❀ Selamat Datang | Saya Kate | Shaklee Independent Distributor ID:944001 | Jika inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan, sila hubungi saya - 016 842 5632 | Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀

Thursday, 30 March 2017

8 Kebaikan Detoks Untuk Kesihatan Menyeluruh

Kebaikan Detoks Untuk Kesihatan Menyeluruh | Detoks untuk hidup yang lebih hebat. Apa itu detoks? Detoks adalah satu cara untuk mengurangkan toksik berlebihan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan. Tetapi, adakah anda tahu cara untuk memastikan bahawa detoks ini betul-betul berkesan?

http://www.kateginting.com/2017/03/8-kebaikan-detoks-untuk-kesihatan-menyeluruh.html

Tahukah Anda?
Apabila badan bersih dari toksin dan mendapat nutrien yang mencukupi dan teratur, ia akan membuatkan minda anda menginginkan makanan yang lebih berkhasiat.

KESAN POSITIF DETOKS PADA BADAN
Pada masa sekarang, badan kita sering terdedah kepada toksin daripada persekitaran, pemakanan yang kurang nutrisi, dan tekanan gaya hidup. Pendedahan yang kerap menyebabkan keupayaan semula jadi badan terganggu untuk menyingkirkan toksik. Apabila banyak toksin dalam badan terjadi pelbagai masalah kesihatan.


Monday, 27 March 2017

VITA-LEA® IRON FORMULA


http://www.kateginting.com/2017/03/vita-lea-iron-formula.html


VITA LEA IRON FORMULA - MultiVitamin yang Hebat

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

MANFAAT UTAMA VITA-LEA® IRON FORMULA


1. Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembeljaran mahupun kerja seharian.

2. Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian ) dan anemia.

3. Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4. Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

5. Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.

6. Melindungi organ - menlindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Fakta Nutrisi dalam VitaLea

  • Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung          berdarah.
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf,  baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  • Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  • Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Beli online Vita-Lea Iron FormulaShaklee di sini (Klik). 100% secured.

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:



SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 

E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 

Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".


Sunday, 26 March 2017

Pengedar Shaklee Telipok Tuaran Pekan Nabalu Kota Kinabalu

Pengedar Shaklee Telipok Tuaran Pekan Nabalu Kota Kinabalu | Anda tinggal di Telipok Ria? Anda tinggal di sekitar Pekan Nabalu? Anda berada di Tuaran ataupun Kota Kinabalu? Anda sedang shopping​ di Grand Merdeka Bandar Sierra, dan perlukan produk Shaklee segera?


Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee Telipok Ria di:

016-842 5632


Pengedar Shaklee Telipok, Tuaran, Pekan Nabalu, Kota Kinabalu

Kami ialah Pengedar Shaklee Telipok Tuaran Pekan Nabalu Kota Kinabalu. Kelebihan kami ialah kami sentiasa mempunyai ready stock produk Shaklee yang HOT seperti di dalam gambar di bawah ini. Anda tak perlu tunggu pengeposan, boleh terus datang berjumpa kami di Telipok Ria, dan bawa pulang produk Shaklee kegemaran anda.

http://www.kateginting.com/2017/03/pengedar-shaklee-telipok-tuaran-pekan-nabalu-kota-kinabalu.html 


Bukan itu sahaja, anda turut diberikan jadual makan eksklusif, serta konsultasi berterusan daripada kami.

Lokasi kami ialah di Taman Telipok Ria Fasa 3. 

Kami turut membuat COD Shaklee di sekitar Telipok, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai.

Pengedar Shaklee Telipok, Shaklee seluruh Malaysia

Walaupun kami Pengedar Shaklee Telipok, kami juga membuat penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. Tak kira walau di mana anda berada di seluruh Malaysia termasuk Labuan , Sabah dan Sarawak, kami boleh kurier produk Shaklee terus ke pintu rumah anda!

http://www.kateginting.com/2017/03/pengedar-shaklee-telipok-tuaran-pekan-nabalu-kota-kinabalu.html


Penghantaran produk Shaklee dibuat setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, menggunakan khidmat Pos Laju, dan juga kurier nasional seperti GDex dan CityLink. Tracking number akan kami berikan kepada anda bagi memudahkan anda mengesan status order Shaklee anda, serta lokasi produk Shaklee anda sedang berada.

Jangan risau, kami adalah 100% trusted seller! Pengedar sah Shaklee sejak tahun 2013!

Jom daftar keahlian Shaklee bersama team Pengedar Shaklee Telipok, sekarang!

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke  seluruh Malaysia.

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

✆ SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting)
✉ E-mail: nscvitashoppe@gmail.com
✍ Masukkan No. ID Sponsor : 944001
jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".



Saturday, 25 March 2017

7 Petua Luka Cepat Sembuh Untuk Ibu Bersalin Pembedahan

Petua Luka Cepat Sembuh Untuk Ibu Bersalin Pembedahan | Orang cakap kalau bersalin secara pembedahan caesarean susah nak jaga. Banyak pantang larang yang kena ikut. Maklumlah perut sudah kena belah berlapis-lapis jadi proses penyembuhan mengambil masa yang lama berbanding bersalin normal yang tidak mengambil masa lama untuk sembuh. Saya dah pernah mengalami masa anak pertama bersalin secara pembedahan. syukur, luka cepat kering dan seminggu lebih dah laju berjalan.

http://www.kateginting.com/2017/03/7-petua-luka-cepat-sembuh-untuk-ibu-bersalin-pembedahan.html

Orang tua-tua juga sering berpesan supaya ibu yang bersalin secara pembedahan lebih ekstra penjagaan diri semasa berpantang. Dikatakan luka pembedahan mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun luka luaran kelihatan sudah sembuh. 

Thursday, 23 March 2017

VITAMIN WAJIB SEMASA BALIK KAMPUNG ATAU BERCUTI

Vitamin Wajib Semasa Balik Kampung | Sekarang ni musim cuti sekolah saya pasti ramai yang pergi bercuti atau balik kampung bawa anak-anak. Ada yang bercuti di luar negara dan juga negeri. Biasanya kami sekeluarga balik kampung pada hujung minggu. Oleh sebab anak belum sekolah dan husband pun kerja sendiri so bila-bila ja boleh cuti. Hehehe.

Ok, hari ni saya nak share vitamin yang wajib di bawa semasa balik kampung.  Kalau korang nak travel pun boleh ja bawa vitamin untuk kecemasan kan. Mana lah tau, tiba-tiba selesema.

Selalunya saya akan bawa vitamin asas macam Vitalea, B-Complex, Vitamin C, ESP dan vitamin lain seperti  Omega Guard, Ostematrix, Meal Shakes, dan Chewable Vitamin C.

http://www.kateginting.com/2017/03/vitamin-wajib-semasa-balik-kampung.html

Kenapa perlu bawa vitamin ni? Sama seperti keperluan ubat bagi orang sakit begitu juga vitamin. Sangat-sangat perlu bagi mencegah dan mengelak jangkitan penyakit dari virus. 


Tuesday, 21 March 2017

Cara Diet Yang Sihat untuk Ibu Menyusu

Cara Diet Yang Sihat untuk Ibu Menyusu | Anda masih menyusukan anak anda? Hari ini saya nak kongsi mengenai cara diet yang sihat untuk anda. Eya, saya juga masih menyusukan anak saya yang kedua. Jadi entry hari ini untuk panduan kita bersama.

http://www.kateginting.com/2017/03/cara-diet-yang-sihat-untuk-ibu-menyusu.html

Lemak badan yang tersimpan semasa hamil membekalkan sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.


Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?
  • Anggaplah penyusuan badan sebagai satu motivasi yang berterusan untuk mengikuti diet yang sihat. Anda harus fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protein, kalsium dan zat besi. Makanan ringan boleh tapi biarlah sekali-sekala.
  • Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
  • Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda. Pastikan anda minum banyak air sekurang-kurangnya 8 sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadih. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
  • Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum. Bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan.
Jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum, dia akan rasa tidak selesa seperti resah selepas menyusu, menangis berterusan dan tidur yang tidak lena. Anda juga boleh lihat reaksi pada kulitnya seperti ruam atau gatal-gatal, dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan, atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus).
Seperti yang kita tahu makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi anda. Jadi proses mencuba adalah panduan terbaik sebab sesetengah bayi mungkin serasi dengan sesetengah makanan. Sebagai satu peringatan, sesetengah sayur seperti brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels boleh menyebabkan kolik.
  • Dapatkan zat besi yang banyak. Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 
Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
  • Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin yang selalunya disimpan dalam lemak badan ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
  • Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
  • Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat sebelum kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 
Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua.

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.


Sunday, 19 March 2017

LANDMARK STUDY: BUKTI PRODUK SHAKLEE BAGUS

LANDMARK STUDY: BUKTI PRODUK SHAKLEE BAGUS | Seperti yang kita tahu, terdapat bermacam-macam produk kesihatan yang ada di pasaran. Tapi, saya yakin dan percaya bahawa shaklee adalah produk yang paling bagus kerana Shaklee mempunyai landmark study.

Apa itu Landmark Study

 
Landmark study adalah kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu perkara tu dinilai dan dilihat oleh semua orang.

Kenapa mesti ada Landmark Study

 

Friday, 17 March 2017

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin | Masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah penyebab sebenarnya. 

http://www.kateginting.com/2017/03/epidural-punca-sakit-belakang-selepas-bersalin.html

Berikut adalah penjelasan daripada Dr Aminudin Mohamed, Pakar dari Jabatan Ortopedik, Hospital Columbia Asia, Setapak untuk mengupas tentang perkara ini.
 
Apakah punca sakit belakang bahagian epidural, selepas bersalin?
Adakah disebabkan proses epidural atau faktor lain?


Saya percaya ramai yang mengadu berasa sakit belakang selepas pengambilan epidural ketika bersalin. Saya juga pernah mengambil epidural semasa bersalin secara pembedahan anak pertama saya. Dan sampai sekarang masih ada rasa tak selesa di belakang. Tak pasti sama ada kesan dari suntikan epidural atau pun sebab menyusu. Kerap berasa sakit belakang itu adalah disebabkan oleh prosedur epidural tersebut sahaja. 

Biasanya sakit ini hanya untuk sementara waktu. Dalam kes-kes di mana sakit belakang tersebut berlanjutan selepas bersalin, punca-punca yang lain perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal lanjut untuk memastikan tiada jangkitan kuman, tiada kebocoran pada cecair tulang belakang, tiada gangguan saraf mekanikal seperti slipped disc dan sebagainya.

Mengapa golongan ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang seperti ini?

Kerap kali proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsung memberi kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang. Kesan daripada pelembutan struktur-struktur ligamen ini, membuatkan para ibu berisiko untuk mendapat slipped disc. Tiada usia yang spesifik untuk menyatakan golongan ibu dalam lingkungan berapa tahun yang berisiko mengalami masalah kesakitan pada bahagian belakang. Apa yang pasti, pelbagai gejala bergantung kepada tahap keterukan keadaan ini.

Bagaimana cara atasi sakit belakang dan adakah ia dapat sembuh atau kesakitan dapat dihilangkan?

Terdapat pelbagai kaedah rawatan selepas pengesahan penyakit dibuat melalui pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan radiologi. Kaedah rawatan termasuklah penggunaan ubat-ubatan, terapi fizikal dan kaedah rawatan sakit belakang menggunakan Radiofrequency Ablation (RFA). 

Kaedah rawatan RFA ini adalah berkesan, cepat dan tidak melibatkan pembedahan. Sebahagian besar daripada mereka yang mengalami gangguan seperti ini dapat dirawat dengan kaedah-kaedah ini. Hanya sebahagian kecil pesakit yang memerlukan prosedur pembedahan dilaksanakan.

Apakah ada alat sokongan untuk membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sakit tulang belakang?

Alat-alat sokongan yang boleh digunakan oleh para ibu semasa proses rawatan adalah antaranya penggunaan lumbar corset. Di samping itu, para ibu juga perlu diberi latihan untuk memberikan latihan teknik duduk, berjalan dan tidur yang betul. 

Selain itu, para ibu yang menghidap sakit tulang belakang juga perlu menjaga berat tubuh badan agar berada pada tahap optimum. Kesemua faktor ini dapat memastikan kesembuhan segera dan mengelakkan masalah ini daripada berulang.

Bagaimana jika pesakit ini hamil sekali lagi dan terpaksa menjalani proses epidural untuk beberapa kali? Adalah sakit belakang ini akan menjadi semakin parah? Apa yang perlu disarankan kepada pesakit yang mahu hamil lagi?

Tidak ada bukti saintifik yang menyokong pendapat ini. Kebiasaannya sakit epidural ini tidak lama dan tidak berkait dengan penyakit kronik seperti slipped disc. Kaedah epidural boleh diulang dengan selamat selama mana proses ini dijalankan dengan selamat dan betul.

Semoga bermanfaat..

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Wednesday, 15 March 2017

Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang Perlu Wanita Tahu

Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang Perlu Wanita Tahu | Sebut ja kanser semua orang ngeri, terutamanya kita sebagai wanita. Sebagai contoh kanser Payudara. 

http://www.kateginting.com/2017/03/tanda-tanda-kanser-payudara-yang-perlu-wanita-tahu.html

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Tuesday, 14 March 2017

Pengalaman Bersalin Normal Selepas Ceaser

Bersalin Normal Selepas Ceaser | Hai.. hai.. hai.. Hari ini saya nak cerita pasal pengalaman saya bersalin normal selepas ceaser tahun 2015. 

http://www.kateginting.com/2017/03/bersalin-normal-selepas-ceaser.html

Selepas Ellie umur setahun, Tuhan bagi rezeki mengandung lagi. Syukur.. Dan due date bersalin 6 Februari 2017. Hehehe.. Baby Ellie belum sampai 2 tahun pun. Hee.. Sebab mengandung kedua ni pun ada GDM, tak boleh lebih dari due date. So macam mengandung anak first saya buat macam-macam kerja rumah supaya cepat bersalin. Tapi Kali ni tak semudah yang saya sangka. Semua kerja rumah macam mop lantai, cuci tandas, lap itu ini, still tak ada tanda-tanda baby nak keluar. Mungkin sebab kali ini saya tak banyak berjalan, sebab dah tak kerja. Di rumah ja, jadi suri rumah sepenuh masa. Hee..

Disebabkan, buat kerja rumah pun tak ada tanda-tanda then saya buat senamam sikit-sikit. Selepas 2 hari berturut-turut saya buat senaman bersama si kakak Ellie, akhirnya jam 5.30 pagi, 25 Januari 2017 tu saya dah start pecah ketuban. Terus pergi hospital. Mula-mula tu husband hantar di Hospital Tuaran. Tapi hospital Tuaran tak terima sebab anak first dah ceaser kan. So nurse sana suruh kami pergi di Hospital Likas. 

Bersalin Normal Selepas Ceaser | Pengalaman Sendiri

Kami sampai sana jam 7.30 pagi, terus masuk bilik penilaian. Cek sana bukaan dah 4cm. Lepas tu lebih kurang jam 9, doktor suntik di belakang tapak tangan. Then tunggu punya tunggu, tak lama lepas tu contraction pun dah ada. Makin lama makin sakit. Doktor cek lagi bukaan, then bagitau nurse dah boleh masuk labour room sebab masa tu bukaan dah 8cm. Dalam perjalanan ke labour room dah rasa nak berak. Tapi nurse tak suruh teran, tahan dulu. Sampai ja labour room dah 10cm. Oh yeay.. Apa lagi, berhabis lah nak meneran. Tapi sebab belum ada pengalaman, agak lama juga nak keluarkan my baby. Sampai rasa bak give up.

Tapi doktor  dan nurse terus bagi semangat. Cakap itu ini. "Push! Push! Sikit lagi. Jangan teriak Puan! Kepala baby dah nampak ni. Cepat Puan!" Macam-macam doktor dan nurse bagi semangat. Sebab masa tu saya rasa dah habis tenaga. Macam tak larat dah. Eya lah, tak ada sarapan pagi kan. Saya cuma makan 2 biji kurma sebelum jalan ke hospital.

Saya macam nak give up ja time tu, sebab paha pun dah sakit nak meneran. Dah lah sejuk kena air cond. Tapi syukur juga dapat bertahan.

Dan akhirnya, jam 10.52 pagi keluarlah my little son. Syukur.. 

Akhirnya, saya berjaya beranak normal. Hehehe..

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/03/bersalin-normal-selepas-ceaser.html


Gambar ni saya ambil lepas kena jahit. Hehehe.. My baby masih panas-panas. Heee.. 

Korang yang tengah hamil dan anak first bersalin ceaser, jangan takut untuk cuba bersalin normal kalau tak ada masalah. kena yakin dan fikir positif.  

Oh ya, masa berpantang anak first saya cuma ambil set berpantang Shaklee. Tak makan lain-lain supplement. Ramai orang cakap, kalau bekas ceaser tak cantik, doktor tak sarankan bersalin normal. Bekas ceaser saya tak cantik, keloid besar, syukur dapat bersalin normal juga. 

Jadi ibu-ibu yang pernah bersalin ceaser, cubalah bersalin secara normal kalau doktor bagi pilihan. ;)

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.
 

Tuesday, 7 March 2017

Teknik Yang Terbaik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi

Teknik Yang Terbaik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi | Hari ini saya nak kongsi teknik menyusukan susu ibu kepada bayi. Pasti korang nak tau juga kan macam mana nak susukan bayi supaya bayi dapat susu dengan baik dan korang pun selesa kan. 

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/03/teknik-yang-terbaik-menyusukan-susu-ibu-kepada-bayi.html

Kedudukan Badan
  • Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.
  • Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.