Meruang: Kenapa Doktor Melarang Wanita Daripada Melakukan Meruang?

Meruang: Kenapa Doktor Melarang Wanita Daripada Melakukan Meruang? | Meruang? Saya tahu tentang meruang sejak 2 tahun lalu melalui group ibu-ibu dalam whatsapp. Sebelum tu memang saya tak tahu langsung yang wanita kena lakukan meruang selepas haid dan bersama untuk elak mengandung. Tapi tak pernah pun buat sebab takut kan. Saya pun tak tahu macam mana ada wanita yang tak risau daripada melakukan meruang.

http://www.kateginting.com/2017/08/meruang-kenapa-doktor-melarang-wanita-daripada-melakukan-meruang.html


Tapi bila tak buat benda tu ada risau jugak, takut la betul ke nanti sisa-sisa darah kotor tu tak keluar dan jadi penyakit. Sehinggalah hari ini saya terbaca tentang bahaya melakukan amalan meruang yang dikatakan boleh menyebabkan bahagian intim wanita ni boleh dimasuki kuman. Post ini dikongsi oleh Doktor Afida Sohana di laman facebook nya.

VAGINAL DOUCHING/MERUANG: KENAPA DOKTOR MELARANG?


http://www.kateginting.com/2017/08/meruang-kenapa-doktor-melarang-wanita-daripada-melakukan-meruang.html


‘MERUANG’ adalah istilah BM baru yang saya pelajari minggu ini. Sudah hampeir 15 tahun saya bekerja dalam bidang O&G, tapi memandangkan 14 tahun darinya di luar negara menyebabkan saya kurang arif tentang terma perubatan dalam Bahasa Malaysia (malu sendiri). Terima kasih kepada netizen yang bertanya, dan abam ezzy Muhammad Izzat yang menjawab S.O.S saya di twitter. Dapat ilmu baru saya minggu ini (kita ini sentiasa belajar selagi kita hidup - Lifelong student)
 
APA ITU MERUANG/DOUCHE?
 
MERUANG atau dalam istilah English nya VAGINAL DOUCHING adalah perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj. Bagi meruang, ia menggunakan jari, istilah douching menggunakan air/cecair. Selalunya, air yang digunakan dicampur dengan cuka. ‘Douche’yang dijual di dalam botol selalunya mengandungi antiseptic atau/dan pewangi.
 
KENAPA ORANG MERUANG/DOUCHE? 
 
Katanya untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, menghalang kehamilan (selepas bersama) dan mengurangkan jangkitan kuman. Bila ditanya, ramai rupanya mengamalkan meruang ini.
 
APA BERLAKU APABILA ANDA MERUANG/DOUCHE?
 
1. Risiko Jangkitan Kuman
 
Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor). 
 
Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria-bakteria ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH & 4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak. Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.
 
2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim 
 
Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’. PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam sistem pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia.
 
PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil - risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy).
 
3. Bayi Pramatang
 
Jika meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.
 
4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari
 
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
 
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari.
Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.
 
JADI, PERLUKAH MERUANG/DOUCHE?
 
Selepas membaca semua risiko yang saya bincangkan di atas, apa pendapat anda?
 
ADDENDUM:
MERUANG DAN KEHEBATAN MALAM BERSAMA?


Saya terbaca promosi satu produk yang menyatakan meruang dapat mengetatkan dan meningkatkan kemesraan ketika bersama pasangan..

Bila meruang atau douche, lendiran fisioloji (yang mencuci dan menjaga lapisan dalam faraj) dikeluarkan. Ini meninggalkan dinding faraj yg kering (tak bagus ya).

Memanglah akan terasa seolah 'ketat' dan 'best'. Tapi ini meninggikan risiko luka dan jangkitan ketika bersama.

dan risiko2 lain yang disebut diatas...

dan kalau selalu 'korek' (excuse my french), makinlah longgar.
 
Nak ketat, rajin2 buat pelvic floor exercise ya!  



Wallahualam

Dr Afida Sohana
twitter @afidasohana
#MedTweetMY
Medtweetmy
#MTMDouche

Rujukan

1. MCN Am J Matern Child Nurs. 2010 Mar-Apr;35(2):102-7; An updated review of of evidence to discourage douching.
2. http://www.nhs.uk/news/2016/08August/Pages/Vaginal-douching-linked-to-increased-ovarian-cancer-risk.aspx
 3. https://health.clevelandclinic.org/2015/03/feminine-odor-problems-what-you-should-know-about-douching/
4. http://www.medicinenet.com/vaginal_douche_douching/article.htm
5. http://www.webmd.com/women/guide/vaginal-douching-helpful-or-harmful

Untuk wanita-wanita yang selama ini merasakan amalan meruang patut dilakukan , adalah lebih baik jika kita menghentikan nya.Bagitu juga dengan penggunaan kerap sabun pencuci wanita.Sebaiknya cuci dengan air sahaja tak perlu lah mencuci dengan produk-produk yang banyak di pasaran ni..

Semoga ianya bermanfaat untuk semua. 

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee. 


Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.


DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Popular posts from this blog

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin