Kepentingan Asid Folik Jika Merancang Untuk Hamil

Kepentingan Asid Folik Jika Merancang Untuk Hamil | Asid folik sangat sinonim dengan ibu yang sudah hamil kerana mereka hanya mengetahui kewujudan asid folik ini selepas disahkan hamil. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa asid folik ini perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna. Suplemen asid folik ini sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/kepentingan-asid-folik.html

Apa itu ASID FOLIK?

Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Ia membantu badan untuk membuat sel-sel baru yang sihat. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya asid folik kurang di dalam badan, tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas.

Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
  • Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung.
  • Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.
  • Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentika.
  • Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

Kepentingan Asid Folik Jika Merancang Untuk Hamil
Kenapa perlu ambil asid folik sebelum hamil?
  • Pengambilan asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru.

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/kepentingan-asid-folik.html

  • Asid folik dapat membantu masalah kualiti sperma dikalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Golongan lelaki disarankan untuk mengambil asid folik diantara 700 - 1000 mcg sehari. Apabila sperma mengalami kecacatan kromosom dan disenyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Jadi, disebabkan masalah ini, ia menjadi salah satu punca kepada keguguran.
  • Asid folik juga penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dinding rahim.

Kenapa perlu ambil asid folik semasa hamil?
 
1. Membantu menghindarkan kecacatan saraf tunjang (Neural Tube Defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (Spinal Bifida). Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.
http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/kepentingan-asid-folik.html

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( Anecephaly/Encephalocele).


http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/kepentingan-asid-folik.html
(nak tengok real pic, klik SINI bagi yang kuat semangat) 

2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (Anemia).
3. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
4. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

5. Pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang
 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Sumber asid folik boleh diperoleh daripada:-

  • Makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.


Bagaimanakah untuk memilih asid folik yang terbaik?

 
Oleh kerana asid folik merupakan salah satu vitamin B, maka lebih elok sekiranya kita mencari vitamin yang mengandungi kesemua vitamin B.

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (Sustain-Release)
http://elliestory4health.blogspot.com/2016/10/kepentingan-asid-folik.html

Semua ciri-ciri diatas terdapat dalam produk B-Complex Shaklee. Di dalam B-Complex ini terdapat asid folik yang diperlukan oleh wanita yang ingin hamil mahupun wanita yang sudah hamil. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai kepentingan B-Cmplex yang lain di SINI. Dapatkan B-Complex sekarang sekiranya anda mahu hamil atau sudah hamil.

Pada ibu yang sudah hamil, dah tengah mencari vitamin untuk anak dalam kandungan dan untuk menjaga kesihatan anda, boleh baca Vitamin Ibu Hamil.



Beli online B-ComplexShaklee di sini (Klik). 100% secured.

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM