Cara Merawat Dan Hilangkan Parut Chicken Pox (Cacar Air)

Cara Merawat Dan Hilangkan Parut Chicken Pox (Cacar Air) | Siapa pernah kena chicken pox?  Semua orang  pasti pernah merasainya sekali. Saya tak tahu dah pernah kena ke tak. Tapi rasanya sudah kot time kecil-kecil dulu. Bukan mudah nak hilangkan parut bekas chicken pox ni kan. Adakah cara untuk merawat dan hilangkan parut chicken pox ni?

Apa Itu Chicken Pox?

http://www.kateginting.com/2017/04/cara-merawat-dan-hilangkan-parut-chicken-pox.html

Chicken pox atau cacar air berlaku disebabkan oleh virusvaricella-zoster (VZV).  Jangkitan virus ini menyebabkan ruam gatal dengan lepuh berisi cecair kecil di sekitar perut, belakang, muka dan seluruh badan. Rasa gatal menyebabkan kita nak menggaru terutamanya kanak-kanak. Chicken Pox  mudah berjangkit kepada orang-orang yang tidak mempunyai penyakit atau diberi vaksin terhadapnya.  

Chicken Pox merebak atau berjangkit melalui bersin, selesema, batuk dan cecair ruam dari orang yang dijangkiti panyakit ini. Chicken pox boleh jadi lebih bahaya jika menjangkiti mereka yang mempunyai imun rendah seperti kanak-kanak dan orang tua.

Biasanya mereka yang dijangkiti penyakit ini akan berada dalam tempoh dorman iaitu dalam keadaan rehat atau tidak aktif selama 14-16 hari sebeum symptom awal terbentuk sepereti selesema, batuk dan  demam.

Selepas 2-3 hari kulit pesakit akan mula mengeluarkan ruam merah yang gatal dan melepuh danmerebak ke seluruh badan dalam tempoh 5-7 hari. Selepas itu, kerak kering akan terbentuk pada permukaan ruam. Biasanya ia akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk pulih daripada jangkitan virus ini.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah cara merawat dan hilangkan parut chicken pox?

CARA MERAWAT DAN HILANGKAN PARUT CHICKEN POX

1 . Baking Soda
Baking soda adalah salah satu ubat yang popular untuk memberi bantuan dari gatal-gatal apabila mengalami cacar air.Menyapu baking soda pada kulit boleh mengelakkan lepuh dan ruam menjadi semakin teruk. 

Cara-Cara: Setengah sudu the baking soda dan segelas air. Tuam pada kulit untuk legakan kegatalan dan biarkan kering. Untuk mandian, setengah cawan baking soda dan campurkan dengan air suam atau air sejuk.

2. Madu
Madu adalah komponen antibakteria semula jadi yang sangat bagus untuk menyembuhkan kerengsaan. Dikatakan bahawa gula ringkas semula jadi yang terkandung dalam madu bersama-sama dengan ciri-ciri anti-bakteria itu mencipta kesan menenangkan ini. 

Cara-cara: Sapukan madu dalam lapisan nipis di seluruh kulit di mana terdapat ruam, lepuh atau hanya gatal-gatal. Biarkan untuk beberapa ketika dan kemudian bersihkan. Ulangi langkah ini 3-4 kali sehari.

3. Mandian oatmeal 
Oatmeal bukan sahaja dimakan untuk kesihatan jantung dan kurangkan kolestrol malah merupakan salah satu pneawar bagi chickenpox. Oatmeal yang dijadikan sebagai bahan rendaman dalam air mandian boleh membantu melegakan kegatalan akibat daripada ruam dan lepuh.

Cara-cara: Kisar 2 cawan oat dalam pengisar atau pemproses makanan untuk mendapatkan serbuk halus. Isi tab mandi/baldi dengan air panas, masukkan serbuk oatmeal secara berpusar ke dalam air.
Rendam badan dalam campuran ini. Kaedah ini bagaimanapun akan meninggalkan keping-keping oatmeal pada kulit dan rambut anda tetapi akan melegakan kanak-kanak dari kegatalan.

4. Garam Epsom

Garam Epsom, yang sebenarnya bukanlah garam tapi merupakan sebatian mineral yang terdiri daripada magnesium dan sulfat dan boleh menjadi sangat berguna untuk melegakan gatal-gatal disebabkan oleh cacar air. Mineral dalam garam Epsom juga melegakan kesakitan dan melegakan keradangan kulit yang berkaitan dengan cacar air. 
Cara-cara:  Ambil 2 cawan garam Epsom dan larutkan dengan sebaldi air suam. Rendam di dalam air yg bercampur dengan garam Epsom selama kira-kira 15 minit atau lebih. Keluar dari tab mandi dan perlahan-lahan tepuk dengan tuala badan supaya kering. Berhati-hati supaya tidak merosakkan kulit yg menggelembung.  Rendam setiap hari dalam air garam Epsom hingga chickenpox kanak-kanak sembuh.

Anda juga boleh menggunakan kain dengan merendam kain dalam larutan garam dan tekap pada kulit Biarkan kain sejuk. 

5. Bunga Jasmine
Ini adalah
salah satu cara orang Thai untuk merawat cacar air. Orang di Thailand menggunakan bunga melati untuk membuat teh dan juga untuk mandi bagi merawat cacar air. Bunga-bunga ini mudah didapati di mana-mana kedai-kedai ubat herba dan juga kedai-kedai teh herba.
Cara-cara: Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Anda boleh mendapatkan teh ini di kedai-kedai teh herba. Boleh juga dijadikan sebagai mandian. Ambil segenggam bunga melati dan kisarkan. Campuran bunga Jasmine yang dikisar dengan air beras. Campurkan air beras ini dengan air suam. Mandi dengan air ini.
 
6. Mandian Halia
Ini merupakan satu lagi ubat herba Thai untuk cacar air bertujuan untuk mengurangkan gata
l-gatal yang disebabkan oleh penyakit ini. Walaupun teh halia boleh diminum dengan merebus buah halia dalam air, mandi halia juga boleh dilakukan untuk menghilangkan gatal-gatal namun ianya bukan serta merta. 

Cara-cara: Campurkan serbuk halia atau halia keping segar ke dalam air mandian hangat. Rendam di dalam air ini selama 20-30 minit. Perlahan-lahan tepuk kering dengan tuala yang bersih tanpa merosakkan kulit.
CARA MERAWAT DAN HILANGKAN PARUT CHICKEN POX

Selain daripada cara tradisional, cara merawat dan hilangkan parut chicken pox secara moden juga boleh diamalakan seperti:

1. Mandi  - Untuk redakan demam dan bersihkan kerak kering pada permukaan kulit
2. Potong dan bersihkan kuku yang panjang
3. Elakkan berada di tempat yang panas
4. Diet yang Betul – Pengambilan diet yang boleh tingkatkan imunisasi badan sperti buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan sayur-sayuran. Elakkan mengambil makanan yang menyebabkan kulit gatal seperti produk tenusu, daging, dan telur.
5. Minum air kosong yang banyak untuk elak dehidrasi
6. Pengambilan Set Imun Shaklee:
  • Herbal Blend Multi-Purpose Cream  – Untuk disapu pada tempat chicken pox yang telah pecah dan mula mongering. Pemakaian herbal blend secara konsisten setiap hari bukan saja membantu memudarkan parut malah juga membantu mengeringkan bekas chicken pox tersebut.

CARA MERAWAT DAN HILANGKAN PARUT CHICKEN POX

Untuk hilangkan parut Chicken pox, anda boleh cuba:
  • Vitamin E –  Memulihkan kembali dan memudarkan parut yang ada.
  • Vitamin C – Merupakan antioksidan yang sangat bagus, jadi ia membantu membuang sel-sel akibat ‘sunburn’/rosak/mati tadi dan memperbaiki sel yang rosak, menggalak sel sihat yang baru untuk kembali nampak muda. Apabila digunakan pada kulit yang ada parut , ia akan meningkatkan proses pembentukan tisu dan membantu dalam pertumbuhan semula. Apabila tisu baru ini terbentuk, ia akan menyembuhkan parut dan menjadikan kulit lebih licin.
  • ESP (soy protein) –  Membantu pertumbuhan sel baru dan baiki sel-sel badan yang rosak. Kulit berasal dari sel dan parut adalah sel yang rosak dan mati. Oleh itu, pengambilan protein sangat penting untuk menghasilkan sel yang sihat. Apabila sel sihat terhasil dan menggantikan sel yang rosak, jadi parut pun hilang dan kulit cantik.

Semoga tips dan panduan untuk penjagaan semasa chickenpox ini dapat membantu ibu-ibu menjaga anak atau bayi yang diserang chicken pox dengan lebih mudah dan membantu mereka merasa lebih selesa. 

Selamat mencuba dan semoga memberi kesan positif terhadap pesakit. Sekiranya penyakit semakin teruk, segeralah berjumpa dengan doktor.

Beli online Set Chicken PoxShaklee di sini (Klik). 100% secured.

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".


Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM