Pengalaman Bersalin Anak Pertama Secara Pembedahan Cesarean

Pengalaman Bersalin Anak Pertama Secara Pembedahan Cesarean | Hari ini saya suka nak kongsi pengalaman pertama saya bersalin. Ok, macam ni.. Hehehe..

Nak dijadikan cerita sepanjang mengandung anak pertama saya tak ada masalah sehingga lah pada trimester ketiga kena suruh minum air gula, sangkut pula GDM atau Gestational Diabetis Mellitus ( kencing manis ketika mengandung). Terpaksa lah buat BSP setiap bulan dan kena jumpa doktor.

Syukur, sepanjang buat BSP tu semua bacaan ok. Tapi disebabkan ada GDM, saya tak boleh bersalin lebih dari due date. So, disebabkan tak nak serah diri di hospital dan dipaksa bersalin, sebelum due date macam-macam kerja rumah saya buat seperti mop lantai, cuci tandas.


Pada 11 April 2015, darah mula turun jam 6 pagi. Mungkin sebab semalam saya cuci tandas sampai berkilat. Hahaha. Sebab orang cakap kalau tak nak induce buat kerja rumah macam cuci tandas. Then saya cuba lah. Betul-betul lepas tu keluar darah. Tapi lepas keluar darah tu saya tak terus pergi hospital. Saya bagitau husband ja ada keluar darah. Sebab nak tunggu kontraksi macam tak ada. Tapi sebab ni first time dan cek di buku mengandung, keluar darah mesti segera ke hospital, so petang tu baru bagitahu husband minta hantar ke hospital.

Lebih kurang jam 2 baru kami pergi Hospital Likas. Terus cek in di Bilik Penilaian. Tapi bukaan masih belum ada. Petang lebih kurang jam 5 macam tu baru ada bukaan. Sakit perut dah ada macam sakit senggugut. Then, bila bukaan dah 4cm, baru doktor tolak pergi masuk labour room. Sebab ketuban belum pecah, jadi doktor yang tolong pecahkan air ketuban untuk cepatkan bukaan.

Tunggu punya tunggu, sampai jam9 lebih malam bukaan cuma 5cm ja. Time tu doktor dah suruh teran, tapi tak dapat. Perut tak sakit time tu, tapi paha mak ai, macam nak kejang dah saya rasa. Dah lah sejuk.

"Saya nak gores sikit kepala baby mama." Terkejut dengar doktor cakap macam tu. Lama baru dapat bercakap. Tu pun lepas doktor explain untuk apa. Tapi semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan ja masa tu sebab kesakitan kan. Terus angguk-angguk ja.

Tak lama lepas tu, nurse bagitahu baby dah kurang oksigen, terpaksa kena bedah. Saya angguk-angguk ja. Kena tanya itu ini, saya jawab sepatah dua ja.

Masa kena tolak masuk bilik pembedahan sempat jumpa husband kejap untuk sign surat kebenaran pembedahan dan hantar barabg baby nanti. "Tahan ah sayang. Kejap ja tu,' husband sempat bagi semangat. Menangis ja saya time tu. Sakit yang teramat sakit. Sempat mengadu sama husband.

Jadi keluar lah baby Ellie jam 10.22 malam. Thanks God. Dan hari ini sumandak saya dah berusia 2 tahun 4 bulan.

Chak!!
Ellie - 2 days

http://www.kateginting.com/2017/08/pengalaman-bersalin-secara-pembedahan-cesarean.html
Ellie - 2 years 4 months



Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee. 

DISCLAIMERThis website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632 

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Apa Kata Doktor: Epidural Punca Sakit belakang Selepas Bersalin