6 Cara Atasi Masalah Kaki Bengkak Ketika Hamil

6 Cara Atasi Masalah Kaki Bengkak Ketika Hamil | Masalah kaki bengkak kerap dialami ibu hamil. Semasa hamil, badan menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang. 

Kaki Bengkak adalah normal semasa kehamilan yang disebabkan oleh darah dan cecair yang bertambah. Bengkak ini juga dikenali sebagai edema dan selalunya berlaku pada tangan, muka dan terutamanya pada kaki. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/6-cara-atasi-masalah-kaki-bengkak-ketika-hamil.html

6 Cara Atasi Masalah Kaki Bengkak Ketika Hamil

Untuk kurangkan kaki bengkak ikuti petua ini!

1. Gunakan kasut yang sesuai dan selesa.
Ini untuk menghindari rasa tidak selesa dan bengkak. Sebaiknya elakkan selipar atau kasut yang kecil atau sempit kerana ini akan menyebabkan kaki bengkak bertambah teruk.


2. Sentiasa gerak-gerakkan kaki agar tidak berada dalam posisi yang sama dalam tempoh yang lama.  
Ketika anda duduk cuba gerakkan pergelangan kaki dengan memusing untuk bantu anda kurangkan bengkak pada kaki.

3. Elakkan berdiri terlalu lama terutamanya bila kandungan anda mencecah 32 minggu ke atas.

4. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak garam
Garam akan menyerap air dan ia merupakan salah satu faktor kaki ibu hamil mudah bengkak. 

6 Cara Atasi Masalah Kaki Bengkak Ketika Hamil

5. Berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi daripada badan
Pastikan kaki lebih tinggi dari kepala dan jatung.  Caranya, letakkan bantal di bawah kaki. Ianya penting untuk bayi dalam kandungan juga.

5. Minum air putih dengan jumlah yang cukup dan juga buah-buahan.

6. Baring dan tidur ke arah kiri
Dengan posisi tidur seperti ini darah boleh mengalir ke jantung dengan lebih baik dan seterusnya boleh mengurangkan masalah bengkak kaki semasa hamil.
  
Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada ibu hamil, namun keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Apabila bayi dilahirkan kelak, masalah ini akan hilang dan selesai begitu sahaja.


Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin