MAKANAN BAYI DAN GARAM

http://www.kateginting.com/2017/08/makanan-bayi-dan-garam.html 

SOALAN: 
Ada ibu yang masak bubur untuk bayi dan tambah kicap. Boleh atau tidak?
 
RESPONS:
Berapa umur bayinya? Jika baru enam bulan memang lah tidak boleh. Jika sudah dua tahun, sedikit kicap tidaklah terlalu mudarat tetapi elok lah di elakkan sebanyak mungkin.
 
Untuk bayi enam bulan umumnya tidak ditambah kicap atau garam kedalam makanannya. Ini adalah sebab pada umur begini keperluan pada garam kurang dari satu gram sehari dan ini boleh diperolehi dari susu ibu dan makanan asli tanpa tambahan garam.
 
Umumnya deria rasa bayi amat sensitif dan tidak perlukan pada rasa masin pada umur enam bulan hingga setahun.


Selepas umur setahun, biasanya bayi akan minta makanan yang dimakan oleh orang lain tetapi pada peringkat ini pun, walaupun tidak mudarat jika sekali sekala diberikan makanan bergaram, ada beberapa syaratnya:
  • Jangan berikan makanan yang dibeli diluar atau makanan segera yang umumnya bukan sahaja banyak garam tetapi mengandungi serbuk perasa yang mengandungi natrium (sodium), contohnya MSG (monosodium glutamate).
  • Jika masak dirumah jangan guna garam putih (table salt) dan jangan letak MSG, sos tiram dan apa saja perasa yang mengandungi MSG. Jika ada bahan ini, jangan berikan pada bayi.
  • Guna garam Himalaya (pink salt) yang kaya dengan 84 jenis zat galian penting untuk badan kita. Ini pun, jangan berlebihan dalam masakkan. Jika ada yang nakkan lebih garam, bolehlah ditambahkan kemudian. Pentingnya, kalau anak umur 1-2 tahun nak makan sama, garamnya mestilah tahap minima.
Umumnya anak setahun keatas pun perlukan zat galian ini semua dan zat galian ini ada dalam susu ibu dan boleh ditambah pada makanan dia dengan kadar amat sedikit (secubit kecil).

Apa kesan jika anak diberikan makanan bergaram secara berterusan dan konsisten?
 
Antara petanda adalah anak menjadi haus. Anak juga boleh mengalami sakit perut dan tidak lalu makan.
 
Kesan jangka panjang adalah pada ginjal dan tekanan darah.
 
Penyakit-penyakit ini akan datang kemudian dan bukan semasa bayi. Lagipun anak akan terbiasa makanan yang terlalu masin.


Rumusan
 
Anak pun perlukan zat galian termasuk garam. Keperluan garam jauh lebih rendah dalam bayi bawah umur setahun dan masih sedikit pada anak dua tahun sehingga empat tahun.
 
Biasakan anak pada makanan kurang masin dan hanya manisan asli dari peringkat awal.
Awas makanan jajan, fast foods dan makanan dibeli ada terlalu banyak garam untuk anak kita bawah umur empat tahun. Makanan ini juga mengandungi serbuk perasa yang mengandungi natrium (sodium). 


Komponen yang tidak boleh berlebihan adalah natrium ini. Garam putih adalah natrium klorida. Baca label ramuan bila hendak beli sesuatu makanan berproses ie mana-makan makanan yang ada balut bertulis. Awas jika ada disebutkan perasa yang dibenarkan. Ia tetap kimia yang tambahkan beban pada ginjal dan hati.
 
Credit: Facebook page Dr. Suriyakhatun


Idea Menu Makanan Bayi 6 Hingga 12 Bulan 

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee. 

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. 

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?