❀ Selamat Datang | Saya Kate | Shaklee Independent Distributor ID:944001 | Jika inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan, sila hubungi saya - 016 842 5632 | Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀

Saturday, 29 April 2017

Lokasi Shaklee Branch Kota Kinabalu Sabah

Lokasi Shaklee Branch Kota Kinabalu Sabah | Mesti anda tertanya-tanya adakah Shaklee branch di Sabah? Eh, ada bah. Siapa cakap tidak ada. Hehe.. Entry saya hari ini khas untuk anda yang tidak tahu dan belum pernah ke Shaklee Branch Kota Kinabalu.
 
Kali pertama saya ke branch dulu pun pening-pening juga mencari kedudukkan sebenar Shaklee branch. Syukur lah husband tau jalan ni tempat, so senang sikit mau cari. Lagipun senang ja cari, sebab dekat jalan utama juga. Senang nampak juga.

Lokasi Shaklee Branch Kota Kinabalu Sabah

Jika anda dari inanam atau Kolombong, jalan terus ke jalan lintas yang menuju ke City Mall. Kemudian selepas jumpa bangunan Angkatan Hebat Motor Sdn Bhd di sebelah kiri, ada traffic light. Masuk simpang pertama lepas traffic light dan anda akan nampak bangunan dan signboard  Shaklee branch.

 http://www.kateginting.com/2017/04/lokasi-shaklee-branch-kota-kinabalu-sabah.html

Kalau anda bergerak dari bandar Kota Kinabalu, mula-mula cari jalan ke City Mall. Citymall ni ramai orang tau kan? So kalau dari Kota Kinabalu, bangunan City Mall ni berada di sebelah kiri anda. Jalan lurus and sila standby ambil lorong kanan Kerana anda perlu membuat pusingan U-Turn untuk ke Shaklee Branch.


Sila alert dengan simpang U-Turn dan ambil simpang U-Turn yang kedua. Anda akan nampak dari seberang jalan bangunan dan signboard Shaklee branch.

http://www.kateginting.com/2017/04/lokasi-shaklee-branch-kota-kinabalu-sabah.html

Di bawah ada Fook Yuen Cafe. Shaklee branch Kota Kinabalu berada di tingkat 4. Kena naik lift atau pun naik ikut tangga pun boleh. Hehehe.. ;)

http://www.kateginting.com/2017/04/lokasi-shaklee-branch-kota-kinabalu-sabah.html

Saya harap info ini dapat membantu untuk anda berurusan dengan Shaklee Branch Kota Kinabalu.

Alamat Branch Shaklee adalah sperti di bawah :
Lot 4.1, Neutron Point, 
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.

No. Telefon: 6088-393 848
No. Fax: 6088-393 851

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Telipok, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar, Indah Permai, Menggatal, Pekan Nabalu, dan Tamparuli, Sabah. Bagi sesiapa yang mahu ke Shaklee Branch Kota Kinabalu dan ada masalah tidak jumpa jalan ke Shaklee branch, boleh call atau WhatsApp saya terus ke nombor 016-84205632 atau call nombor telefon Shaklee branch Kota Kinabalu Sabah seperti nombor di atas Jangan malu-malu tanya. ;)

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 

hubungi:



SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 

E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 

Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".

Thursday, 27 April 2017

Malas Masak Sahur Tapi Nak Badan Tetap Sihat Dan Bertenaga Semasa Puasa

Malas Masak Sahur Tapi Nak Badan Tetap Sihat Dan Bertenaga Semasa Puasa | Tak lama lagi bulan puasa dah kan. Wah, wah.. Hehehe.. Terus teringat masa study diploma dulu tinggal hostel. Setiap hari masa sahur kawan pasang alarm untuk masak. Hah? Tinggal hostel tapi masak? Hehehe.. Biasalah kami kan budak degil. Apa yang tak boleh, mesti boleh kalau kami. Hehe.. Ting tang tong bunyi rice cooker kawan masak. Hahaha. Saya syok ja tidur.

Then sambung ijazah tidak dapat hostel, kena tinggal rumah sewa. Kawan housemate pun bukan kawan masa diploma dulu. Kawan ni kuat tidur (Sorry Lis.. ;) Sama ja kita kuat tidur. Hahaha..), so kadang-kadang ja bangun untuk bersahur. Bayangkan makan malam dalam jam 8-9 malam. Lepas tu masa berbuka dalam jam5-6 petang macam tu. Huu.. Kalau saya sakit gastrik dah mungkin. Sekian cerita time study. Hehehe..

Ok, sempena bulan Ramadhan yang kian sudah menjelma, kami menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Set Berpuasa.

Set ni sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. Ia juga sesuai diambil oleh ibu mengandung agar dapat berpuasa dengan bertenaga, untuk ibu menyusu, agar tak mengganggu penyusuan dan perjalanan berpuasa, untuk anda yang senang sakit kepala dan gastrik, untuk warga emas yg kurang upaya atau mudah letih atau untuk sesiapa sahaja supaya lebih bertenaga sepanjang hari.

Set ini adalah sangat sesuai, jika anda malas untuk masak sahur atau terbangun lambat untuk sahur.

Ada 3 jenis produk dalam set ni:


ESP (Energizing Soy Protein)
  • Berfungsi untuk memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari selain sangat baik untuk kulit.
  • Mengandungi 9 asid amino yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.
  • Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati! Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik.
  • Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa.

Meal Shakes
  • Multivitamin dalam bentuk SERBUK yang kaya dengan protein dan serat serta mempunyai rasa vanilla yang sedap dan wangi.
  • Membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita.
Performance Drink
  • Membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
  • Merupakan minuman kegemaran atlit. Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP.
  • Performance Drink merupakan produk pilihan ibu menyusu yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.
Untuk anda yang ada masalah badan mudah berangin dan senang sakit kepala, anda boleh ambil Peppermint-Ginger sebagai tambahan. 

http://www.kateginting.com/2017/04/malas-masak-sahur-tapi-nak-badan-tetap-sihat-dan-bertenaga-semasa-puasa.html

http://www.kateginting.com/2017/04/malas-masak-sahur-tapi-nak-badan-tetap-sihat-dan-bertenaga-semasa-puasa.html



Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".


Tuesday, 25 April 2017

Tips Untuk Kurangkan Bayi Muntah

Tips Untuk Kurangkan Bayi Muntah | Hai, salam sejahtera. Hari ini saya nak share mengenai muntah bayi yang baru lahir. Saya percaya semua ibu-ibu mesti mengalami masalah ini kan. Kedua-dua anak saya mengalami muntah selepas menyusu. Tapi anak kedua saya lebih teruk sampai masuk wad sebab muntah yang banyak dan muntah bercampur warna kuning.

http://www.kateginting.com/2017/04/tips-untuk-kurangkan-bayi-muntah.html

Apa itu muntah susu?
 
Masalah muntah susu dipanggil Gastroesophageal Reflux dalam istilah perubatan. Ianya berbeza dengan muntah biasa.

Masalah muntah susu selalu berjadi dikalangan bayi yang berusia bawah setahun. Masalah ini semakin berkurangan apabila umur bayi semakin meningkat.

Terdapat beberapa jenis muntah yang dialami oleh bayi ialah:

1. Possetting (Muntah) - Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa dan tidak bahaya serta cuma berlaku di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi.

2. Reflux (Muntah meleleh) - Ini berlaku apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja dan biasa berlaku.
 
3. Projectile vomiting (Muntah memancut) - Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.

Kenapa bayi muntah? 

 
Ia terjadi apabila susu didalam perut masuk semula kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk semula ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Kebanyakan bayi berusia kurang dari setahun mengalami muntah disebabkan valve tersebut belum betul-betul berfungsi.

Antara gejala dan simptom adalah:

  • Keluar secara 'effortless'.
  • Muntah terjadi sebaik minum susu.
  • Muntah selepas sendawa.
  • Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum.

Tips untuk kurangkan muntah susu

  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu.
  • Kurangkan tekanan pada perut. Jangan bekung atau memakai lampin yang ketat.
  • Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu.
  • Elakkan menimang bayi atau mendudukannya ke kerusi bayi selepas menyusu.
  • Elakkan minum susu terlalu banyak dalam satu masa.
  • Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur.
  • Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur.
  • Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  • Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
  • Pastikan bayi tidak mengalami dehidrasi (kekurangan cecair badan).
Cara-cara untuk memastikan bayi tidak mengalami dehidrasi

  • Lampin - Sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
  • Periksa mulut - Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
  • Kulit - Sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bayi muntah, perlukah jumpa doktor?

 
Kebanyakkan masalah ini akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Tetapi ada juga bayi yang muntah banyak menyebabkan berat bayi tak naik. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya bayi anda muntah terlalu banyak setiap kali menyusu.

Tips menyusukan bayi untuk kurangkan bayi muntah

  • Menyusu dengan kadar sedikit. Sekiranya menyusu botol, hadkan setiap penyusuan kurang dari 20 min.
  • Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
  • Jarakkan penyusuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
  • Pakaikan lampin dengan lebih longgar.
  • Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit.

Semoga bermanfaat ibu-ibu.



Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Sunday, 23 April 2017

Shaklee HQ Berpindah Ke Sunway GEO Tower

Shaklee HQ Akan Berpindah Ke Sunway GEO Tower | Berita baik untuk anda!! Shaklee HQ akan berpindah ke Sunway GEO Tower dan akan mula beroperasi pada 25 April 2017. Save the dates ya!

Jadi mulai Selasa depan, 25 April 2017, Shaklee HQ akan beroperasi di lokasi baru. Jangan pergi Sunway Pinnacle pula ya.

Oleh kerana permintaan semakin meningkat, syarikat Shaklee memerlukan ruang yang lebih banyak dan pejabat operasi yang baru.


http://www.kateginting.com/2017/04/shaklee-hq-akan-berpindah-ke-sunway-geo-tower.html

Ini alamat baru Shaklee HQ:

Thursday, 20 April 2017

Resdung Boleh Membawa Maut Jika Tidak Segera Dirawat

Resdung Boleh Membawa Maut Jika Tidak Segera Dirawat | Siapa ada masalah resdung? Pasti tak selesa kan balik-balik nak bersin, lagi-lagi kalau di tempat awam.

Resdung, sekiranya tidak segera dirawat boleh membawa maut!!!

http://www.kateginting.com/2017/04/Resdung-Boleh-Membawa-Maut-Jika-Tidak-Segera-Dirawat.html

Dalam istilah Perubatan Tradisional - Resdung merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Tuesday, 18 April 2017

Penapis Air Tanpa Elektrik Mudah Alih dan Murah

Hari ni saya nak kongsikan pasal penapis air tanpa elektrik. Selain daripada vitamin, shaklee juga penapis air dan juga lain-lain produk seperti Skin Care, Hair Care, Daily Care. Okey, bila sebut pasal penapis air ni mesti terbayangkan produk coway sebab ia satu produk yang agak bagus juga tapi itulah harganya tu rasa tak sesuai dengan kita-kita yang sederhana ni. Sebab harga yang agak mahal sikit. Sebenarnya banyak lagi jenama lain untuk penapis air ni.

http://www.kateginting.com/2017/04/penapis-air-tanpa-elektrik-mudah-alih-dan-murah.html

Sunday, 16 April 2017

Masalah Kencing Tak Lawas Mungkin Tanda Awal Penyakit Kanser

Masalah Kencing Tak Lawas Mungkin Tanda Awal Penyakit Kanser | Masalah Kencing Tak Lawas. Pernah tak anda berasa seperti hendak membuang air kecil lagi walaupun baru sebentar tadi anda telah membuangnya? Sebenarnya itulah dipanggil kencing yang tidak lawas.

http://www.kateginting.com/2017/04/masalah-kencing-tak-lawas-mungkin-tanda-awal-penyakit-kanser.html

Adakalanya kencing yang tidak lawas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa apabila terasa air kencing menitis tanpa disedari. Masalah kencing tidak lawas ini boleh berlaku samada kepada kaum lelaki atau perempuan dan akan berterusan dan menjadi semakin buruk jika tidak dicegah dari awal.

Kencing tak lawas pada asasnya bukanlah satu penyakit, tetapi gejala daripada penyakit atau masalah kesihatan yang lain. Kencing Tak Lawas boleh membuat seseorang merasa malu, rendah diri, kecewa dan juga kemurungan. Berita baik, kencing boleh dirawat secara berkesan dan sangat mungkin akan sembuh.

Terdapat banyak punca yang berkaitan dengan masalah kencing tak lawas ini. Adakalanya masalah ini adalah sementara dan mudah dirawat. Tetapi ada juga kes yang lebih serius dan berterusan.

Masalah Kencing Tak Lawas Mungkin Tanda Awal Penyakit Kanser

Antara punca dan penyebab adalah:

1. Proses Penuaan

Apabila usia semakin meningkat, otot pundi kencing anda akan menjadi lebih lemah dan kencing tak lawas menjadi semakin kerap.

2. Kanser

Kanser prostat yang selalu berlaku kepada lelaki atau kanser pundi kencing yang terjadi samada pada lelaki atau wanita, boleh menyebabkan lemah kawalan kencing. Terdapat beberapa kes dimana rawatan kanser akan menyebabkan kencing tak lawas sebagai kesan sampingan. Selain itu, jika anda mempunyai penyakit batu karang, ia juga menjadi punca masalah kencing tidak lawas. Selain itu tumor otak dan kanser pundi kencing juga salah satu punca terjadinya masalah kencing tak lawas.

3. Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal seperti bersenam, ataupun batuk, bersin, malah ketawa boleh juga menyumbang kepada masalah kencing tidak lawas. Aktiviti ini telah menyebabkan ‘otot sfinkter’, yang berperanan menakung air kencing anda dalam pundi kencing menjadi lemah dan melepaskan air kencing secara tak sengaja. Selain itu, terdapat juga keadaan yang menjadi punca masalah kencing tidak lawas ini. 

5. Gaya hidup 

Gaya hidup seperti minum minuman beralkohol, minuman yang mengandungi kafein, atau terlalu banyak air kencing boleh menyebabkan kehilangan sementara kawalan kencing. 

6. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah, penenang otot, sedatif, dan beberapa ubat-ubatan jantung juga boleh membawa kepada masalah kencing tidak lawas.

Penyebab khusus kencing tak tawas pada perempuan meliputi:

1. Jangkitan atau kerengsaan pada faraj
2. Kehamilan dan persalinan
3. Ketidakseimbangan hormon berkaitan menopause
4. Histerektomi (pembedahan rahim).

Penyebab Kencing Tak Lawas pada laki-laki meliputi:

1. Radang prostat (Prostat) atau  pembengkakan prostat
2. Kanser prostat dan rawatan untuk kanser prostat, termasuk radiasi dan pembedahan.

Anda dinasihatkan mendapatkan rawatan segera daripada doktor sekiranya anda mempunyai gejala berikut:

1. Masalah bercakap atau berjalan.
2. Kelemahan atau ‘kesemutan’ di mana-mana bahagian badan anda.
3. Hilang penglihatan.
4. Hilang kesedaran.

Kencing tak lawas? Sengsaranya..
 

Nutrisi Untuk Kencing Tak Lawas

Untuk mencegah masalah kencing tak lawas, saya cadangkan anda mengambil suplemen shaklee seperti:


http://www.kateginting.com/2017/04/masalah-kencing-tak-lawas-mungkin-tanda-awal-penyakit-kanser.html

(1) Garlic Complex: Sumber antibakteria dan antibiotik semulajadi, untuk cegah jangkitan kuman, fungus dan kulat.

(2) Alfalfa Complex: Sumber serat untuk melawaskan penghadaman, kurangkan bengkak air (water retention), dan kawal kandungan air dalam badan.

(3) Peppermint Ginger: Bantu buang angin lebihan dalam usus, kurangkan rasa loya dan kembung perut. Pudina & halia diguna secara tradisional untuk rawat Sindrom Gangguan Usus (IBS).


Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 
✉ E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 
✍ Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".