banyak orang tidak tahu bahawa kematian akibat aterosklerosis dapat dielakkan. Aterosklerosis terus meningkat di Malaysia dan Asia. Sebahagian besar adalah disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat. Jumlah penduduk dengan masalah obesiti, diabetis dan tekanan darah tinggi juga meningkat. Kurang senaman, pemakanan yang tak seimbang dan merokok juga menambah risiko aterosklerosis.

Selain dari gaya hidup sehat, anda boleh amalkan Set Kolesterol untuk mengawal kolesterol dalam tubuh kita, sekaligus mengurangkan pengumpulan lebih banyak plak kolesterol.

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/bahaya-plak-kolesterol-dalam-salur-darah.html

1. Phytocol-ST
  • Mencegah penyerapan kolesterol ke dalam salur darah. 
  • Struktur molekul vitamin ini sama seperti kolesterol yang membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dan membantu meningkatkan kesihatan tubuh secar amnya.

2. Omega Guard
  • Membakar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL dalam darah.
  • Membekalkan spektrum luas Asid Lemak Omega-3 yang terdiri daripada 7 komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda. 
http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/bahaya-plak-kolesterol-dalam-salur-darah.html

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/bahaya-plak-kolesterol-dalam-salur-darah.html

Ingin dapatkan Set Kolesterol untuk ibu dan ayah?


Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba
       
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin