Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Kenapa Perut Sering Mengeras Ketika Hamil? | Hai semua. Hari ni my second baby bump dah masuk 27 weeks. Oh yeay.. Tapi kerap mengeras. Masa first baby dulu tak rasa macam ni. Kali ni macam terlampau awal pula. Adakah sebab baby boy? Hehehe.. I pun tak pasti. Tapi memang terlalu aktif. Macam 24jam dia gerak. Masa tidur mengiring ke kanan tak selesa, mengiring ke kiri pun tak selesa. Sebab dia asyik tendang ja. Last-last terpaksa tidur terlentang. Huhuhu.. 

Oh ya, cerita pasal perut mengeras tu kan, rasa macam kenyang ja saya rasa, dan ketat macam nak meletup ja. Kalau kita tekan perut kan, keras macam batu ni. I tekan lembut je tau. Hehehe.. Lepas tu, kadang-kadang rasa tak nak makan je sebab macam kenyang. api kalau tak makan, sakit dada pula. Hehe.. Terpaksalah makan juga kan. Hehehe..


Kenapa Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?



Saya ada tanya dalam satu group kat Facebook ni:



"Hai mommies. Saya sekarang prgnant 26wks. 2nd bby. Normal ka tu ah kalau kdg2 perut pandai keras? Macam ketat betul perut sy rasa ni. Kdng2 mcm xmau makan sbb mcm Kenyang ni. Tp pandai juga sakit dada Klau xmkn. Xda juga rasa sakit. Cuma xslesa la kdg2. Dan bby mmg aktif d dlm. Sy ada baca2 d Google bby akan keluar awal Klau perut selalu mengeras. Ada ka mommies yang pernah mengalami macam sy? Boleh share pengalaman? TQ."

  
Ni response mommies dalam group tu..


Then ada kawan whatsapp, jangan terlalu stress, jangan angkat berat and banyakkan berehat. Kalau pasal angkat berat tu, angkat anak yang first ja la. Sebab dia sejak akhir-akhir ni sikit-sikit minta dukung. And kadang-kadang ada stress juga. Heee..

Then saya search kat google dan ni yang saya jumpa. ;) ;)

Kenapa Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick (pengecutan rahim) dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton’s Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa Braxton’s Hick yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi Braxton’s Hick tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam. Semasa kontraksi Braxton’s Hick ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Kenapa Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan Braxton’s Hick dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  • Kontraksi Braxton’s Hick tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala Braxton’s Hick akan hilang akhirnya.
  • Braxton’s Hick tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  • Kontraksi Braxton’s Hick tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi Braxton’s Hick:
  • Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi Braxton’s Hick akan datang.
  • Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan.
  • Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi Braxton’s Hick.
  • Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan Braxton’s Hick.
  • Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.


So, korang yang rasa macam saya tu, tak perlu risau lah ye. Selagi tak ada rasa sakit yang kerap lah. Kalau sakit, korang cepat-cepat lah ke hospital. 



Semoga bermanfaat ye mommies..



Berminat dengan Produk Shaklee??

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee,
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM