Pengalaman Bersalin Normal Selepas Ceaser

Bersalin Normal Selepas Ceaser | Hai.. hai.. hai.. Hari ini saya nak cerita pasal pengalaman saya bersalin normal selepas ceaser tahun 2015. 

http://www.kateginting.com/2017/03/bersalin-normal-selepas-ceaser.html

Selepas Ellie umur setahun, Tuhan bagi rezeki mengandung lagi. Syukur.. Dan due date bersalin 6 Februari 2017. Hehehe.. Baby Ellie belum sampai 2 tahun pun. Hee.. Sebab mengandung kedua ni pun ada GDM, tak boleh lebih dari due date. So macam mengandung anak first saya buat macam-macam kerja rumah supaya cepat bersalin. Tapi Kali ni tak semudah yang saya sangka. Semua kerja rumah macam mop lantai, cuci tandas, lap itu ini, still tak ada tanda-tanda baby nak keluar. Mungkin sebab kali ini saya tak banyak berjalan, sebab dah tak kerja. Di rumah ja, jadi suri rumah sepenuh masa. Hee..

Disebabkan, buat kerja rumah pun tak ada tanda-tanda then saya buat senamam sikit-sikit. Selepas 2 hari berturut-turut saya buat senaman bersama si kakak Ellie, akhirnya jam 5.30 pagi, 25 Januari 2017 tu saya dah start pecah ketuban. Terus pergi hospital. Mula-mula tu husband hantar di Hospital Tuaran. Tapi hospital Tuaran tak terima sebab anak first dah ceaser kan. So nurse sana suruh kami pergi di Hospital Likas. 

Bersalin Normal Selepas Ceaser | Pengalaman Sendiri

Kami sampai sana jam 7.30 pagi, terus masuk bilik penilaian. Cek sana bukaan dah 4cm. Lepas tu lebih kurang jam 9, doktor suntik di belakang tapak tangan. Then tunggu punya tunggu, tak lama lepas tu contraction pun dah ada. Makin lama makin sakit. Doktor cek lagi bukaan, then bagitau nurse dah boleh masuk labour room sebab masa tu bukaan dah 8cm. Dalam perjalanan ke labour room dah rasa nak berak. Tapi nurse tak suruh teran, tahan dulu. Sampai ja labour room dah 10cm. Oh yeay.. Apa lagi, berhabis lah nak meneran. Tapi sebab belum ada pengalaman, agak lama juga nak keluarkan my baby. Sampai rasa bak give up.

Tapi doktor  dan nurse terus bagi semangat. Cakap itu ini. "Push! Push! Sikit lagi. Jangan teriak Puan! Kepala baby dah nampak ni. Cepat Puan!" Macam-macam doktor dan nurse bagi semangat. Sebab masa tu saya rasa dah habis tenaga. Macam tak larat dah. Eya lah, tak ada sarapan pagi kan. Saya cuma makan 2 biji kurma sebelum jalan ke hospital.

Saya macam nak give up ja time tu, sebab paha pun dah sakit nak meneran. Dah lah sejuk kena air cond. Tapi syukur juga dapat bertahan.

Dan akhirnya, jam 10.52 pagi keluarlah my little son. Syukur.. 

Akhirnya, saya berjaya beranak normal. Hehehe..

http://elliestory4health.blogspot.com/2017/03/bersalin-normal-selepas-ceaser.html


Gambar ni saya ambil lepas kena jahit. Hehehe.. My baby masih panas-panas. Heee.. 

Korang yang tengah hamil dan anak first bersalin ceaser, jangan takut untuk cuba bersalin normal kalau tak ada masalah. kena yakin dan fikir positif.  

Oh ya, masa berpantang anak first saya cuma ambil set berpantang Shaklee. Tak makan lain-lain supplement. Ramai orang cakap, kalau bekas ceaser tak cantik, doktor tak sarankan bersalin normal. Bekas ceaser saya tak cantik, keloid besar, syukur dapat bersalin normal juga. 

Jadi ibu-ibu yang pernah bersalin ceaser, cubalah bersalin secara normal kalau doktor bagi pilihan. ;)

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.
 

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM