Cara Diet Yang Sihat untuk Ibu Menyusu

Cara Diet Yang Sihat untuk Ibu Menyusu | Anda masih menyusukan anak anda? Hari ini saya nak kongsi mengenai cara diet yang sihat untuk anda. Eya, saya juga masih menyusukan anak saya yang kedua. Jadi entry hari ini untuk panduan kita bersama.
http://www.kateginting.com/2017/03/cara-diet-yang-sihat-untuk-ibu-menyusu.html

Lemak badan yang tersimpan semasa hamil membekalkan sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?
  • Anggaplah penyusuan badan sebagai satu motivasi yang berterusan untuk mengikuti diet yang sihat. Anda harus fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protein, kalsium dan zat besi. Makanan ringan boleh tapi biarlah sekali-sekala.
  • Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
  • Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda. Pastikan anda minum banyak air sekurang-kurangnya 8 sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadih. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
  • Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum. Bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan.
Jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum, dia akan rasa tidak selesa seperti resah selepas menyusu, menangis berterusan dan tidur yang tidak lena. Anda juga boleh lihat reaksi pada kulitnya seperti ruam atau gatal-gatal, dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan, atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus).
Seperti yang kita tahu makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi anda. Jadi proses mencuba adalah panduan terbaik sebab sesetengah bayi mungkin serasi dengan sesetengah makanan. Sebagai satu peringatan, sesetengah sayur seperti brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels boleh menyebabkan kolik.
  • Dapatkan zat besi yang banyak. Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 
Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
  • Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin yang selalunya disimpan dalam lemak badan ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
  • Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
  • Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat sebelum kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 
Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua.

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin