Bahaya Garam kepada Bayi Bawah Setahun

Bahaya Garam kepada Bayi Bawah Setahun | Cerita pasal garam, ramai di kalangan ibu bapa termasuk saya sendiri tertanya-tanya kenapa tidak boleh bagi garam kepada bayi bawah  setahun. Soalan ni terkenal dari kalangan parents. Ada yang tanya bila boleh bagi garam kepada bayi?

Ada yang cakap macam ni:
"Bila bayi dah mula makan saya letak sikit garam dalam makanan dia.."
"Umur dia 8 bulan saya dah bagi. Sebab nurse cakap boleh bagi sikit.."

Sebenarnya dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak (0 - 6 Tahun), ada tertulis "Elakkan menambah garam, gula atau bahan perisa ke dalam makanan bayi", dalam muka surat 34 - Panduan pemberian makanan pelengkap (Dari 6 bulan sehingga 12 bulan).

http://www.kateginting.com/2017/06/bahaya-garam-kepada-bayi-bawah-setahun.html
 
Kenapa tak boleh beri garam kepada bayi bawah setahun?

Ini adalah kerana organ penghadaman bayi masih belum matang dan belum berfungsi dengan sempurna. Lagipun, bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang sangat sedikit dalam makanan dan minuman. Menurut Dr. Zubaidi, bayi berumur setahun hanya memerlukan kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari.

Bila kita beri garam melebihi dari keperluan baby, ia sebenarnya boleh menyebabkan ginjal baby cepat rosak, dan anak boleh dapat penyakit darah tinggi. Dr Zubaidi turut menyatakan dalam penulisan beliau yang anak juga boleh terkena sawan jika terlebih garam.

Garam memang penting, tapi ada hadnya utk diambil dalam diet seharian. Selain tu, makanan yang telah diproses amatlah tidak digalakkan sebab kandungan garamnya tinggi. So, berikan makanan yang dimasak oleh air tangan ibu. Kan lebih baik?

"Macam mana nak tengok label ketika membeli di kedai?"

Kandungan garam tinggi = melebihi 1.5g per 100g (atau 0.6g sodium)

Kandungan garam rendah = kurang dari 0.3g per 100g (atau 0.1g sodium)

Sebenarnya, banyak makanan yang tak perlu kita add on garam utk beri pada bayi tau. Antaranya adalah:
  • Rasa masin (celery, ikan bilis)
  • Manis (keledek, labu, pisang, betik, pear, tembikai,)
  • Masam (tomato, oren, kiwi)
  • Pahit (peria)
Dan banyak lagi. 😄😄😄

Jadi, jom jadi ibu bapa yang bijak. Hargai anugerah kesihatan dari sekarang. Bukan esok, bukan kemudian hari. 🍌🍉🍊🍎🍓

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin