Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin | Masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah penyebab sebenarnya. 

http://www.kateginting.com/2017/03/epidural-punca-sakit-belakang-selepas-bersalin.html
Berikut adalah penjelasan daripada Dr Aminudin Mohamed, Pakar dari Jabatan Ortopedik, Hospital Columbia Asia, Setapak untuk mengupas tentang perkara ini.
 
Apakah punca sakit belakang bahagian epidural, selepas bersalin?
Adakah disebabkan proses epidural atau faktor lain?


Saya percaya ramai yang mengadu berasa sakit belakang selepas pengambilan epidural ketika bersalin. Saya juga pernah mengambil epidural semasa bersalin secara pembedahan anak pertama saya. Dan sampai sekarang masih ada rasa tak selesa di belakang. Tak pasti sama ada kesan dari suntikan epidural atau pun sebab menyusu. Kerap berasa sakit belakang itu adalah disebabkan oleh prosedur epidural tersebut sahaja. 

Biasanya sakit ini hanya untuk sementara waktu. Dalam kes-kes di mana sakit belakang tersebut berlanjutan selepas bersalin, punca-punca yang lain perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal lanjut untuk memastikan tiada jangkitan kuman, tiada kebocoran pada cecair tulang belakang, tiada gangguan saraf mekanikal seperti slipped disc dan sebagainya.

Mengapa golongan ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang seperti ini?

Kerap kali proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsung memberi kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang. Kesan daripada pelembutan struktur-struktur ligamen ini, membuatkan para ibu berisiko untuk mendapat slipped disc. Tiada usia yang spesifik untuk menyatakan golongan ibu dalam lingkungan berapa tahun yang berisiko mengalami masalah kesakitan pada bahagian belakang. Apa yang pasti, pelbagai gejala bergantung kepada tahap keterukan keadaan ini.

Bagaimana cara atasi sakit belakang dan adakah ia dapat sembuh atau kesakitan dapat dihilangkan?

Terdapat pelbagai kaedah rawatan selepas pengesahan penyakit dibuat melalui pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan radiologi. Kaedah rawatan termasuklah penggunaan ubat-ubatan, terapi fizikal dan kaedah rawatan sakit belakang menggunakan Radiofrequency Ablation (RFA). 

Kaedah rawatan RFA ini adalah berkesan, cepat dan tidak melibatkan pembedahan. Sebahagian besar daripada mereka yang mengalami gangguan seperti ini dapat dirawat dengan kaedah-kaedah ini. Hanya sebahagian kecil pesakit yang memerlukan prosedur pembedahan dilaksanakan.

Apakah ada alat sokongan untuk membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sakit tulang belakang?

Alat-alat sokongan yang boleh digunakan oleh para ibu semasa proses rawatan adalah antaranya penggunaan lumbar corset. Di samping itu, para ibu juga perlu diberi latihan untuk memberikan latihan teknik duduk, berjalan dan tidur yang betul. 

Selain itu, para ibu yang menghidap sakit tulang belakang juga perlu menjaga berat tubuh badan agar berada pada tahap optimum. Kesemua faktor ini dapat memastikan kesembuhan segera dan mengelakkan masalah ini daripada berulang.

Bagaimana jika pesakit ini hamil sekali lagi dan terpaksa menjalani proses epidural untuk beberapa kali? Adalah sakit belakang ini akan menjadi semakin parah? Apa yang perlu disarankan kepada pesakit yang mahu hamil lagi?

Tidak ada bukti saintifik yang menyokong pendapat ini. Kebiasaannya sakit epidural ini tidak lama dan tidak berkait dengan penyakit kronik seperti slipped disc. Kaedah epidural boleh diulang dengan selamat selama mana proses ini dijalankan dengan selamat dan betul.

Semoga bermanfaat..

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM