Penyakit Tiroid Dan Tanda-Tanda Yang Perlu Anda Tahu

Penyakit Tiroid Dan Tanda-Tanda Yang Perlu Anda Tahu | Kita sering mendengar tentang masalah tiroid tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa penyakit ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kematian sekiranya penghidap tidak dirawat dengan segera. Menurut kajian juga, kaum wanita lebih mudah diserang penyakit ini berbanding lelaki.

http://www.kateginting.com/2017/05/Penyakit-Tiroid-Dan-Tanda-Tanda-Yang-Perlu-Anda-Tahu.html


Masalah tiroid juga turut menyebabkan perubahan kepada kehidupan pesakit terutamanya dari segi emosi dan tenaga. Oleh itu, adalah penting agar pesakit dan keluarga terdekat memahami kesan-kesan penyakit ini dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pesakit agar pesakit dapat melalui situasi ini dengan sebaiknya.

Kelenjar tiroid adalah salah-satu kelenjar endokrin yang berbentuk seperti kupu-kupu dan terletak di hadapan leher manusia. Ia berfungsi untuk mengeluarkan hormon tiroid iaitu hormon Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini berfungsi mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Jenis-jenis penyakit tiroid

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama iaitu:

Hipertiroidisme adalah keadaan berlebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit Graves disease yang mana sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan hormon tiroid yang berlebihan.

Hipotiroidisme adalah keadaan kekurangan hormone tiroid dalam badan. Keadaan ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hipotiroidism berpunca dari kegagalan fungsi kelenjar pituitary (secondary or central hypothyroid) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormone tiroid.
Tanda dan gejala penyakit tiroid
 

Tanda dan gejala orang yang menghidapi hipertiroidisme/Tirotoksikosis adalah seperti berikut:
  • Kadar denyutan jantung laju dan sentiasa berdebar-debar.
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Kelemahan otot
Tanda dan gejala orang yang menghidapi hipotiroidism (hormon tiroid rendah) adalah seperti berikut:
  • Badan lemah dan kekurangan tenaga
  • Berat badan meningkat
  • Kelemahan otot-otot.
  • Sembelit
  • Kurang tahan keadaan sejuk.
  • Tidak dapat berfikir secara pantas, cepat dan cekap.
  • Pendarahan haid yang berlebihan.
  • Kurang kesuburan (Infertility)
  • Kekeringan kulit, rambut dan kuku
Perbezaan Hypotiroid dan Hypertiroid


Perkara
Hypotiroid
Hypertiroid
Pergerakan usus
Sembelit
Kerap membuang air besar/ cirit birit
Otak
Tekanan perasaan dan bermasalah untuk fokus serta bermasalah dalam memori
Beremosi, gugup, keresahan
Otot
Otot bengkak, pergerakan yang lembap dan lemah
Otot lemah dan bergetar
Rahim
Mandul / keguguran
Kedatangan haid yang tidak sekata / mandul
Metabolisme
Peningkatan berat badan
Penurunan berat badan, walaupun mempunyai selera makan yang tinggi ( walaubagaimanapun terdapat seorang daripada 10 orang akan naik berat badan)
Jantung
Kadar jantung yang lemah
Kadar jantung yang tinggi , berpeluh
Kulit
Kering dan / atau pucat

Suhu
Merasa sejuk dengan senang
Tidak dapat bertolereransi dengan kepanasan dan berpeluh lebih daripada biasa
Rambut / kuku
Kasar , rambut menipis, kuku rapuh
Keguguran rambut atau rambut menipis
Tidur
Rasa lemah dan banyak tidur
Rasa lemah tapi susah untuk tidur
Lain-lain
Suara serak, pergerakan muka yang lemah
Nafas pendek / tercungap , bola mata yang tersembul

Golongan Berisiko Tiroid

Antara golongan berisiko adalah:

  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun, boleh juga berlaku pada orang yang lebih muda lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok.
Ujian tiroid
Ujian bagi mengetahui status hormon tiroid boleh didapati di klinik kesihatan dan hospital kerajaan dan swasta. Ujian terhadap kelenjar tiroid juga dapat dilakukan di hospital kerajaan dan swasta. (Credit: MyHealth)

Penjagaan pemakanan di kalangan pesakit hypotiroid
  • Keperluan kalori 25-30 kcal x berat badan. Harus diingat hypothyrodism menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Oleh itu, pengambilan makanan harian perlu dikawal kerana penurunan metabolisme ini akan menyebabkan berlakunya berat badan berlebihan.
  • Keperluan protein 1-1.2 gram x berat badan. Sekiranya ada gejala anemia, perlu mengambil makanan tinggi protein serta vitamin B12 atau asid folik.
  • Hadkan pengambilan makanan yang boleh menganggu fungsi ubatan goitre iaitu kobis, brokoli, kacang soya, kacang tanah dan bunga kobis.
  • Digalakkan mengambil suplemen mineral surih seperti zink dn vitamin B kompleks yang berfungsi membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.
Vitamin Shaklee untuk pesakit tiroid

Antara suplemen shaklee yang boleh diambil sama ada anda hyper atau hypo tiroid adalah:
  • Vivix - Vivix adalah suplemen terbaik untuk pesakit tiroid kerana mempunyai 10x ganda resveratrol. Malahan vivix juga merupakan suplemen anti-oksida dan anti-penuaan no.1 di dunia. Kandungan resveratrol yang tinggi di dalam vivix ini boleh membantu pesakit tiroid.
  • B Complex - Vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroi.
  • Vitamin C - Anti oksidan kuat yang semulajadi dan penting didalam keadaan stress serta menyokong sistem imun kepada pesakit hipertiroid.
  • Vitamin E - Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi. Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid.
  • Ostematrix - Mengandungi Vitamin D dan magnesium, nutrien yang diperlukan pesakit thyroid di samping mengelak tulang rapuh kesan daripada penyakit tersebut
Bagi yang ada hyper tiroid, anda:
  • Boleh ambil ESP
  • Tidak boleh ambil Vitalea with Iron Formula dan Alfalfa Complex
Bagi yang ada hypo tiroid, anda:
  • Tidak boleh ambil ESP
  • Boleh ambil Vitalea with Iron Formula dan Alfalfa Complex
Oleh itu, jika anda ibu menyusu dan ada masalah sama ada hyper tiroid atau hypo tiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen yang anda boleh dan tidak boleh ambil kerana sekiranya anda tersalah ambil ia akan memburukkan tahap kesihatan anda.


 Testimoni pengguna
http://www.kateginting.com/2017/05/Penyakit-Tiroid-Dan-Tanda-Tanda-Yang-Perlu-Anda-Tahu.html

http://www.kateginting.com/2017/05/Penyakit-Tiroid-Dan-Tanda-Tanda-Yang-Perlu-Anda-Tahu.html 

http://www.kateginting.com/2017/05/Penyakit-Tiroid-Dan-Tanda-Tanda-Yang-Perlu-Anda-Tahu.html


Beli online Set TiroidShaklee di sini. 100% secured.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=18b16aa4f6882ecd819ad38f21394925
        
Atau,

Hubungi saya, Kate Ginting di talian 016-842 5632 (SMS/WhatsApp).

Jika anda berminat untuk mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 

Masukkan No. ID Sponsor : 944001 di "Join Now" (Express Enrolment).
SMS/WhatsApp: 016-842 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia


Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM