BERNIAGA UNTUK APA

Berniaga Untuk Apa | Hai.. Hari ni saya tak sentuh pasal shaklee. Saya nak cerita pasal berniaga tak kira bagaimana cara kita berniaga dan apa kita jual. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/11/berniaga-untuk-apa.html

Nak tanya anda berniaga untuk APA?
Of course lah ramai orang terutamanya HOUSEWIFE berniaga sebab nak tambah duit sampingan kan. Nak tolong husband cari duit lebih. Tak nak bebankan husband dan macam-macam lagi lah. Tapi ada juga orang yang dah ada KERJA HAKIKI tapi still berniaga secara kecil-kecilan. Mungkin untuk lepas bayar ansuran rumah, ansuran kereta atau belanja persekolahan anak. 

Tapi tak kurang juga yang berniaga untuk jadikan bisnes sebagai satu kerjaya. Pendapatan daripada berniaga cukup untuk sara keluarga, beli sedikit aset dan ada simpanan untuk hari tua. Mereka ini berniaga sepenuh masa. 

BERNIAGA UNTUK APA?

Ada yang berniaga untuk menjadi orang kaya. Bukan setakat mampu sara keluarga. Mereka menjana pendapatan lumayan. Mereka kaya seorang diri. Bisnes yang mereka bina bertahun-tahun itu cukup untuk mengkayakan diri mereka sahaja. 

Ada yang berniaga untuk menjadi kaya dan mengkayakan orang lain. Mereka mempunyai rakan kongsi. Mereka mempunyai ahli pasukan. Makin lama berniaga, bisnes mereka semakin berkembang. Orang-orang yang membangunkan bisnes bersama mereka juga semakin kaya. Mereka menitik berat pembangunan manusia. Karier ahli pasukan di dalamnya berkembang. Makin lama berniaga, syarikat makin membesar. Mereka bina kekayaan dengan cara membangunkan kumpulan syarikat yang dapat berkembang dan berdiri teguh untuk jangka masa yang lama. 

Setiap TUJUAN di atas ilmunya berbeza. Gurunya juga berbeza.

Berniaga untuk apa? 

Ini MINDSET. Cara fikir kita. Ada yang bermula daripada bawah secara kecil-kecilan, dan mahu kekal kecil. Tidak membesar pun tak mengapa. Memang berniaga untuk cukupkan belanja yang perlu.

Ada yang bermula daripada bawah secara kecil-kecilan, namun berjiwa besar, bercita-cita besar. Ya, sekarang memang kecil. Tahun demi tahun bisnes mereka berkembang. Secara strategiknya, ia dirancang untuk berkembang. 

Sampai satu masa, mereka mampu membangunkan kumpulan syarikat yang capai tahap kejayaan luar biasa. Ia diusahakan bersama sekumpulan ahli pasukan yang dipimpinnya.

Anda berminat berkecimpung dalam perniagaan Shaklee?



Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM