Apa Itu Suntikan Epidural: Wanita Dan Kesan Buruk

Apa Itu Suntikan Epidural: Wanita Dan Kesan Buruk | Mengambil suntikan epidural seakan sudah menjadi perkara biasa pada ibu-ibu yang ingin melahirkan. Sebenarnya suntikan ini juga digalakkan oleh doktor terutama untuk ibu yang pertama kali akan melalui pengalaman melahirkan.

http://www.kateginting.com/2017/08/suntikan-epidural-wanita-dan-kesan-buruk.html
  
Betulkah Epidural Bagi Kesan Buruk?

Ada pendapat yang epidural boleh bagi kesan migrain atau sakit belakang pada sesetengah ibu. Tapi ia sebenarnya selamat jika dilakukan oleh doktor pakar yang bertauliah. Perkara itu takkan berlaku kecuali dengan satu keadaan iaitu:

Jika suntikan epidural itu menembusi pada DURA (di bahagian yang mengandungi air tulang belakang). Kebocoran ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Namun jika sekalipun ia terjadi, ia boleh dirawat dengan ubatan dan “bed rest”.

Sebenarnya suntikan ini adalah sangat selamat untuk ibu-ibu bagi melancarkan proses kelahiran. Peratusan kebocoran pada dura adalah sangat kecil jika dilakukan oleh doktor yang bertauliah.

Golongan Wanita Yang Sesuai Diberikan Suntikan Epidural

1. Wanita Yang Kali pertama melahirkan anak
2. Wanita hamil yang telah diberi induksi pitochin untuk mempercepatkan kelahiran bayi.
3. Wanita hamil yang masih muda serta takut untuk melahirkan.
4. Wanita hamil yang mengalami senggugut yang teruk sebelum hamil
 
Wanita Yang Tidak Boleh Menjalani Procedur Epidural

1. Yang tidak bersetuju dengan prosedur ini.
2. Wanita hamil yang mengalami jangkitan di bahagian belakang (pada bahagian jarum epidural yang ingin disuntik).
3. Wanita yang mempunyai sejarah pendarahan cair (coagulopathy).

Bagaimana Suntikan Epidural Diberikan

Sebelum diberi suntikan epidural, pesakita kan diterangkan terlebih dahulu tentang prosedur ini dan persetujuan bertulis harus ditandatangani. Semasa proses bius dijalankan, pemantauan bacaan tekanan darah pesakit, kadar denyutan jantung dan kadar oksigen dalam darah diambil kira. Ini kerana bagi memastikan proses berjalan lancar dan tidak timbul sebarang komplikasi lain yang tak diingini.

Proses Suntikan Epidural

Sebaik sahaja doktor mengesan lokasi yang tepat, bius setempat (Lignocaine 1%) akan disuntik pada lokasi yang telah dikenal pasti. Bila bius tadi telah bertindak balas barulah proses pemberian bius epidural akan dijalankan.

Suntikan ini akan menembusi RUANG EPIDURAL melalui tiub epidural. Ubat ini akan memberikan kesan kebas pada saraf ibu dari bawah pinggang ke bawah. Walaupun saraf dikebaskan namun saraf otot masih lagi berfungsi supaya ibu mampu meneran sewaktu melahirkan. Ibaratkan begini, kesakitan tak dirasai cuma bila paha anda disentuh, anda masih boleh rasa sentuhan itu namun tekanan sentuhan tu tak dapat dirasakan.

Ibu-ibu yang sedang dalam proses menunggu kelahiran boleh berbincang dengan pakar O&G masing-masing dan dapatkan pandangan dan nasihat mereka untuk procedure ini. Yang pasti jika dilakukan oleh pakar bertauliah, tiada apa yang perlu anda risaukan dan risikonya adalah sangat rendah untuk mengalami komplikasi seperti sakit kepala atau pun sakit belakang selepas itu.

Epidural boleh mengelakkan trauma semasa bersalin dan ibu boleh memilih ikut pada keselesaan mereka sendiri. Apa yang penting adalah proses kelahiran yang selamat dan lancar. 


Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee. 

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM