Petua Hilangkan Sakit Kepala tanpa Ubat

Petua Hilangkan Sakit Kepala tanpa Ubat | Berapa ramai yang selalu terasa pening-pening sakit kepala? Tak kira sama ada bekerja, suri rumah ataupun student, saya percaya semua mesti pernah rasa sakit kepala. Kadang-kadang terpaksa minta MC sebab tak larat nak pergi kerja kan. Punca sakit kepala ni boleh jadi macam-macam seperti terlalu panas, kena hujan ataupun sebab stress tak cukup masa nak rehat. 

http://www.kateginting.com/2017/04/petua-hilangkan-sakit-kepala-tanpa-ubat.html


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan sakit kepala seperti:
  • Tekanan (tension headache).
  • Kemurungan
  • Migrain (pengecutan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  • Sakit gigi dan tulang rahang.
  • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  • Kejang otot.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun

Adalah tanda-tanda diatas sama dengan apa yang pernah anda rasa?Ingin tahu cara hilangkan sakit kepala? Berikut disenaraikan beberapa cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat seperti Paracetamol (Panadol) atau ubat tahan sakit.

1. Gunakan pek ais


http://www.kateginting.com/2017/04/petua-hilangkan-sakit-kepala-tanpa-ubat.html

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.


Ais batu memiliki sifat yang sangat sejuk, yang boleh mengatasi sakit kepala dengan cepat.

2. Minum air yang mencukupi

Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut.

Air juga dapat membantu bahagian dalaman anda dapat berfungsi dengan baik dan berupaya menggantikan sel-sel yang rosak dalam badan.

3. Kurangkan Makan MSG 


http://www.kateginting.com/2017/04/petua-hilangkan-sakit-kepala-tanpa-ubat.html

Monosodium glutamat kerap ditambah dalam makanan untuk menggalakkan rasa masin. Ia berpunca daripada asid amino yang telah menyebabkan ramai orang mengalami sakit kepala, migrain, dan kram perut. Mengurangkan MSG bukan bermakna tidak makan MSG sama sekali. Anda hanya butuh mengurang-ngurangi pengambilan MSG jika masah di rumah.

4. Rehatkan diri

 

Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu.

Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.

5. Urutan Pada Muka dan Kepala

 
Pada umumnya, jika anda mengalami masalah sakit kepala, urutan pada kulit kepala boleh membantu melegakan kesakitan tersebut. Hal ini kerana dengan mengurut boleh membantu sistem peredaran darah ke kepala dan otak, dan secara tidak langsung melegakan sakit kepala.

6. Guna Kaedah Akupuntur

 

http://www.kateginting.com/2017/04/petua-hilangkan-sakit-kepala-tanpa-ubat.html

Cara rawatan akupuntur boleh menghilangkan sakit kepala, terutama masalah sakit kepala yang berpunca daripada tekanan (stress) dan ketegangan otot. Jika anda ingin menggunakan kaedah ini, anda perlu mengetahui asas-asas titik akupuntur, sekiranya tidak, anda digalakkan untuk mencuba cara yang lain (untuk mengelakkan kemudaratan).

Secara ringkasnya, kaedah ini memerlukan anda menekan titik akupuntur anda dengan tekanan yang tertentu dan dalam jangka masa yang tertentu. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan gambar rajah titik akupuntur anda dibawah dan tekan pada titik tersebut pada badan anda. Anda juga boleh mengurut pada titik tersebut jika mahu.


 7. Amalkan Senaman Bernafas

Kadang kala, dengan bernafas sudah cukup untuk menghilangkan sakit kepala. Apa yang saya ingin sampaikan adalah dengan menarik dan menghembus nafas yang panjang. Hal ini kerana cara ini boleh melegakan sebarang tekanan minda dan otot anda untuk beberapa ketika.

Untuk mengamalkan kaedah ini, anda sebaik-baiknya berada di tempat yang sunyi, suhu yang sesuai dan gelap.

Baringkan badan anda dalam posisi yang anda rasa paling selesa, dan mula menarik nafas yang panjang, sehingga anda dapat rasa paru-paru anda berkembang. Tahan nafas selama 2-5 saat, kemudia menghembusnya melalui mulut. Lakukannya untuk beberapa kali sehingga sakit kepala anda berkurangan.

8. Rendamkan kaki dalam air suam


http://www.kateginting.com/2017/04/petua-hilangkan-sakit-kepala-tanpa-ubat.html

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!
 

9. Bawang putih
Bukan saja penting dalam masakan, tapi bagus untuk hilangkan sakit kepala. Hiris nipis-nipis bawang putih, letakkan di tepi dahi hingga rasa sakit kepala hilang.

10. Mandi air panas
 

Mandi air panas atau berendam dalam air panas, mampu meredakan sakit kepala.

11. Minum air elektrolit

Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.

12. Letak kain basah di dahi

Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

13. Guna limau kasturi

Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

14. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar) 


http://www.kateginting.com/2017/04/petua-hilangkan-sakit-kepala-tanpa-ubat.html

Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.

Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

15. Ketawa
 

Boleh jadi anda sedang stress sehingga kepala terasa sakit. Untuk mengatasi ini, anda hanya perlu ketawa. Ketawalah senatural mungkin, jangan direka. Dengan ketawa, maka fikiran kembali jernih akibat penghantaran oksigen ke otak. Ketawa juga membuat anda memperoleh hidup bahagia. 

Saya pula kalau sakit kepala biasanya saya akan berehat dan tidur untuk hilangkan sakit kepala. Tapi sebelum tu saya akan ambil ostematrix dan B complex. 

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia penting untuk metabolisma kalsium di mana membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab sakit kepala atau migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


Menurut Dr Zubaidi, pengambilan vitamin b2 400mg selama sekurang-kurangnya tiga bulan boleh mengurangkan kekerapan sakit kepala atau migrain. Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Beli online Ostematrixdan B Complex Shaklee di sini (Klik). 100% secured.

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".


Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin