Kecacatan Yang Cantik Buatkan Ellie Comel

Kecacatan Yang Cantik Buatkan Ellie Comel | Cerita pasal lesung pipit, my daughter ada lesung pipit sebelah kiri dan kanan mcam mamanya juga. Tapi mamanya cuma ada satu di sebelah kanan.

Lesung pipit merupakan kelainan yang muncul pada wajah seseorang yang diakibatkan oleh otot zygomaticus yang lebih pendek daripada ukuran seharusnya/sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua, kondisi ini menyebabkan adanya lekukan pada pipi. Jadi, ketika tersenyum akan terlihat ‘lekukan di pipi’.

Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit! Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekukan ini berupaya menambah ‘kemanisan’ dalam wajah.

Setiap kali tersenyum, terserlahlah aset anda dan ini menambah daya penarik yang cukup besar bagi mereka yang memandangnya. Biasanya lesung pipit akan terlihat pada kedua-dua belah pipi, tetapi ada yang memiliki lesung pipit hanya pada sebelah bahagian pipi.

Di sebalik manisnya senyuman anda, mari ikuti beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah anda ketahui sebelum ini.

Berikut adalah 5 fakta dan kelebihan lesung pipit yang menarik untuk anda tahu.

1. Hanya 20% manusia yang memilikinya

 

Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit.

Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai. Jadi, anda bukan saja salah satu daripada mereka yang amat bertuah, tetapi juga sangat unik!

2. Ramai yang tertarik dengannya
 


Tak kiralah bagaimana rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyumanyang dipaksa.

Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda. 

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.
 
3. Anda kelihatan lebih muda


Perasan tak, orang yang ada lesung pipit ini nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia.

Ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil.

Secara tidak langsung, bahagian otak kita secara automatiknya akan menerima maklumat ini dan memainkan peranan untuk memberitahu kita maklumat ini setiap kali memandang lesung pipit seseorang.

4. Anda menyebarkan aura keceriaan


Setiap kali anda tersenyum, orang sekeliling turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan oleh anda.

Malah, ada orang yang melihat anda akan rasa seperti ‘ditusuk’ terus hingga ke jantung.

5. Ramai selebriti menjadi lebih popular kerananya


Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit.

Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini. Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936.

Hebat bukan penangan lesung pipit ini?

Lesung pipit boleh menjadi pudar. Sungguhpun lesung pipit ini selalunya diwarisi oleh genetik, anda tidak semestinya akan memilikinya buat seumur hidup. Ramai yang tak tahu bahawa ia masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda.

Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadikan lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan.

Tetapi, walau apa pun rupa fizikal kita, kita seharusnya sentiasa bersyukur dan memandangnya dari sudut yang positif.

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM