Osteopenia: Tanda Awal Tulang Rapuh Osteoporosis

Osteopenia: Tanda Awal Tulang Rapuh | Pernahkah anda dengar istilah Osteopenia? Saya sendiri baru tau istilah ni. Selalu orang  sebut tentang Osteoporosis ja kan. Hari ni saya nak cerita pasal ni.

http://www.kateginting.com/2017/05/osteopenia-tanda-awal-tulang-rapuh-osteoporosis.html

Apa Itu Osteopenia?

Osteopenia adalah istilah perubatan yang merujuk kepada  tanda kehilangan kepadatan tulang yang seterusnya menjadi osteoporosis. Osteopenia ini adalah satu keadaan dimana seseorang mempunyai kepadatan tulang yang lebih rendah daripada angka normal. Walaubagaimanapun, tidak semua osteopenia ni menjadi osteoporosis. Tetapi ia akan menjadi teruk apabila anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. 

Osteopenia adalah suatu keadaan dimana kepadatan mineral tulang (BMD / Bone Mineral Density) anda lebih rendah daripada BMD normal tetapi tidak cukup rendah untuk dikelaskan sebagai osteoporosis. Kepadatan mineral tulang adalah ukuran tahap mineral dalam tulang, yang menunjukkan kepadatan dan kekuatannya. Jika BMD anda lebih rendah berbanding dengan BMD normal, anda dikatakan mempunyai Osteopenia


Apa Itu Osteoporosis?

Osteoporosis atau lebih dikenali silent disease dalam dunia kedoktoran kerana kehilangan tulang yang terjadi tanpa gejala. Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.
Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.
Perbezaan  Tulang Sihat,  Osteopenia Dan Osteoporosis


http://www.kateginting.com/2017/05/osteopenia-tanda-awal-tulang-rapuh-osteoporosis.html

Siapa yang berisiko tinggi dapat osteopenia  dan osteoperosis?
  • Orang yang sudah berusia di atas 55 tahun
  • Wanita yang terutama setelah mengalami menopause
  • Berperawakan kurus atau bertubuh kecil
  • Kurang pengambilan kalsium
  • Merokok
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Ada sejarah anoreksia nervosa (gangguan pola makan, ada dorongan mengeluarkan makanan segera setelah mengambilnya)
  • Ada keluarga menderita osteoporosis
  • Penagih alkohol
  • Diet tinggi serat dan diet tinggi fosfat
  • Pengambilan ubat jangka panjang
  • Pesakit penyakit yang mendapatkan terapi kortikosteroid rutin
  • Pesakit ulser perut atau gastritis yang mendapat terapi jangka panjang
  • Orang yang sering mengambil minuman berkafein
Kebanyakan kita tidak menyedari bahawa kita menderita osteopenia. Salah satu tanda adalah tulang patah. 

http://www.kateginting.com/2017/05/osteopenia-tanda-awal-tulang-rapuh-osteoporosis.html

Bagaimana Osteopenia dan Osteoporosis Didiagnos?

Ujian kepadatan mineral tulang, dipanggil DEXA test, boleh membantu menentukan massa tulang dan menentukan sama ada anda mempunyai kepadatan mineral tulang yang normal, Osteopenia atau osteoporosis. Ujian ini memberikan T-score yang membandingkan kepadatan mineral tulang (BMD) anda dengan BMD optimum dari orang dewasa sihat berusia 30 tahun.
  • T-score -1.0 ke atas - Kepadatan tulang yang normal. 
  • T-score antara -2.5 dan -1.0 - Massa tulang yang rendah (Osteopenia). 
  • Skor di bawah -2.5 - Osteoporosis.

http://www.kateginting.com/2017/05/osteopenia-tanda-awal-tulang-rapuh-osteoporosis.html

 Ini ada contoh pemeriksaan tulang (Tulan normal)


http://www.kateginting.com/2017/05/osteopenia-tanda-awal-tulang-rapuh-osteoporosis.html

Cakap pasal pemeriksaan tulang, ada seorang kawan ni  keputusan pemeriksaan tulang suaminya  osteopenia. Masih muda lagi tapi kena osteopenia. Scary kan? Sebab tu lah kita kena makan kalsium terutamanya wanita. Seharusnya osteopenia jangan dianggap remeh terutamanya wanita.

“Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050."

Cara mencegah dan mengurangkan risiko

Terdapat beberapa cara pencegahan osteopenia iaitu:
1. Pemakanan sihat dan seimbang termasuk cukup kalsium dan vitamin D. Kalsium dan vitamin D banyak terdapat di sayur-sayuran berwarna hijau tua, buah seperti oren, pisang, delima, dan susu serta produk derivatif seperti keju dan yogurt. Vitamin D sebanyak 800 IU/sehari yang diambil bersama kalsium berkesan untuk mengurangkan kadar osteoporosis pada warga tua.

2. Sukan dan senaman yang teratur. Pilih jenis sukan yang memerlukan tulang dan otot bergerak aktif seperti lari, berjoging, tenis, badminton dan angkat beban. Sekurang-kurangnya 5x sehari dengan sejam setiap kali. Senaman menolong membina tulang yang kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang.

3. Pengambilan supplemen yang mengandungi kalsium. Apabila osteoporosis sudah di tahap teruk, garam kalsium sahaja tidak memadai. Namun ia adalah rawatan tambahan yang boleh digunakan bersama ubatan yang lain.

4. Membuat perubahan gaya hidup – seperti berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkoholdan kafein.
Disini saya ada cadangan vitamin untuk anda yang ada masalah osteopenia:

http://www.kateginting.com/2017/05/osteopenia-tanda-awal-tulang-rapuh-osteoporosis.html

 1. Ostematrix

Ostematrix membekalkan nutrien harian, terutama kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tulang. Ostematrix ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Dalam suplemen kalsium mesti ada pembantu bagi menjalankan tugasnya dengan lebih lancar dan selamat.

  • Vitamin D – berfungsi membantu kalsium menyerap ke tulang. Tanpa vitamin D, penyerapan kalsium tidak optimum.
  • Magnesium – membantu kalsium dibawa ke seluruh bahagian yang diperlukan. Magnesium ibarat kenderaan yang membawa kalsium ke seluruh badan. Magnesium adalah iron positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Boron – membantu dalam metabolisme tulang
  • Mangan, tembaga dan zinc – membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang.
Ostematrix lebih dari sekadar kalsium

2. Vitalea

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa seperti vitamin A, vitamin D, asid folik, biotin, kalsium, fosforus, iodin, magnesium dan copper yang bertindak sebagai vitamin tulang dan otot.

3. Collagen Powder 

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam tubuh badan mamalia (manusia dan haiwan). Ia merupakan salah satu protein yang panjang merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan.

Selain memberi struktur tisu kulit, kolagen juga penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang. Dengan kata lain, kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.

Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dan terhasil dalam badan kita secara semulajadi. Apabila usia kita mencecah 26 tahun ke atas, penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 5% setiap tahun.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel.

Justeru dalam menjaga kesihatan tulang, sangat penting untuk menambahkan pengambilan kolagen dalam diet harian anda. Gabungan ekstrak kekerang dengan bahan utama Shaklee Collagen Powder (SCP) yang lain membantu bertindak untuk membetulkan collagen yang telah putus dan menyediakan jumlah collagen yang optimum pada bahagian yang rosak.
 
Untuk wanita terutamanya, disarankan selalu mengamalkan 3 suplemen ini untuk penjagaan tulang:
 
  • Kalsium Magnesium (Ostematrix)
  • Multivitamin dan Multimineral (Vita-Lea Iron Formula) 
  • Protein (Energizing Soy Protein, Non-GMO Soy)
Energizing Soy Protein (ESP)

Protein merupakan nutrisi utama untuk kesihatan tulang, dan dengan itu dapat mencegah osteopenia. Di kalangan orang tua, protein yang kurang diambil menyebabkan kemerosotan ketara dalam jisim tulang, seni bina mikro dan kekuatan tulang iaitu ciri osteoporosis. Dalam satu kajian yang dibuat terhadap orang tua penambahan protein, mendapati:
  • Suplemen protein mengurangkan kehilangan tulang
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Mengurangkan komplikasi perubatan.
ESP adalah sumber protein non-GMO. Dalam tulang manusia juga terdapat sel-sel hidup. Di sinilah pentingnya protein yang baik dalam menyokong penghasilan sel-sel tulang yang baru, demi menggantikan sel-sel tulang yang telah rosak dan mati akibat patah tulang.
 
ESP Shaklee lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu (essential) yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP , badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

http://www.kateginting.com/2017/05/osteopenia-tanda-awal-tulang-rapuh-osteoporosis.html

Beli online Set Osteopenia atau Set Tulang Sihat Shaklee di sini (Klik). 100% secured.

Anda boleh terus mendapatkan rangkaian Produk Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara penggunaan atau pemakanan  eksklusif setelah pembelian dibuat.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b440cc1f36911a5256b3dc30a1d599ba

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, 
hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-852 5632 (Kate Ginting) 
E-mail: nscvitashoppe@gmail.com 
Masukkan No. ID Sponsor : 944001 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now".


Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin