Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil | Masalah tekanan darah tinggi seharusnnya tidak dianggap remeh oleh ibu hamil kerana panyakit ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian ibu, janin ataupun kedua-duanya. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/11/cara-kawal-tekanan-darah-tinggi-semasa-hamil.html


Masalah darah tinggi ketika hamil boleh berlaku kepada sesiapa saja. Jika tekanan darah korang lebih daripada 140/90 selepas dua kali pemeriksaan, maka anda didiagnosis mendapat tekanan darah tinggi. 

PANDUAN BACAAN TEKANAN DARAH

KATEGORI
SISTOLIK
DIASTOLIK
NORMAL
Bawah 120
Bawah 80
PRE-HYPERTENSI
120 - 139
80 - 89
HYPERTENSI
140 dan ke atas
90 dan ke atas
HYPERTENSI SISTOLIK
160 da ke atas
Bawah 90


Terdapat beberapa kategori tekanan darah tinggi semasa hamil:

  • Essential Hypertension Complicating Pregnancy / Chronic Hypertension - Berlaku pada ibu hamil sebelum usia kehamilan 20 minggu sehingga 12 minggu selepas bersalin dengan bacaan melebihi 140/90. Ibu mempunyai tekanan darah tinggi sebelum mengandung.
  • Pregnancy Induced Hypertension / Gestational Hypertension - berlaku selepas usia kehamilan mencapai 20 minggu dan sehingga 12 minggu selepas bersalin dan tiada protein dalam air kencing.
  • Pre -Eclampsia - Berlaku apabila ibu hamil disahkan menghidap Essential Hypertension Complicating Pregnancy dan Pregnancy Induced Hypertension. Tekanan darah tinggi dan ujian air kencing menunjukkan ada protein. Jika tidak dirawat segera, akan menyebabkan kemudaratan ibu dan bayi.


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang wanita mudah mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil seperti:
  • Berusia kurang daripada 20 tahun.
  • Berusia lebih 40 tahun.
  • Pertama kali hamil.
  • Mempunyai kakak atau ibu yang pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil.
  • Wanita hamil kembar.
  • mempunyai masalah buah pinggang sebelum hamil.


Untuk ibu hamil yang ada masalah ni, ia bergantung kepada kematangan bayi dalam kandungan. Jika tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan sarankan anda bersalin awal secara pembedahan caesarean kerana apabila darah terlalu tinggi, ibu boleh kena sawan, dan kadang-kadang berlaku pendarahan pada otak dan seterusnya jadi strok.


Bahaya pada ibu:
  • Sawan (Eclampsia).
  • Kematian atau koma - Disebabkan pembengkakan pada bahagian otak.
  • Strok - Pendarahan pada bahagian otak.
  • Kegagalan hati.
  • Pembengkakan hati
  • Kegagalan jantung


Bahaya pada bayi:

  • Berlaku PlacentalAbruption - Pengasingan plasenta dan dinding rahim sebelum bersalin yang menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan dan seterusnya menyebabkan kematian dan kecacatan bayi.
  • Pertumbuhan dalam rahim terencat - Salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepad bayi tercerut. Tumbesaran bayi terencat, berat badan bayi ringan dan perlukan bantuan pernafasan dan inkubator selepas dilahirkan.
  • Kelahiran pramatang - Kadang-kadang bayi melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan. Jadi apabila bayi tersedut najis sendiri akan menyebabkan kerosakan paru-paru.

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Jadi untuk mengawal tekanan darah tinggi, ibu boleh amalkan supplement yang sesuai. Kekurangan vitamin dan nutrisi boleh menyebabkan ibu letih dan penat sehingga mempengaruhi tekanan darah.

Antara supplement yang sesuai untuk kawal tekanan darah tinggi semasa hamil ialah:

  • Asid Lemak Omega-3
Omega 3 adalah asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Tetapi ianya sangat penting untuk melancarkan dan melicinkan perjalanan darah.  Secara tidak langsung dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga mengelakkan pembentukan darah beku dan menurunkan paras kolesterol yang merupakan punca kepada tekanan darah tinggi.
Oleh kerana Omega 3 ni tidak dapatkan dihasilkan oleh badan dan perlu diambil dari sumber luar, korang boleh cuba OMEGAGUARD Shaklee. Ia membantu mengekalkan tekanan darah normal, merendahkan kolesterol dan juga bantu hindarkan pembekuan darah dalam badan.
Selain itu, Omega Guard ini juga mengandungi DHA dan EPA  yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Ia juga membantu tingkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

  • Kalsium dan Magnesium
Kedua-dua mineral ini diperlukan oleh ibu hamil untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.  Magnesium sangat penting untuk mengawal pengecutan salur darah dan elak salur darah menyempit.  Kalsium dan magnesium ini saling memerlukan untuk penyerapan yang efektif.

Korang tak perlu risau dan susah-susah nak cari sebab Shaklee ada OSTEMATRIX untuk membantu. Ostematrix ni merupakan gabungan KALSIUM, MAGNESIUM  dan juga VITAMIN D. Magnesium ada sifat laxative (melawaskan). Ia bertindak sebagai lori, pengangkut kalsium ke tulang. Korang yang makan supplement kalsium pastikan korang check ada Vitamin D ke tak. Sebab pil kalsium tanpa Vitamin D berfungsi untuk menyerap kalsium ke dalam tulang. Sebab kalau kalsium tak diserap sepenuhanya ke dalam tulang, akan jadi masalah BATU KARANG. Bahaya kan..

Selain itu, anda boleh cuba beberapa tips berikut:
  • Amalkan pemakanan yang sihat.
  • Lakukan senaman ringan.
  • Kurangkan garam dalam makanan.
  • Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
  • Dapatkan rehat yang cukup.
  • Cuba baring dan tinggikan kaki lebih dari aras jantung pada siang hari.
  • Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein.
  • Kurangkan tekanan di tempat kerja.


Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee,
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".


Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin