Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil

Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil | Diabetes adalah penyakit di mana paras glukosa atau gula dalam mencatatkan bacaan yang terlalu tinggi. Apabila anda hamil, tahap gula dalam darah tinggi tidak baik bukan sahaja tidak baik untuk anda malah juga untuk bayi serta anda selepas bersalin. 

Jom baca info selanjutnya untuk ketahui apa risikonya.


http://elliestory4health.blogspot.com/2017/01/kesan-buruk-diabetes-ketika-hamil.html

Kesan kepada ibu 
1. Boleh menyebabkan hiperglisemia iaitu kadar gula yang berlebihan.
2. Hipoglisemia iaitu gula yang sangat rendah dalam darah.
3. Jangkitan kuman pada faraj seperti keputihan dan gatal-gatal.
4. Risiko keguguran.


5. Polihydraminios atau air ketuban berlebihan.
6. Pre-eklampsia atau hipertensi teruk.
7. Retinopati atau kerosakan retina pada mata.
8. Kegagalan fungsi buah pinggang.
9. Memerlukan proses kelahiran yang melibatkan pembedahan kerana bayi besar.

Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil
Kesan kepada anak 
1. Dilahirkan dengan berat badan yang berlebihan atau makrosomia.
2. Mati dalam kandungan atau Intra Uterine Death.
3. Hipoglisemia iaitu gula yang sangat rendah dalam darah.
4. Lemas semasa lahir hingga boleh menyebabkan kerosakan pada otak.
5. Kecederaan pada saraf di bahagian bahu atau dystocia.

Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil

Selepas kelahiran
1. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah.
2. Bayi juga mudah terdedah kepada jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.
3. Bayi akan melalui ujian darah dan paras gula dipantau.
4. Anda juga akan diberikan ujian selepas 12 minggu bersalin untuk memeriksa sama ada diabetes gestasi sudah hilang.
Sini saya ada share pasal Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM.
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang ada Kencing Manis semasa Hamil..

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin