Tumpah Darah Selepas Bersalin | Penduduk di Pulau Pinang digemparkan dengan berita yang menyayat hati tentang seorang wanita, dikenali sebagai Azian - telah meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya dua hari lepas selepas melahirkan anaknya.
Perkhabaran tentang berita ini dikongsi oleh Penang Kini. Allahyarham Azian terkorban setelah mengalami tumpahan darah yang banyak selepas bersalin. Pemergian Allahyarham Azian pasti akan dirasai oleh pasangan dan keluarga terdekat.
Betapa kuat seorang wanita, mengharungi detik-detik cemas demi melahirkan insan yang tercinta. Diharapkan perkongsian ini akan membuka mata dan minda masyarakat untuk lebih menghargai insan yang digelar "ibu".
Semoga Saudara Nashif (suami mangsa) dan anak-anaknya tabah dalam mengharungi cabaran ini. Salam takziah.
Perkhabaran tentang berita ini dikongsi oleh Penang Kini. Allahyarham Azian terkorban setelah mengalami tumpahan darah yang banyak selepas bersalin. Pemergian Allahyarham Azian pasti akan dirasai oleh pasangan dan keluarga terdekat.
Betapa kuat seorang wanita, mengharungi detik-detik cemas demi melahirkan insan yang tercinta. Diharapkan perkongsian ini akan membuka mata dan minda masyarakat untuk lebih menghargai insan yang digelar "ibu".
Semoga Saudara Nashif (suami mangsa) dan anak-anaknya tabah dalam mengharungi cabaran ini. Salam takziah.
Apa itu tumpah darah?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pakar perbidanan dan sakit puan, pertumpahan darah adalah satu peristiwa pendarahan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas bersalin.
Ia dikenali sebagai post-partum hemorrhage. Biasanya, pendarahan memang berlaku selepas bersalin. Darah mungkin keluar daripada rahim atau kerana koyakan ketika proses bersalin.
Terdapat 2 jenis tumpah darah selepas bersalin iaitu:
- Tumpah darah primer - Berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahiran (selalunya ketika di hospital)
- Tumpah darah sekunder - Berlaku antara tempoh 24 jam sehingga 6 minggu selepas bersalin. (biasanya ketika di rumah)
Akan tetapi, pertumpahan darah yang serius adalah apabila mangsa kehilangan darah hingga 500 ml untuk bersalin biasa dan 1 liter untuk bersalin secara pembedahan.
Punca Tumpah Darah Selepas Bersalin
Mengapa tumpah darah terjadi?
Tumpah darah boleh terjadi akibat beberapa perkara. Wanita terbuka untuk kehilangan darah apabila mereka tidak mendapat perhatian doktor sepenuhnya. Ia juga ditambah dengan keletihan selepas bersalin.
Antara sebab-sebab mengapa tumpah darah terjadi adalah:
Tumpah darah boleh terjadi akibat beberapa perkara. Wanita terbuka untuk kehilangan darah apabila mereka tidak mendapat perhatian doktor sepenuhnya. Ia juga ditambah dengan keletihan selepas bersalin.
Antara sebab-sebab mengapa tumpah darah terjadi adalah:
- Uri atau cebisan uri tertinggal di dalam rahim.
- Rahim tidak mengecut
- Luka besar di bahagian pangkal rahim, faraj atau saluran peranakan.
- Hamil pada usia 40 tahun ke atas
- Terkena jangkitan kuman di dalam rahim (endometritis)
- Darah sukar beku (thrombocytopenia)
- Wanita hamil yang kurang sel darah merah (anemia)
- Kelahiran secara pembedahan caesarean
- Kelahiran secara paksa (induction of labour)
- Kelahiran yang menggunakan Forceps atau Vacuum
- Bayi besar dan berat melebihi 4kg
- Tumpah darah ketika bersalin sebelum ini
- Bersalin melebihi 5 kali
Komplikasi tumpah darah yang teruk boleh menyebabkan rahim dibuang atau mengundang maut. Hingga tahun 2005, hampir 14% daripada kes kematian selepas bersalin berpunca daripada pertumpahan darah.
Ramai wanita menjadi mangsa peristiwa menyayat hati ini kerana mereka tidak sedar dengan simptom-simptom pertumpahan darah yang boleh membawa maut.
Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda ada simptom-simptom ini, selepas 24 jam bersalin:
- Tekanan darah menurun
- Degupan jantung meningkat
- Pening, sakit kepala, ingin pitam
- Menggigil dan berpeluh
- Darah keluar dalam jumlah yang banyak
- Darah keluar dalam bentuk ketulan
- Tuala wanita yang dipakai perlu kerap disalin (setiap jam)
- Darah keluar berbau busuk (akibat terkena jangkitan)
- Badan keletihan melampau
- Nasihat daripada doktor pakar
Apakah yang akan dilakukan oleh doktor pakar untuk mengurangkan risiko tumpah darah selepas bersalin? Biasanya, doktor akan memberikan suntikan ubat Syntocinon (oxytocin) untuk mengurangkan kehilangan darah. Ubat ini akan membantu uri untuk mudah tertanggal.
Namun, doktor pakar menasihatkan semua wanita yang ingin bersalin untuk sentiasa menjalani pemeriksaan antenatal. Jika anda pernah ada sejarah pertumpahan darah, anda disarankan untuk bersalin di hospital yang dilengkapi dengan bank darah.
Malah, segera dapatkan rawatan jika ada tanda-tanda awal pendarahan. Jangan bersalin tanpa bidan atau doktor bertauliah. Amalkan makan makanan yang tinggi dengan zat besi seperti kerang, hati, sayur-sayuran hijau dan jambu batu merah. Selain itu, anda boleh amalkan supplemen seperti Vita-Lea Iron Formula.
Tips Naikkan Bacaan HB Rendah Bagi Ibu Mengandung klik
Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda! Kongsikan artikel ini untuk memberi pengetahuan kepada ibu-ibu yang bakal bersalin atau hamil di luar sana tentang risiko "tumpah darah". Semoga anda semakin kuat, wanita-wanita sekalian! Jaga kesihatan anda, ya!
Follow
Kate Ginting untuk
tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.
DISCLAIMER: This
website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or
treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been
evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical
related advice, contact your physician promptly.
Saya
ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran,
Putera Jaya, Sepanggar dan Indah
Permai. Penghantaran produk Shaklee
menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.
Untuk
order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan
Shaklee, hubungi:
WhatsApp: 016-842 5632
(WhatsApp sahaja)
Untuk
mendaftar keahlian segera (Express
Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk
anda sebagai pengguna Shaklee.
No comments:
Post a comment