Cara Penyimpanan Susu Ibu

Cara Penyimpan Susu PerahanCredit to kak Nadiah. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang baru dalam bidang ini.

http://www.kateginting.com/2017/08/cara-penyimpanan-susu-ibu.html

Soalan 1:
- Berapa lama susu saya boleh bertahan?
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer

Jawapan:
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais. Banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pada kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali-kali). So inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :

http://www.kateginting.com/2017/08/cara-penyimpanan-susu-ibu.html

a) Suhu bilik - Bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sebab ummi expressing pumping.

b) Peti Ais (1 pintu) - Bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja. Kerana suhu bagi peti ais satu pintu tidak sama dengan yang 2 pintu. Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bawah, susu di bahagian atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua-dua bahagian sekaligus.

c) Peti Ais Bawah (2 Pintu) - Bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.

d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - Bertahan paling lama 3-6 bulan (Bergantung kepada kekerapan membuka pintunya. Semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya. Ummi ambil 3 bulan sahaja.

e) Deep Freezer - Bertahan paling lama 6-12 bulan (Lamakan. Subhanallah). Juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka. *Setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah.

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed), hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya. Dan apa yang ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja. Apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa (Kita lebih tau dah basi ke belum). So, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah. Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lebih better dari yang di simpan di tepi pintu peti ais.

Soalan 2:
- Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?

Jawapan:
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (Susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (Selepas di panaskan) Jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam.

b) Susu beku (Thawed) - (Selepas di panaskan) Bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang.

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme. 

Dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh? Kerana proses pembekuan tu sebenarnya mengubah/memusnahkan beberapa komponen dalam susu.

Soalan 3:
- Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

Jawapan:
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan. Sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer. Harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius. Ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut.

Soalan 4:
- Bolehkah saya mencampurkan susu jam 2 petang dengan 6 petang?

Jawapan:
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan. Tetapi sebagai panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama, kadang-kadang sedikit dan adakalanya banyak, so jawapan ummi ialah BOLEH. 

Syaratnya susu-susu yangg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (Maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam).

Syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam. Apabila suhu kedua-dua susu yang ingin di campurkan tersebut telah sama, baru lah boleh di campurkan kedua-duanya.

Soalan 5:
- Sekiranya susu yang saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum tetapi tidak habis, bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan?

Jawapan:
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri BOLEH.

Syaratnya begini ( Untuk mudahkan kefahaman ummi bagi contoh ye):

Kita pam dapat sekitar 4 oz. Asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standby (Kalau tak cukup). So, susu yang belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan dan bagi yang telah di minum ummi tak galakkan sebab campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme. So, kita lebih tau banyak mana anak kita perlukan. Asingkan siap-siap ok.

Semoga bermanfaat ibu-ibu.


Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee. 

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin