Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang Perlu Wanita Tahu

Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang Perlu Wanita Tahu | Sebut ja kanser semua orang ngeri, terutamanya kita sebagai wanita. Sebagai contoh kanser Payudara. 

http://www.kateginting.com/2017/03/tanda-tanda-kanser-payudara-yang-perlu-wanita-tahu.html

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.

Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.

Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.

Kanser biasanya memakan waktu 15 - 20 tahun untuk terjadi tapi ada juga yang terjadi dalam masa yang kurang dan cara paling mudah untuk mengetahui kanser adalah dengan Blood Test untuk Cancer Marker.

Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Antaranya ialah:

1. Ketulan disekitar Payudara
Ini adalah tanda paling awal ketika kanser payudara merebak adalah terdapat ketulan disekitar payudara. Tapi anda perlu tahu ada sebahagian wanita yang memang mempunyai ketulan dan boleh jadi itu bukan kanser.

- Tanda mungkin bukan kanser
  • Ketulan akan hilang selepas haid
  • Ketulan lembut
  • Ada beberapa ketulan di payudara
  • Terdapat ketulan di payudara sebelahnya
- Tanda yang mungkin kanser
  • Ketulan terasa keras
  • Ketulan hanya ada satu
  • Kulit payudara mengecut
  • Keluar cecair lelehan dari ketulan tersebut
  • Tidak ada ketulan di payudara sebelahnya
Bila anda mencari ketulan, berdekatan ketiak juga mesti waspada kerana ada beberapa kanser yang muncul ketiak.

2. Tiba-tiba Keluar Cecair dari Payudara
Jika anda tidak menyusukan anak tapi tiba tiba keluar cecair boleh menjadi tanda dari kanser. Ada 2 jenis cecair yang keluar yang mesti anda waspada.
  • Cecair Jernih - Biasanya cecair ini tidak mempunyai warna atau jernih dan boleh agak kental artinya kanser masih dalam peringkat awal dan masih boleh diubati dengan cepat
  • Cecair Bercampur Darah - Bila payudara anda mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah atau boleh juga berwarna coklat artinya kanser sudah dalam tahap berbahaya dan mesti segera mendapatkan rawatan

3. Warna Kulit Payudara Menjadi Merah
Bila anda mendapati ada yang berbeza dari warna kulit payudara anda seperti kelihatan merah atau gelap di salah satu sisinya maka anda mesti berwaspada. Tanda ini mempunyai tanda khas iaitu bila disentuh akan terasa hangat namun pada berdekatan yang disentuh saja dan juga terdapat bengkak di bahagian yang berwarna merah tadi.

Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang Perlu Anda Tahu

4. Terasa Gatal Pada Puting Susu 
Gatal ini ada yang tidak menyebabkan anda tidak selesa tapi apabila intensiti gatal sangat tinggi ia akan menyebabkan anda tidak selesa.

5. Saiz Payudara Menjadi Besar atau Kecil Tanpa Sebab
Biasanya perubahan saiz dan bentuk payudara akan berlaku apabila anda meningkat kearah dewasa. Tapi bila perubahan saiz pada satu bahagian payudara berlaku secara tiba-tiba
tanpa sebab dan perubahan bentuk dari mancung menjadi kendur kebawah boleh jadi itu adalah tanda kanser.

6. Terasa Sakit di Bahagian Payudara dan Tidak Hilang 
Payudara akan terasa sakit bila sedang hamil atau haid dan akan hilang. Tapi apabila rasa sakit berlanjutan dan saiz payudara terus membesar, boleh jadi adalah tanda kanser payudara.

7. Puting Masuk ke Bahagian Dalam
Bila anda merasakan keadaan puting anda berbeza dari yang sebelumnya seperti  puting masuk ke bahagian dalam, segera waspada. Kerana puting akan menonjol keluar secara normal pada semua wanita.

8. Terjadi Kedutan di Sekitar Bahagian Payudara
Wanita berumur pasti akan menghadapi kedutan di bahagian kulit termasuk payudara. Tapi sekiranya anda masih muda dan mempunyai kedutan di bahagian payudara, anda haru berwaspada. Biasanya kedutan ini kasar dan berwarna hitam pada bahagian tertentu sahaja.

9. Kulit disekitar payudara mengelupas
Ada kalanya kulit akan mengelupas dan ini sangat sakit. Sebaiknya anda dapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian yang sangat peka apalagi bila terjadi pada bahagian payudara.
Jika anda menghadapi dari satu atau semua tanda kanser payudara di atas cara yang paling betul adalah dengan segera berjumpa dengan doktor agar mendapatkan rawatan yang betul.

Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.

Sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini.

http://www.kateginting.com/2017/03/tanda-tanda-kanser-payudara-yang-perlu-wanita-tahu.html

Kanser mungkin adalah bidang paling dinamik (pelbagai sudut) penyelidikan mengenai resveratrol. Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh menunjukkan ia menghalang atau menghentikan pelbagai peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghindar kanser, malahan ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan.

Resveratrol merupakan salah satu kandungan dalam Vivix yang telah dirujuk lebih daripada 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institute of Aging, National Cancer Institute, dan banyak lagi.

http://www.kateginting.com/2017/03/tanda-tanda-kanser-payudara-yang-perlu-wanita-tahu.html

Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. 

Ia dibuat daripada empat ekstrak botani iaitu:  
http://www.kateginting.com/2017/03/tanda-tanda-kanser-payudara-yang-perlu-wanita-tahu.html

Resveratroll terbukti boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser). Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri dengan sendirinya (apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin