Aktiviti Harian Bantu Mudah Bersalin

Aktiviti Harian Bantu Mudah Bersalin | Menghitung hari untuk melahirkan bayi memang mendebarkan. Siapa yang tidak mahu mudah bersalin. Ada banyak cara yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung untuk memudahkan proses bersalin. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/aktiviti-harian-bantu-mudah-bersalin.html


Sebenarnya untuk bersalin normal, stamina dan cara pernafasan yang baik boleh diperoleh daripada melakukan banyak aktiviti cergas sepanjang mengandung. Menghampiri waktu bersalin, sebaiknya ibu hamil tetap aktif. 

Beberapa aktiviti berikut boleh membantu ibu untuk mudah bersalin. Tak salah mencubanya. Melakukan tugasan rumah tangga antara aktiviti mudah yang boleh membantu anda. 


1. Mengemop Lantai

Tahukah anda aktiviti membersihkan lantai seperti menyapu dan mengemop dengan posisi sedikit membongkok dapat mebantu melancarkan proses kelahiran secara normal. 

Posisi membongkok boleh melatih otot pelvis dan diafragma. Sekiranya ibu hamil rajin membersihkan lantai rumah dengan membongkok boleh membuatkan dinding perut dan diafragma menekan fundus yang dapat menghilangkan masalah pelvis sempit. 

Dengan kerap melakukan aktiviti ini, ia membantu mengurangkan kesakitan ketika hendak bersalin. Petua orang tua ini elok diamalkan pada trimester akhir kehamilan. 

Aktiviti Harian Bantu Mudah Bersalin 

2. Senaman Ringan 

Ibu hamil yang rajin melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki akan membuatkan badan cergas dan aliran darah juga lancar. 

Jalan kaki juga membuatkan anda cepat mengalami kontraksi ketika hendak bersalin. Kontraksi yang cepat sudah tentu memudahkan proses bersalin lebih pantas dan senang. 

3. Teknik Pernafasan

Teknik pernafasan yang baik semasa proses meneran bersalin sangat diperlukan oleh ibu hamil yang bersalin normal. 

Oleh itu penting untuk anda mempelajari teknik pernafasan yang betul menghadapi sakit bersalin. Ia membantu mengurangkan stress ketika mengandung dan menghadapi sakit bersalin.

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin