Diabetes Atau Kencing Manis Pembunuh Senyap

Diabetes Atau Kencing Manis Pembunuh Senyap | Diabetes atau lebih dikenali kencing manis, bukan lagi penyakit asing dalam kehidupan masyarakat masa kini. Malah boleh dikatakan kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum mengenai penyakit yang berkait rapat dengan pengambilan karbohidrat (gula, nasi dan lain- lain) secara berlebihan mahupun amalan gaya hidup tidak sihat.

http://www.kateginting.com/2017/05/Diabetes-Atau-Kencing-Manis-Pembunuh-Senyap.html

Diabetes atau kencing manis adalah salah satu penyakit kronik dan pembunuh senyap di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia 2015, mendapati 1.8 juta daripada 3.5 juta individu dewasa yang menghidap diabetes di negara ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit itu.

http://www.kateginting.com/2017/05/Diabetes-Atau-Kencing-Manis-Pembunuh-Senyap.html

Apa Itu Diabetes?
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Jenis-Jenis Diabetes

http://www.kateginting.com/2017/05/Diabetes-Atau-Kencing-Manis-Pembunuh-Senyap.html

Terdapat tiga jenis diabetes utama:
  • Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
- Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
- Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.
- Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi m
empunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
Artikel berkaitan: Kesan Buruk Diabetes Ketika Hamil | Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Diabetes Atau Kencing Manis Pembunuh Senyap

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Tanda-Tanda Amaran Diabetes
Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Risiko Tinggi Dapat Diabetes
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes
  • Impaired glucose tolerance (IGT)
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi
Komplikasi Diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
    • Otak
      • Angin ahmar
    • Buah pinggang
      • Kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi.

Diabetes Atau Kencing Manis Pembunuh Senyap

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?

http://www.kateginting.com/2017/05/Diabetes-Atau-Kencing-Manis-Pembunuh-Senyap.html
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul.
Untuk suplemen pula saya cadangkan anda mengambil Vivix.

http://www.kateginting.com/2017/05/Diabetes-Atau-Kencing-Manis-Pembunuh-Senyap.html

Kenapa vivix?

Dalam Vivix ada ramuan yang di panggil resveratrol iaitu daripada buah anggur muscadine, serta Knotweed Jepun. (selain ramuan asas purple carrot dan elderberry)
.
 
Apa Itu Resveratrol?


Resveratrol ialah satu jenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.


Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel!


Apa Kaitan Dengan Diabetes?


Ada dua cara resveratrol membantu pesakit diabetes:


1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.


2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Artikel berkaitan: Vivix Vs Diabetes

Testimoni Pengguna 

http://www.kateginting.com/2017/05/Diabetes-Atau-Kencing-Manis-Pembunuh-Senyap.html

http://www.kateginting.com/2017/05/Diabetes-Atau-Kencing-Manis-Pembunuh-Senyap.html

Testimoni lain: Alhamdulillah, bacaan Glukos Makin Turun!!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=64637d65a19082954fde6266edbbda6e

Ataupun,

Hubungi saya, Kate Ginting di talian 016-852 5632 (SMS/WhatsApp).

Jika anda berminat untuk mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 

Masukkan No. ID Sponsor : 944001 di "Join Now" (Express Enrolment).
SMS/WhatsApp: 016-852 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia



    Popular posts from this blog

    Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

    Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin