Kali Pertama Ellie Jalan Jauh

Kali Pertama Ellie Jalan Jauh | Lamanya nak cerita pasal short trip Ellie. Bulan lalu Ellie jalan-jalan ke Kuala Lumpur untuk tengok auntie Betsy konvokesyen.

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/11/kali-pertama-ellie-jalan-jauh.html

Sebelum tu memang risau sangat nak bawa Ellie jalan terutamanya naik flight. Eya lah, 

budak kan. Takut dia menangis dalam kapal. Lepas tu time jalan-jalan tu nak bawa susunya lagi. Nak bawa air panas lah. Takut demam atau selesema lagi. Memang banyak saya buat research pasal travel dengan budak kecil ni. Google dan tanya kat group facebook segala. Cari kat Google, syukur saya jumpa blog Puan Oja Samid share pasal pengalaman dan tips melancong. Dari sana saya dapat barang apa yang perlu dibawa. Thanks, Puan.

Lagi satu, perut pun tengah sarat time ni. Memang dugaan sangat-sangat. Tapi syukur still enjoy walaupun travel dengan budak kecil dan perut sarat. Hehehe..

Flight malam so memang senang lah nak handle si kecil ni. Jalan dari rumah jam 7 malam saya tak bagi susu dan masa dalam kereta tak bagi dia tidur. So time dalam flight baru bagi dia susu dan beberapa minit kemudian dia tidur. Dalam flight 2 jam 35 minit, dia tidur ja. Hehehe.. 

Then, time jalan-jalan nak pergi shopping esoknya pula, ni memang mencabar sikit lah. Sebab dia ni asyik nak minta dukung ja. So, terpaksa tukar-tukar dukung dengan husband. Pernah time tu kami jalan kaki dan Ellie tak nak kena orang lain dukung, nak juga mamanya dukung. Bayangkanlah jalan kaki dalam 20-30 minit, lepas tu dukung dia (Berat lebih kurang 9-10kg) dan mengandung lagi dalam 25weeks. Huuu.. memang sakit kaki lah time tu. Badan saya kecil ja. Berat tak sampai pun 45kg.  Hehehe..

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/11/kali-pertama-ellie-jalan-jauh.html

Tapi syukur lah esok pagi kaki tak sakit, masih boleh berjalan ke Aquaria KLCC tengok ikan. Hehehe.. Sebab malam tu saya telan 4 biji Ostematrix. Kena kau.. Hahaha..

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/11/kali-pertama-ellie-jalan-jauh.html
 Ellie dengan botol susunya..

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/11/kali-pertama-ellie-jalan-jauh.html
 Ellie takut ikan..

Semangat mak buyung jalan-jalan kan.. Jalan pagi jam 10pagi sampai jam10 malam. Hahaha.. Shopping baju lah kunun. Tapi still tak puas shopping. Sebab target nak pergi sale baju baby. Orang cakap KL banyak sale dan murah-murah, banyak pilihan baju baby, tapi tak sempat nak pergi dan tak tahu pun kat mana tempat tu. Paling-paling pun kami pergi Tesco, Mydin. Tapi macam tak banyak pilihan pun. Dapat beli baju 2-3 helai ja untuk my baby bump and Ellie. Asal ada lah kan. Tak jumpa Nursing Pillow. Huhuhu.. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2016/11/kali-pertama-ellie-jalan-jauh.html

Sepanjang cuti-cuti tu Ellie tak ada lah sakit-sakit. Ada pun time nak balik naik flight tu dia ada selesema sikit. Tapi sekejap ja sembuh sebab saya bagi dia sebiji Omega Guard sehari. 

Rasanya itu ja untuk entry kali ni. Untuk korang yang nak merancang nak bercuti, Selamat bercuti dan have fun!!


Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin