7 Petua Luka Cepat Sembuh Untuk Ibu Bersalin Pembedahan

Petua Luka Cepat Sembuh Untuk Ibu Bersalin Pembedahan | Orang cakap kalau bersalin secara pembedahan caesarean susah nak jaga. Banyak pantang larang yang kena ikut. Maklumlah perut sudah kena belah berlapis-lapis jadi proses penyembuhan mengambil masa yang lama berbanding bersalin normal yang tidak mengambil masa lama untuk sembuh. Saya dah pernah mengalami masa anak pertama bersalin secara pembedahan. syukur, luka cepat kering dan seminggu lebih dah laju berjalan.

http://www.kateginting.com/2017/03/7-petua-luka-cepat-sembuh-untuk-ibu-bersalin-pembedahan.html

Orang tua-tua juga sering berpesan supaya ibu yang bersalin secara pembedahan lebih ekstra penjagaan diri semasa berpantang. Dikatakan luka pembedahan mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun luka luaran kelihatan sudah sembuh. 

Bermacam-macam tip dan petua yang dikongsi tentang penjagaan ibu bersalin caesarean. Tak salah untuk mencuba salah satu daripadanya. Mana tahu ia paling serasi dengan anda.

1. Pastikan tempat jahitan cepat kering terutama selepas mandi. Boleh guna pengering rambut untuk cepatkan ia kering. Saya cuma pakai tisu untuk keringkan jahitan.

2. Amalkan minum air gamat dan pil haruan untuk luka cepat sembuh. Apa-apa pasal haruan saya tak amalkan sebab banyak orang cakap bersalin pembedahan tak elok makan. Saya cuma amalkan Set Berpantang Shaklee. Syukur, luka cepat sembuh. dan lepas setahun saya mengandung balik, dan dapat bersalin secara normal.

3. Jaga pemakanan semasa berpantang. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Amalkan makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, cuka kurma atau delima, badam, kurma. Luka cepat sembuh dan bahagian dalaman juga cantik.

Petua Luka Cepat Sembuh Untuk Ibu Bersalin Pembedahan

5. Amalkan makan banyak sayur sawi dan minum jus oren sunkist untuk luka cepat sembuh. Saya amalkan pil Vitamin C Shaklee. Buah oren jarang makan sebab banyak kerja nak buat. Kena buka kulit, potong lagi. Pil Vitamin C cuma perlu telan ja. Hehehe..

6. Semasa pantang banyak makan sup ikan haruan. Macam saya cakap tadi saya tak makan atau minum apa-apa pasal haruan.

7. Elakkan mengangkat objek berat dalam jangka masa yang lama.

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, bolehlah gunakan tips ini. Semoga luka bersalin anda cepat sembuh.

Semoga bermanfaat.. ;)

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM