Ibu Menyusu Tak Datang Haid?

Ibu Menyusu Tak Datang Haid? | Tentu ada kalangan anda yang baru bersalin anak pertama dan berasa cemas kerana masih lagi tidak datang haid walaupun anak sudah berusia enam bulan ke atas kan. Risau juga kalau-kalau 'lekat'. Hehehe.. Bukan tak bersyukur tetapi anak masih kecil lagi, kalau boleh hendaklah ada jarak sedikit. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/ibu-menyusu-tak-datang-haid.html

Ibu Menyusu Tak Datang Haid, Normal kah?

Anda tak perlu risau sebab perkara itu adalah normal terutama kalau ibu yang menyusukan anak secara eksklusif dengan susu ibu. Menyusu secara eksklusif ini adalah  dalam tempoh enam bulan pertama penyusuan tidak dicampurkan dengan susu formula atau sebarang cecair lain. Bahkan penyusuan diteruskan lagi sehingga anak berusia dua tahun. Ini kerana hormon prolaktin (hormon penyusuan) ibu berada pada paras sangat tinggi!

Sebenarnya setiap ibu akan melalui fasa yang berbeza antara satu sama lain. Tidak ada waktu khusus yang boleh dianggarkan bila kitaran haid ibu menyusu akan stabil. Ada yang mula datang haid selepas beberapa minggu, beberapa bulan, selepas setahun, atau juga apabila bayi mula makan, atau bayi tidur lebih lama di waktu malam. 

Jangan terkejut kerana ada juga yang hanya datang haid selepas bayi berhenti menyusu sepenuhnya! Oleh itu, ibu menyusu yang tidak datang haid adalah perkara normal dan tidak semestinya ia petanda dirinya positif mengandung.

Selain dari itu ada juga ibu menyusu yang mengalami kitaran haid tidak stabil sepanjang menyusukan anak. Misalnya, datang haid dalam kiraan hari yang singkat atau lebih lama berbanding biasa. Bahkan ada juga yang hanya datang haid sekali, kemudian tidak datang berbulan-bulan sehingga haid seterusnya tetapi bukan mengandung. Semua itu adalah normal bagi ibu menyusu.

Ibu Menyusu Tak Datang Haid, Normal kah?

Jadi, untuk mengetahui bilakah waktu haid yang pertama akan hadir kepada ibu menyusu selepas melahirkan bayi bergantung kepada beberapa perkara

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Kekerapan menyusu bayi secara terus dari payu dara.
2. Adakah bayi menggunakan puting kosong atau tidak?
3. Sudahkah bayi makan makanan pejal pertamanya?
4. Kekerapan bayi minum susu perahan ibu menggunakan botol susu.
5. Berapa lama bayi tidur di waktu malam dengan lena.
6. Tindak balas hormon dalaman ibu iaitu antara hormon estrogen dan hormon prolaktin dimana kedua-dua hormon ini saling berlawanan. Apabila satu hormon pada paras tinggi, satu lagi akan menjadi rendah. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/ibu-menyusu-tak-datang-haid.html

Oleh itu, anda jangan risau kerana semakin berkurangan rangsangan kepada payu dara (kekerapan menyusukan bayi berkurangan) terutama pada waktu malam, besar kemungkinan haid akan datang dalam masa terdekat. 

Jika anda masih menyusukan anak dan risau kerana masih tak datang haid walaupun anak dah berusia enam bulan, ibu-ibu boleh cuba GLA Complex untuk menstabilkan kitaran haid anda.

Beli online GLA Complex Shaklee di sini (Klik). 100% secured.

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin