Penyebab Berat Badan Naik Selepas Raya

Penyebab Berat Badan Naik Selepas Raya | Dietku hancur bila tiba musim perayaan. Alamak! Sudah menjadi perkara biasa bila musim perayan, orang tak tak peduli pasal diet. Bukan selalu pun kan. Cak!

Tapi anda harus berjaga-jaga kerana dalam kita enak menjamu selera, terdapat beberapa makanan yang anda perlu pertimbangkan sebelum memgambilnya. Ini kerana makanan ini menyebabkan berat badan anda akan naik mendadak selepas raya.

Kenapa anda perlu dipertimbangkan sebelum mengambil makanan ini?

Kerana makanan ini berkalori tinggi. Saranan pengambilan kalori bagi lelaki dewasa adalah 2000 kcal/hari manakala bagi wanita dewasa 1500 kcal/hari.

Makanan Berkalori Tinggi Di Hari Raya

Disini ada 10 senarai makanan yang boleh menyebabkan berat badan anda akan naik mendadak selepas raya.

1. Lemang

Lemang memang jarang-jarang dapat dimakan kecuali di hari raya. Tapi anda perlu tahu lemang mengandungi santan yang tinggi lemak. Sepotong kecil lemang setebal 1 cm boleh mengjangkau 100 kcal.

Lemang yang dicicah dengan rendang tradisional. Resepi ni mana mungkin dimakan sepotong sahaja. Sekali makan mungkin 5-6 potong bersamaan 600 kcal.

2. Rendang Daging

Sekiranya anda gemar makan rendang, pilihlah rendang ayam berbanding rendang daging. Pilihlah bahagian ayam yang kurang lemak. Elakkan mengambil bahagian yang banyak kulit seperti bahagian kepak. Lebih baik jika tuan rumah mengamalkan tabiat membuang kulit ayam sebelum memasak. Tuan rumah juga digalakkan mengunakan susu untuk menggantikan santan dalam rendang.

3. Ketupat Palas

Bahan membuat ketupat palas lebih kurang lemang juga kecuali penyediaannya dalam bentuk ketupat. Sebiji ketupat palas memberi kalori setinggi 130 kcal. Ketupat nasi pula hanya memiliki kalori sekitar 80 kcal sahaja.

4. Nasi Briyani / Nasi Minyak

“Open house” selalunya menyajikan hidangan berkalori tinggi seperti nasi briyani atau nasi minyak. Tahukah anda kedua-dua hidangan ini mengandungi kalori 2x ganda berbanding nasi putih biasa.

Nasi briyani / nasi minyak dianggarkan mengandungi 445 kcal. Itu belum dicampur lauknya lagi. Satu hidangan lengkap boleh mencecah 800-900 kcal.

5. Kek

Orang dah bosan asyik makan kuih raya sahaja, jadi tuan rumah menyajikan pula kek coklat, kek moist, kek lapis Sarawak dan bermacam jenis kek lagi. Tanpa sedar hidangan kek terutama kek keju mengandungi 240 kcal.

Anak-anak lebih gemarkan kerepek berbanding kuih Almond London. Namun harus berhati-hati kerana setiap keping kerepek seperti rempeyek mengandungi 70 kcal. Manakala 3 keping kerepek ubi mengandungi 50 kcal.

7. Kacang

Kacang pun enak dimakan sambil menonton rancangan raya di TV. Kacang jenis yang bergoreng dan disadur dengan perasa adalah tinggi kalori.

1 sudu makan kacang salut tepung mengandungi 50 kcal. Manakala 1 sudu makan kacang goreng mengandungi 40 kcal. Sebaiknya makanlah kacang yang kurang masin, dipanggang dan tidak berperisa.

8. Air Manis

Mana ada tuan rumah yang hidangkan air mineral untuk tetamunya. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia 1 tin minuman berkarbonat telah pun memenuhi 60% had pengambilan gula dalam sehari! 

Air gas segelas – 130 kcal
Air kotak / air manis – 85 kcal
Air kosong – 0 kcal

9. Dodol & Wajik

Dodol antara kuih tradisional yang kalau saja-saja nak makan memang susah dapat. Tapi di musim perayaan kebanyakkan rumah di kampung menyediakan hidangan dodol / wajik.

Namun anda perlu kurangkan makan dodol kerana sepotong kecil dodol memiliki 70 kcal. Angka ini lebih tinggi dibandingkan dengan kuih raya seperti tat nenas, kuih bangkit, suji dan sebagainya.

10. Kuih Raya

Setiap rumah memiliki aneka kuih raya. Secara amnya kuih raya memiliki 40 kcal dalam setiap biji. Jika dimakan 10 biji bersamaan sepinggan lengkap nasi putih berlauk. Bersederhanalah ketika menjamah hidangan yang disediakan oleh tuan rumah ketika ziarah-menziarahi sanak saudara.

Makanlah secara sihat di hari raya. Jangan sampai makanan itu nanti menjadi “racun” yang mengakibatkan pelbagai penyakit di kemudian hari.

Sumber: Sirap Limau & Kementerian Kesihatan Malaysia

CARA ATASI BERAT BADAN DARIPADA CEPAT NAIK SELEPAS RAYA

http://www.kateginting.com/2017/07/penyebab-berat-badan-naik-selepas-raya.html


Ambil makanan dari sumber protein seperti daging, ayam dan ikan kerana protein boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
  • Pengambilan protein yang lebih juga boleh membuatkan kita lebih cepat berasa kenyang dan boleh mengelakkan diri untuk makan banyak.
  • Banyakkan makanan dari sumber yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi dalam kuantiti yang banyak.
  • Kurangkan atau hindarkan minuman manis. 

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee. 


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.
 

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin