❀ Selamat Datang | Saya Kate | Shaklee Independent Distributor ID:944001 | Jika inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan, sila hubungi saya - 016 842 5632 | Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀

Tuesday, 31 January 2017

Tips Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin

Tips Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin | Pada hujung kehamilan, kebanyakan bakal ibu mula berasa gentar kerana hari melahirkan bayi semakin menghampiri. Biarpun tidak sabar hendak menatap wajah comel yang dinanti, jauh di sudut hati tetap rasa berdebar.

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/tips-tanda-tanda-awal-nak-bersalin.html


Tidak kira sama ada ini pengalaman pertama atau pengalaman yang seterusnya, perasaan takut tetap sama. Tetapi sudah tentu bakal ibu yang baru pertama kali lagi kuat debarannya. Bagi ibu yang berpengalaman, pasti sahaja sudah sedia maklum apa tanda-tanda yang menunjukkan masa bersalin semakin hampir.

Saya sendiri pun teruja nak tunggu my second baby ni keluar. ;) Tinggal tunggu hari ja lagi @ tunggu ada tanda-tanda baby nak keluar. Cepat lah keluar sayang. Mama tak larat dah. ;) Anak first dulu turun darah terus pergi hospital masa 37 Minggu 6 hari. Hari ni kandungan kedua dah 37 minggu belum ada tanda-tanda lagi. Baby banyak mengeras ja. Tak pe, mama tunggu baby, ye..

Untuk bakal ibu yang baru pertama kali dan untuk saya juga, jom semak tanda-tanda berikut supaya anda lebih bersedia menghadapi saat-saat mendebarkan tersebut.

1. Ngilu di bahagian ari-ari

Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal ibu juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.

2. Sakit tulang belakang


Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu. 

3. Keluar lendir berdarah 

Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim. 

4. Keluar air ketuban  

Tidak semua bakal ibu mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin. 

5. Kontraksi rahim 

Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul. 

6. Bukaan pintu rahim 

Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Sunday, 29 January 2017

Aktiviti Harian Bantu Mudah Bersalin

Aktiviti Harian Bantu Mudah Bersalin | Menghitung hari untuk melahirkan bayi memang mendebarkan. Siapa yang tidak mahu mudah bersalin. Ada banyak cara yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung untuk memudahkan proses bersalin. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/aktiviti-harian-bantu-mudah-bersalin.html


Sebenarnya untuk bersalin normal, stamina dan cara pernafasan yang baik boleh diperoleh daripada melakukan banyak aktiviti cergas sepanjang mengandung. Menghampiri waktu bersalin, sebaiknya ibu hamil tetap aktif. 

Beberapa aktiviti berikut boleh membantu ibu untuk mudah bersalin. Tak salah mencubanya. Melakukan tugasan rumah tangga antara aktiviti mudah yang boleh membantu anda. 


1. Mengemop Lantai

Tahukah anda aktiviti membersihkan lantai seperti menyapu dan mengemop dengan posisi sedikit membongkok dapat mebantu melancarkan proses kelahiran secara normal. 

Posisi membongkok boleh melatih otot pelvis dan diafragma. Sekiranya ibu hamil rajin membersihkan lantai rumah dengan membongkok boleh membuatkan dinding perut dan diafragma menekan fundus yang dapat menghilangkan masalah pelvis sempit. 

Dengan kerap melakukan aktiviti ini, ia membantu mengurangkan kesakitan ketika hendak bersalin. Petua orang tua ini elok diamalkan pada trimester akhir kehamilan. 

Aktiviti Harian Bantu Mudah Bersalin 

2. Senaman Ringan 

Ibu hamil yang rajin melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki akan membuatkan badan cergas dan aliran darah juga lancar. 

Jalan kaki juga membuatkan anda cepat mengalami kontraksi ketika hendak bersalin. Kontraksi yang cepat sudah tentu memudahkan proses bersalin lebih pantas dan senang. 

3. Teknik Pernafasan

Teknik pernafasan yang baik semasa proses meneran bersalin sangat diperlukan oleh ibu hamil yang bersalin normal. 

Oleh itu penting untuk anda mempelajari teknik pernafasan yang betul menghadapi sakit bersalin. Ia membantu mengurangkan stress ketika mengandung dan menghadapi sakit bersalin.

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Friday, 27 January 2017

Sakit Kontraksi Sebenar atau Palsu

Sakit Kontraksi Sebenar atau Palsu | 10 Fakta Ini Perlu Dihadam Ibu Hami!  

Ibu bersalin yang sedang menghitung hari perlu tahu tentang sakit kontraksi hendak bersalin. Bila hendak bergelar ibu perlulah rajin mencari info dan membuat persediaan rapi menghadapi saat untuk bersalin. Jangan nanti bila rasa sakit kontraksi berlaku, anda jadi panik atau pun buat tak tahu pula.

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/sakit-kontraksi-sebenar-atau-palsu.html

Kontraksi adalah tanda awal bermulanya proses kelahiran. Tapi kadang kala akan berlaku kontraksi palsu atau Braxton Hicks. Apa tu?


Wednesday, 25 January 2017

10 Cara Penjagaan Luka Bersalin Cepat Sembuh

10 Cara Penjagaan Luka Bersalin Cepat Sembuh | Episiotomi dan caesarean adalah dua jenis luka bersalin yang biasa didengar. Keduanya memerlukan penjagaan rapi selepas melahirkan bayi. 


http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/10-cara-penjagaan-luka-bersalin-cepat-sembuh.html

Apa itu episiotomi? 


a. Episiotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episiotomi. Episiotomi berbeza dengan luka biasa. Episiotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran.



Monday, 23 January 2017

6 Cara Atasi Masalah Kaki Bengkak Ketika Hamil

6 Cara Atasi Masalah Kaki Bengkak Ketika Hamil | Masalah kaki bengkak kerap dialami ibu hamil. Semasa hamil, badan menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang. 

Kaki Bengkak adalah normal semasa kehamilan yang disebabkan oleh darah dan cecair yang bertambah. Bengkak ini juga dikenali sebagai edema dan selalunya berlaku pada tangan, muka dan terutamanya pada kaki. 


http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/6-cara-atasi-masalah-kaki-bengkak-ketika-hamil.html


6 Cara Atasi Masalah Kaki Bengkak Ketika Hamil

Untuk kurangkan kaki bengkak ikuti petua ini!

1. Gunakan kasut yang sesuai dan selesa.
Ini untuk menghindari rasa tidak selesa dan bengkak. Sebaiknya elakkan selipar atau kasut yang kecil atau sempit kerana ini akan menyebabkan kaki bengkak bertambah teruk.

Saturday, 21 January 2017

Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil

Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil | Diabetes adalah penyakit di mana paras glukosa atau gula dalam mencatatkan bacaan yang terlalu tinggi. Apabila anda hamil, tahap gula dalam darah tinggi tidak baik bukan sahaja tidak baik untuk anda malah juga untuk bayi serta anda selepas bersalin.

Jom baca info selanjutnya untuk ketahui apa risikonya.


http://www.kateginting.com/2017/01/kesan-buruk-diabetes-ketika-hamil.html


Kesan kepada ibu 

1. Boleh menyebabkan hiperglisemia iaitu kadar gula yang berlebihan.
2. Hipoglisemia iaitu gula yang sangat rendah dalam darah.
3. Jangkitan kuman pada faraj seperti keputihan dan gatal-gatal.
4. Risiko keguguran.
5. Polihydraminios atau air ketuban berlebihan.
6. Pre-eklampsia atau hipertensi teruk.
7. Retinopati atau kerosakan retina pada mata.
8. Kegagalan fungsi buah pinggang.
9. Memerlukan proses kelahiran yang melibatkan pembedahan kerana bayi besar.

Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil


Kesan kepada anak 


1. Dilahirkan dengan berat badan yang berlebihan atau makrosomia.

2. Mati dalam kandungan atau Intra Uterine Death.
3. Hipoglisemia iaitu gula yang sangat rendah dalam darah.
4. Lemas semasa lahir hingga boleh menyebabkan kerosakan pada otak.
5. Kecederaan pada saraf di bahagian bahu atau dystocia.

Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil


Selepas kelahiran

1. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah.
2. Bayi juga mudah terdedah kepada jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.
3. Bayi akan melalui ujian darah dan paras gula dipantau.
4. Anda juga akan diberikan ujian selepas 12 minggu bersalin untuk memeriksa sama ada diabetes gestasi sudah hilang.

Sini saya ada share pasal Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang ada Kencing Manis semasa Hamil..

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Thursday, 19 January 2017

Makanan Yang Perlu & Harus Dielakkan Untuk Tingkatkan Kesuburan

Makanan Yang Perlu & Harus Dielakkan Untuk Tingkatkan Kesuburan | Hari ini saya nak share tentang tips untuk tingkatkan kesuburan khas untuk anda yang merancang untuk hamil. 

Mesti anda tahu pemakanan merupakan faktor penting untuk tingkatkan kesuburan. Kajian saintifik menunjukkan perubahan diet boleh membantu ovulasi, mengurangkan risiko keguguran dan menyokong kehamilan. Ada lima perkara yang perlu diamalkan dan lima yang patut dielakkan untuk subur.

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/makanan-yang-perlu-dan-harus-dielakkan-untuk-tingkatkan-kesuburan.html

Makanan yang perlu di amalkan:

1. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya antioksidan dan zat untuk kesuburan seperti asid folik, vitamin C dan serat.



Tuesday, 17 January 2017

Cinch Shake Mix

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/cinch-shake-mix.html
Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO

Saturday, 14 January 2017

Testimoni: Berjaya Hamil Selepas 3 Tahun

Testimoni: Berjaya Hamil Selepas 3 Tahun | Hai semua. Lamanya tak update blog kan. Ok.. memandangkan bulan ni ada promosi Vivix, so saya nak kongsi satu testimoni dari member ni. Beliau ni dah hampir 3 tahun mencuba untuk hamil. 

Jom Kita baca pengalaman Nana Macarona:

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/testimoni-berjaya-hamil-selepas-3-tahun.html

PENGALAMAN TTC (TRY TO CONCEIVE) YANG AKHIRNYA BERJAYA HAMIL ALHAMDULILLAH 😊

"Kalau Januari 2016 Nana sedang menanti saat untuk melahirkan Adra Aurelia, sebenarnya Januari 2015 adalah satu detik permulaan nana mula rasa nak usaha sungguh-sungguh dapat anak.

Untuk yang belum tahu, Nana pernah TTC almost 3 tahun sebelum Nana tahu nana hamil 4 minggu.

Dalam tempoh 3 tahun tu, jangan cakap lah emosi tu macam mana kan.

Tipu lah kalau tak stress. Tipu lah kalau tak down.

Setiap kali dapat khabar berita kawan-kawan atau saudara mara pregnant, mula lah rasa macam nak jadi siput. Sorokkan diri dalam-dalam kat dalam cengkerang supaya tak perlu jumpa orang. Supaya tak perlu nak cover-cover takde rasa apa-apa depan orang.

Tapi sebenarnya, dalam pada Nana dok down tak dapat anak, Nana akui sebenarnya Nana sendiri tak cukup all out dalam berusaha.

Bila tak bersungguh, macam mana Allah nak bagi kan?

Turning point Nana untuk sungguh2 dapat anak bermula bila ada seorang kenalan Nana yang agak rapat, cakap pada Nana.

"Nana jangan rasa selesa bila orang cakap dekat Nana, Ala takpe Nana. Rileks laa. Nana muda lagi. Enjoy dulu. Sebab akak dulu pun masa tengah TTC, bila orang cakap macam tu akak rileks. Akak tak usaha sangat tak stress sangat. Tahu-tahu 7 tahun akak tak ada anak.."

Bila dengar sharing kawan merangkap EX TTC tu Nana mula lah cemas.

Betul jugak, kadang-kadang orang cakap tu sebab nak sedapkan hati kita. Tapi kalau kita sendiri selesa taknak berusaha, macam mana Allah nak beri dekat kita?

Start JANUARI 2015, nana still ingat lagi. Masa tu PROMO VIVIX..

Nana tanam niat dalam hati,

"This time aku wajib consume semua supplement sungguh-sungguh especially VIVIX.."

Nana mula ambil Vivix dengan dose yang SPECIAL..

Beberapa bulan nana ikhtiar, dengan izin Allah, Nana disahkan hamil pada bulan APRIL 2016 :')

Masa tu rasa macam tak percaya. Nana ingatkan yang Nana dah tak ada peluang nak hamil.

Ya la kan, selama ni usaha jugak. Tapi mungkin belum cukup usaha..

Bila sungguh2 all out, rupanya masa tu lah Allah nak beri.

Nana yakin, andai digerakkan oleh Allah di hati kita niat hendak BERUSAHA, InshaAllah itu petanda Allah tahu kita dah BERSEDIA dan masa tu lah Allah akan beri kepada kita.. 😊

Sekarang AA dah nak masuk setahun dah lagi beberapa hari. Semakin bijak dan cheeky dah sekarang. Hehe.. Penghibur hati mami dengan papa selalu 😘

Dan Nana bersyukur, asbab ikhtiar dengan Vivix, Nana berjaya dapat zuriat yang Nana tunggu2 Alhamdulillah.." - Puan Nana Macarona


Testimoni: Berjaya Hamil Selepas 3 Tahun

Haah.. kan kalau usaha sungguh-sungguh, pasti berhasil.

Bukan Puan Nana ja berjaya hamil lepas consume vivix ni. Ramai lagi customer yang berjaya hamil lepas consume Vivix secara konsisten.

Berapa lama masa yang diambil tu tak jadi masalah.. Yang penting, pengambilan Vivix yang konsisten sangat membantu untuk memulihkan sel-sel dalam badan kita yang rosak.

Dalam masa yang sama, bila sel kita sihat, organ peranakkan akan turut sihat dan persenyawaan akan terjadi dengan lebih mudah dengan izin Allah..

Untuk korang yang sedang TTC dan berhajat nak ikhtiar dengan VIVIX, nasihat saya sila grab promosi bulan ni..

Mudah mudahan, lagi beberapa bulan anda pula yang bakal dapat khabar gembira sama macam Puan Nana.. 


Nak grab PROMOSI VIVIX bulan ni??

Klik SINI untuk dapatkan harga PROMOSI.

Banyak jimat tau kalau beli bulan ni.
Beli 2 botol korang dapat:
* FREE MEMBERSHIP
* FREE POSTAGE
* CASH BONUS BULAN DEPAN
* BERPELUANG BUAT BUSINESS BERSAMA KAMI  


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: mynutrisisihatcantik@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".