Tips Untuk Kurangkan Bayi Muntah

Tips Untuk Kurangkan Bayi Muntah | Hai, salam sejahtera. Hari ini saya nak share mengenai muntah bayi yang baru lahir. Saya percaya semua ibu-ibu mesti mengalami masalah ini kan. Kedua-dua anak saya mengalami muntah selepas menyusu. Tapi anak kedua saya lebih teruk sampai masuk wad sebab muntah yang banyak dan muntah bercampur warna kuning.

http://www.kateginting.com/2017/04/tips-untuk-kurangkan-bayi-muntah.html

Apa itu muntah susu?
 
Masalah muntah susu dipanggil Gastroesophageal Reflux dalam istilah perubatan. Ianya berbeza dengan muntah biasa.

Masalah muntah susu selalu berjadi dikalangan bayi yang berusia bawah setahun. Masalah ini semakin berkurangan apabila umur bayi semakin meningkat.

Terdapat beberapa jenis muntah yang dialami oleh bayi ialah:

1. Possetting (Muntah) - Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa dan tidak bahaya serta cuma berlaku di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi.

2. Reflux (Muntah meleleh) - Ini berlaku apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja dan biasa berlaku.
 
3. Projectile vomiting (Muntah memancut) - Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.

Kenapa bayi muntah? 

 
Ia terjadi apabila susu didalam perut masuk semula kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk semula ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Kebanyakan bayi berusia kurang dari setahun mengalami muntah disebabkan valve tersebut belum betul-betul berfungsi.

Antara gejala dan simptom adalah:

  • Keluar secara 'effortless'.
  • Muntah terjadi sebaik minum susu.
  • Muntah selepas sendawa.
  • Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum.

Tips untuk kurangkan muntah susu

  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu.
  • Kurangkan tekanan pada perut. Jangan bekung atau memakai lampin yang ketat.
  • Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu.
  • Elakkan menimang bayi atau mendudukannya ke kerusi bayi selepas menyusu.
  • Elakkan minum susu terlalu banyak dalam satu masa.
  • Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur.
  • Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur.
  • Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  • Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
  • Pastikan bayi tidak mengalami dehidrasi (kekurangan cecair badan).
Cara-cara untuk memastikan bayi tidak mengalami dehidrasi

  • Lampin - Sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
  • Periksa mulut - Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
  • Kulit - Sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bayi muntah, perlukah jumpa doktor?

 
Kebanyakkan masalah ini akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Tetapi ada juga bayi yang muntah banyak menyebabkan berat bayi tak naik. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya bayi anda muntah terlalu banyak setiap kali menyusu.

Tips menyusukan bayi untuk kurangkan bayi muntah

  • Menyusu dengan kadar sedikit. Sekiranya menyusu botol, hadkan setiap penyusuan kurang dari 20 min.
  • Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
  • Jarakkan penyusuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
  • Pakaikan lampin dengan lebih longgar.
  • Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit.

Semoga bermanfaat ibu-ibu.

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin