Sakit Kontraksi Sebenar atau Palsu | 10 Fakta Ini Perlu Dihadam Ibu Hami!
Ibu bersalin yang sedang menghitung hari perlu tahu tentang sakit kontraksi hendak bersalin. Bila hendak bergelar ibu perlulah rajin mencari info dan membuat persediaan rapi menghadapi saat untuk bersalin. Jangan nanti bila rasa sakit kontraksi berlaku, anda jadi panik atau pun buat tak tahu pula.
Kontraksi adalah tanda awal bermulanya proses kelahiran. Tapi kadang kala akan berlaku kontraksi palsu atau Braxton Hicks. Apa tu?
Ada sesetengah ibu mengandung yang akan bergegas ke hospital kerana fikir dirinya sudah hendak bersalin. Ini gara-gara dia mengalami kontraksi walaupun tarikh jangkaan bersalin lagi dua minggu.
Setelah diperiksa doktor, serviksnya belum terbuka dan dia disuruh pulang. Selang beberapa hari, kontraksi tersebut datang lagi dan kali ini lebih tegang tetapi ritmanya tidak teratur. Bila ke hospital, doktor menyuruhnya pulang lagi kerana masih belum ada tanda hendak bersalin.
Ada sesetengah ibu mengandung yang akan bergegas ke hospital kerana fikir dirinya sudah hendak bersalin. Ini gara-gara dia mengalami kontraksi walaupun tarikh jangkaan bersalin lagi dua minggu.
Setelah diperiksa doktor, serviksnya belum terbuka dan dia disuruh pulang. Selang beberapa hari, kontraksi tersebut datang lagi dan kali ini lebih tegang tetapi ritmanya tidak teratur. Bila ke hospital, doktor menyuruhnya pulang lagi kerana masih belum ada tanda hendak bersalin.
Kontraksi inilah yang dikenali sebagai kontraksi palsu atau Braxton Hicks. Jadi, anda perlu tahu membezakan antara kedua kontraksi ini. Semakin hampir dengan tarikh jangkaan, kontraksi Braxton Hicks akan semakin kuat dan kerap berlaku.
Ini 10 fakta tentang kontraksi Braxton Hicks
1. Braxton Hicks adalah kontraksi yang tidak teratur, lemah dan tidak dijangka.
2. Sekiranya posisi atau kedudukan ibu hamil boleh menghentikan kontraksi yang sedang dialami, maka ia adalah Braxton Hicks.
3. Braxton Hicks tidak menyebabkan berlakunya sebarang pendarahan atau kantung air ketuban pecah.
4. Ia adalah kontraksi rahim yang berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Ia adalah normal bagi setiap ibu yang hamil. Malah ada yang mendapat kontraksi palsu ini pada trimester kedua lagi.
5. Keadaan ini merupakan persediaan rahim untuk melalui fasa melahirkan kelak.
6. Semakin kerap dan tegangnya Braxton Hicks yang dirasakan, maka semakin hampir dengan kelahiran. Dengan cara ini, ibu hamil boleh mengagak masa bersalin dan membuat persediaan mental dan persiapan fizikal.
7. Kebanyakan wanita melaporkan bahawa Braxton Hicks akan berlaku kerap sekiranya tidak meminum air yang cukup.
8. Bagi anak kedua dan seterusnya, Braxton Hicks akan mula dirasai lebih awal.
9. Pergerakan anda yang aktif juga boleh mencetuskan Braxton Hicks.
10. Hubungan intim khususnya orgasm juga dikatakan penyebab berlakunya kontraksi palsu ini.
Sakit Kontraksi Sebenar atau Palsu
Kontraksi sebenar hendak bersalin dan Braxton Hicks boleh dibezakan dengan cara mengira sela masa antara kontraksi pertama dan kedua. Sekiranya ia menunjukkan bacaan masa yang berbeza dan tidak teratur, maka ia adalah kontraksi palsu.
Kontraksi sebenar akan berlalu dalam jarak masa lima minit dengan kontraksi berikutnya. Ia berlaku teratur dan setiap kontaksi berlangsung selama kira-kira 60 saat.
Catat masa dan tempoh kontraksi berlangsung pada sehelai kertas untuk membolehkan anda mengenal pasti sama ada ia kontraksi sebenar atau palsu.
Contoh catatan kontraksi bersalin adalah seperti berikut.
WAKTU TEMPOH KONTRAKSI
10:00 pagi --> 45 saat
10:10 pagi --> 45 saat
10:15 pagi --> 55saat
10:20 pagi --> 55 saat
10:25 pagi -->60 saat
10:30 pagi --> 60 saat
Sekiranya kontraksi seperti di atas iaitu berlaku pada sela masa lima minit sekali atau kurang, maka anda sedang berada dalam fasa kelahiran aktif. Jangan berlengah. Sila ke hospital dalam kadar segera kerana ia kontraksi bersalin yang sebenar sudah berlaku.
Follow
Kate Ginting untuk tips kesihatan
dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.
DISCLAIMER: This
website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or
treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been
evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical
related advice, contact your physician promptly.
Saya
ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran,
Putera Jaya, Sepanggar dan Indah
Permai. Penghantaran produk Shaklee
menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.
Untuk
order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan
Shaklee, hubungi:
WhatsApp: 016-842 5632
(WhatsApp sahaja)
Untuk
mendaftar keahlian segera (Express
Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.
No comments:
Post a Comment