Bahaya Gula Putih Terhadap Kesihatan Yang Kita Tidak Tahu

Bahaya Gula Putih Terhadap Kesihatan Yang Kita Tidak Tahu | Gula putih atau gula pasir halus sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis ini.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu dengan tebu kuning dan tebu hitam biasa digunakan.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa ini, gula dihasilkan.

http://www.kateginting.com/2017/06/bahaya-gula-putih-terhadap-kesihatan-Yang-Kita-Tidak-Tahu.html


Bahaya gula putih  

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya!

Pada 1929, Sir Frederick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazim dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu!

Impak negatif gula putih halus turut ditekankan pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr William Coda Martin.

Pada 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai 'racun'! Dr Martin membuat takrifan ini daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Tetapi gula akan 'melahap' vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia antaranya untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetul.

PERLUKAH GULA?

Selain gula pasir halus dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta 'gula yang tidak dapat dilihat'.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menarik perhatian bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih yang lain.

"Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula berkehendakkan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi," katanya

Beliau berkata jeli dan jem mempunyai kandungan gula yang tinggi. Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem ialah gula.

Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, katanya kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian.

"Apa yang perlu ialah kita mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir halus, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek serta manisan yang lain.

"Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak. Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu," katanya kepada Bernama.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

 http://www.kateginting.com/2017/06/bahaya-gula-putih-terhadap-kesihatan-Yang-Kita-Tidak-Tahu.html

"Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula," kata Easaw John.  

Bahaya Gula Putih Terhadap Kesihatan Yang Kita Tidak Tahu

Jika anda benar-benar tahu bahaya gula putih ini, pastinya anda meletakkan ia di bahagian atas senarai “makanan untuk dielakkan”. 

http://www.kateginting.com/2017/06/bahaya-gula-putih-terhadap-kesihatan-Yang-Kita-Tidak-Tahu.html

1. Risiko Penyakit Jantung
Sebuah kajian baru-baru ini mengatakan bahawa pengambilan gula yang berlebihan mampu mengganggu mekanisme jantung dalam mengepam darah. Sekiranyanya dibiarkan, ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

2. Kegemukan
Kes obesiti semakin meningkat kerana ramai orang menjalani gaya hidup yang tidak sihat, salah satunya adalah pengambilan gula berlebihan. Gula sememangnya berperanan sebagai salah satu penyebab utama lemak tertimbun di bahagian pinggang dan perut.

3. Pembunuh Senyap
Selain garam dan tekanan darah tinggi pembunuh senyap, gula juga adalah salah satunya. Kebanyakan orang yang mengalami kegemukan akibat gula menganggapnya wajar. Padahal jika dibiarkan, ia mengundang banyak penyakit. 

4. Risiko Kanser
Pengambilan gula dalam jumlah tinggi mempunyai peluang hidup yang sama dengan para pesakit kanser (khususnya kanser payudara dan kanser usus besar) iaitu peluang hidup bertahan yang rendah.

5. Ketagihan
Gula boleh disamakan dengan alkohol dimana boleh membuat seseorang ketagihan. Apabila gula ditinggalkan, 'penagih' akan terus merasa lapar dan ingin makan gula lagi.

6. Menurunkan Fungsi Hati
Penyelidikan lain tahun lalu juga membuktikan bahawa gula dan alkohol punya kesan yang sama bagi hati, iaitu bersifat racun. Fungsi hati bahkan boleh mengalami gangguan dan kerosakan akibat pengambilan gula berlebihan.

7. Otak
Selain penyakit di atas, bahaya lain daripada gula boleh dilihat dari keadaan otak. Sebuah kajian pada tahun 2009 pun membuktikan kalau pengambilan gula yang berlebihan berkaitan erat penuaan sel-sel dalam otak.

Inilah bahaya gula yang sering disebutkan oleh para ahli, diabetes. Gula yang berlebihan mengganggu sistem insulin sehingga tidak dikawal, mampu meningkatkan diabetes jenis 2.

Itulah antaranya kesan pengambilan gula berlebihan bagi kesihatan tubuh.

Jadi sekarang anda dah tahu BAHAYA GULA PUTIH, maka tindakan drastik perlu diambil. Kurangkan pengambilan gula secara keseluruhan tanpa rasa ragu! Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama di usia senja kita nanti? - Sumber -


Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM